Call Girl 49

Romance Series 1321954

"Jauh termenung.. You rindu kan Frere (Abang) ?" Soal Jasmine sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di tepi Zahra. Buaian itu di hayun perlahan.

Zahra memalingkan wajahnya. Kepalanya dia jatuhkan.

"I really miss him. I try call carlos but dia tak jawab. Busy sangat ke dia di sana min?" Suara Zahra kedengaran rapuh.

Jasmine merenung wajah manis di hadapannya.

Seminggu mereka di bumi France, Tiada khabar berita yang di terima dari mereka di sana. Cuba dihubungi lelaki itu tetapi tidak di angkat. Malah setiap kali dia menghubungi Gib bertanyakan khabar disana, jawapan yang di terima tetap sama.

Sibuk.

Nafas di helakan tangan Zahra yang berada di atas paha itu di capai dan di genggam.

"Mungkin sibuk tu, Frere (Abang) tak mungkin lupakan you. Jangan risau ok." Pujuk jasmine.

Zahra diam. Dia melepaskan keluhan. Wajahnya berpaling semula kembali memandangan ke hadapan menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa bersama dengan pohon-pohon hijau yang bergoyang. Pemandangan yang menenangkan jiwanya.

Dia menghirup udara segar itu sambil menutup mata menghayati sapuan angin pada wajahnya.

"You bawa i ke sini sebab Eiyad kan?" Pelahan sahaja suara Zahra menyoal.

Jasmine terdiam seketika.

"Untuk keselamatan you dan yang lain Ara.."
Jawab Jasmine perlahan.

"Macam mana dengan Carlos?" Meleret sahaja suara itu. Sebenarnya ini yang di bimbangkan Zahra. Bagaimana keadaan suaminya di sana.

"Don't worry about him. Dia pandailah jaga diri dekat sana. Yang penting sekarang you jangan fikir yang bukan-bukan. Jangan stress tau kesian baby dalam ni." Ujar Jasmine sambil memujuk.

"But I miss him..."Perlahan-lahan air mata Zahra mengalir ke pipi.Sejak kandungannya semakin membesar dia tidak boleh berenggang dengan suaminya. Dia sangat rindukan Carlos.

Mendengar esakkan halus Zahra, Jasmine segara berpaling memandang Zahra. Wajah gadis itu sudah basah dengan air mata. Perlahan-lahan tubuh Zahra di tarik ke dalam dakapannya.

"Shh, I pasti dia juga rindukan you."

.....

Farah baru sahaja keluar dari bangunan tempat kerjanya. Terasa tenang hidupnya setelah seminggu dapat merehat diri. Dia melangkah ke kereta yang terparking di tepi bangunan itu.

Tiba di kereta, dahinya berkerut apabila melihat satu tayar keretanya sudah pancit. Dia mendengus. Bila pula tayar ni kempis. Pintu kereta di buka beg sandangnya di letakkan ke atas kerusi. Telephone milik yang berada di dalam kocek seluar ambil. Sekeliling di perhatikan. Moga ada yang sudi membantunya menukar tayar kereta ini.

Tiba-tiba terdengar bunyi enjin superbike berhenti di belakang keretanya. Segera dia berpaling. Serta-merta dia mencebik apabila mengenali gerangan si pemilik motorsikal R1 itu.

Farah memerhati penampilan lelaki itu yang segak dan berpakaian kemas. Gib yang lengkap berkemeja kelabu gelap, bertali leher hitam dan berseluar slack hitam. Farah dapat lihat lengan lelaki itu yang berotot. Aura lelaki ini sangat mengancam Dan tidak lupa juga dengan senyuman pencair hati dihadiahkan buat Farah.

Arggh! Benci Benci!

Helmet yang sudah di tanggalkan di letakkan di atas motor. Dia berjalan mendekati Farah.
Bibirnya mengukir senyuman paling manis buat gadis itu seminggu tak berjumpa rasa nak cari fasal dengan gadis ini meluak-luak.

"Kenapa ni?" Soal Gib.

"Tayar pancit."

"Ooh,Ada tayar spare ke?" Soal Gib lagi.

"Ada kut."

"Kut?"

"Emm.."Farah sedikitpun tidak memandang Gib yang sudah berdiri di hadapannya.

Seminggu dia berasa aman. Sekarang muncul lagi lelaki mulut puaka ni apa urusan lelaki ini ke sini? Persoalan ni masih tiada jawapannya lagi.Dia mula sebal.

"Ambil beg kau, aku hantar balik. Tinggal kunci celah tayar tu nanti aku suruh budak aku tukar tayar kereta kau ni."

"Tak payah aku boleh minta anggota dekat sini tolong. Kau tu pergi balik semak je datang sini."

Gib menghelakan nafasnya. Farah dan keras kepala berpisah tiada.

"Angkat beg kau farah."Arahan Gib kali ini sedikit keras.

"No."

Gib melangkah mendekati Farah lalu tubuh farah di tolak sedikit, tersandar gadis itu di pintu keretanya. Bag sandang yang berada di atas kerusi di capai.

"Dah Jom balik." Pengelangan tangan Farah di capai lalu pintu kereta itu di tutup.

"Gibran!" Terjerit farah dengan tidakkan lelaki itu.

Kebetulan dua orang anggota yang baru tiba di parking itu berkerut dahi melihat kejadian itu segera langkah mereka mendekati Farah.

"Puan tak apa-apa." Soal salah seorang anggota lelaki itu. Gib yang berdiri di sebelah farah di pandang sekilas.

"Saya.."

"My Wife Okey. Biasa la kalau perempuan merajukkan kena ada aksi pujuk memujuk." Ujar Gib. Tanpa sempat farah menghabiskan bicaranya.

Dua anggota tadi sudah berpandangan.

"Jom manja, kereta manja tinggal office dulu nanti kita ambil.. Saya minta diri dulu." Kata Gib lagi.Langkahnya terus ke superbike miliknya.

"Gib saya tak ada helmet." Farah cuba melepaskan pengelangannya.

"Nanti helmet sampai." Gib menyarungkan helmet di kepalanya.

Tidak sampai 10 saat datang dua buah motor superbike berhenti di tepi mereka.
Sebuah helmet full face bertukar tangan.
Tanpa sempat Farah bersedia Gib terus menyarungkan helmet itu di kepala farah.

"Wei! tudung aku!" Marah farah.

"Tak ada orang nak tengok kau lah. Dah naik cepat."Arah Gib dia juga sudah bersedia. sebalik helmey matanya tajam menikam dua orang anggota yang setia berdiri di tepi kereta farah. Ingat aku nak memculik ke?.

Setelah farah bersedia membonceng di belakangnya. Dengan selamba tangan gadis itu di tarik memeluk tubuhnya.

"Wei!" Farah terus mencubit perut Gib.

"Aucch sakit la manja nak bergurau pun kejap lagi malam lah."

........

Carlos melangkah tenang ke keluar dari pejabatnya. Seperti biasa, hari ini segalanya berjalan dengan lancar. Segalanya kerjanya di selesaikan dengan mudah walaupun dia terpaksa menjaga amanah yang di tinggalkan Arwah Dato' Zafrul untuk menguruskan Syarikat milik lelaki itu.

Alhamdulillah semua dipermudahkan

Ting!

Carlos melangkah keluar dari lif dan langkah terus diatur ke lobi ground floor. Kereta jenis Audi Q5 berwarna hitam yang dipandu Raymond sudahpun terparkir kemas di luar untuk mengambilnya.

Tali lehernya dilonggarkan. Tiga butang baju terasa dibuka.

"What next?" Tanya Raymond.

"Home." Balas Carlos.

Raymond menjatuhkan kepala. Tangan naik mahu membukakan pintu untuk Carlos.

Bang!!!

"Frere!(Abang)"

.......

Eiyad tersenyum senget sebaik sahaja melihat hasil tembakkannya.

Teruja. Apabila melihat sahabatnya itu berkerut menahan sakit. Tidak sia-sia usahanya selama seminggu ini. Menyamar menjadi Cleaner di sebuah bangunan bertentangan Syarikat milik lelaki itu.

Eiyad menggosok kotoran di rifle M16 itu dengan penuh kasih sayang dan berhati-hati.
Muncung di hujung Senapanh itu di sentuh lembut. Silencer.

"Walaupun kau dah berusia kau tetap hot Hahah!" Ketawanya sendiri.

Sakit yang aku bagi kau rasa itu sedikit je kawan. Gumamnya perlahan.

Dia mengintai kembali di sebalik tingkap aras dua itu. Berkerut dahinya apabila melihat Carlos masih tegak berdiri merenung tajam ke arahnya. Jelas nampak senyuman sinis yang terukir di bibir lelalki itu.

Carlos masih berdiri tegak. Kesakitan pada bahunya di tahan. Tangannya mengangkat tinggi ke bangunan hotel di hadapan pejabatnya. Tangannya di lambaikan sebelum perlahan-lahan empat jarinya turun hanya meningalkan 1 jari tengah.

Fuck!

Wajah Carlos tenang kembali melambai ke arahnya sebelum memboloskan tubuh ke dalam perut kereta dan diikuti Raymond yang sedia berdiri di belakang lelaki itu.

Eiyad mengetap rahang dan mendengus kasar. Tanpa teragak-agak dia melepaskan lagi tembakan. Tapi malang tembakannya terlepas dari sasaran dan hanya sempat menghentam badan kereta mewah itu yang mula bergerak pergi.

"Bangsat."Marah Eiyad

Aku akan pastikan kau akan hilang segalanya.

........

Farah hanya memerhati Gib yang duduk bersandar di sofa ruang tamu rumahnya. Lelaki itu fokus melihat skrin telefon bimbitnya. Serius sahaja wajah itu. Hal kerja agaknya.

'Hmm, muka serius pun kacak.' dengus Farah dalam hati. Haish Benci betul lah!

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Hujan lebat bercampur kilat di luar rumahnya masih belum berhenti. Farah mengeluh perlahan. Nampak gayanya makin lama la lelaki ini berada di rumahnya.

Cepat-cepat la kau berhenti wahai hujan. Biar cepat sikit lelaki ini berambus. Dia tidak mahu duduk berduaan dengan lelaki ini. Bahaya!

Berkerut Dahi Farah apabila melihat wajah Gib berubah. Lelaki itu seakan menahan marah.
Setelah menerima satu panggilan tadi.

Gib segera mengemas barangannya. Dia pantas berdiri dan berpaling tubuh mencari Farah. Farah yang melihat terus melangkah mendekati Gib.

"Nak balik dah hujan masih lebat ni."

Walaupun dia tidak mahu berduaan dengan lelaki ini tapi dia masih bertimbang rasa. Bahaya kut kalau bawa motor dalam keadaan hujan lebat macam ni. Kalau lelaki ini kemalangan macam mana? Dia juga rasa bersalah. Eh!. Farah gigit hujung bibirnya.

"Aku ada hal. Someone akan ambil aku dekat sini." Ujar Gib baju kemejanya di betulkan sedikit.

"Siapa?" Soal Farah tanpa sedar.

Berkerut Dahi Gib mendengar soalan itu. Saat kemudian bibirnya mengukir senyuman.

"Kawan aku." Ujar Gib.

Dia melangkah ke pintu. Lalu tubuhnya sekali lag berpaling memandang Farah.

"Make sure kunci pintu dan tingkap semua..Aku tak ada sini untuk jaga kau nanti. Jaga diri baik-baik." Ujar Gib sebelum tumbul pintu itu di pulas dan dia melangkah pergi.

Farah seakan terkaku mendengar bicara lelaki itu. Apa maksud Gib tadi? Kenapa? Apa yang terjadi? Bermacam persoalan bermain di fikirannya kini. Dia mengeluh perlahan lalu pintu rumahnya di kunci dan terus berjalan masuk ke dalam kamarnya.

..........

Luq dan Gib berpandang sebelum memerhatikan tubuh belakang seorang lelaki yang berdiri tegak memandang kepekatan malam. Mereka juga pelik kenapa Eiyad tidak menambak Carlos dibahagian yang lebih mencabar. Bahu je cis!

Mungkin Carlos sudah tahu keberadaan lelaki itu, Malah Carlos seperti sengaja pulang agak lewat sejak seminggu yang lalu. Langkah mereka mendekati Carlos yang masih leka memerhatikan langit malam.

"Kau Okey?" Soal Luq pada Carlos.

Carlos memalingkan wajahnya. Kepalanya di jatuhkan.

"Tak ada la sakit sakit sampai nak mati lagi."

"Cis! Raymond Call aku, dia punya cerita macam kau dah nazak." Rungut Gib.

"Kau tak ada sekali?" Soalan Luq membuatkan Gib terdiam. Pangkal lehernya di garu perlahan.

"Aku keluar awal lah tadi ada hal sikit."

Carlos menjeling Gib sekilas. Dia memusingkan tubuhnya lalu langkahnya di atur ke kerusi di hujung taman itu. Punggungnya di labuhkan lalu sebatang rokok di dalam kotak di ambil dan di nyalakan api. Perlahan-lahan asap itu di lepaskan.

"How is she?" Soal Carlos.

Berkerut dahi Gib.

"Siapa?" Luq bertanya.

"Ask Him." Ujar Carlos jarinya di tunjukkan pada Gib yang menayangkan muka tidak mengerti.

"What? Aku tak faham lah" Soal Gib apabila dua orang lelaki itu memandang tajam kearahnya.

Carlos ketawa sinis. Puntung rokok itu di celah jarinya kembali di sedut lalu asap itu di lepaskan kembali.

"Farah. how is she?" Soal Carlos.

Membulat mata Luq mendengar nama yang di sebut Carlos. Like seriously Gibran.

"Wow kau nak ayat awek melayu. Makan belacan pun tak lepas." Kutuk Luq ketawa besar di buatnya.

Gib mendengus. Dia berjalan mendekati Carlos lalu punggungnya juga di labuhkan di kerusi kosong bersebelahan lelaki itu.

"Mengarut! " Ujarnya tanpa nada.

"Dia dah masuk perangkap kau lepas ni apa?" Soal Gib sengaja ingin mengalih topik perbualan mereka.

Luq dengan tawanya bersisa berjalan mendekati Gib dan Carlos.

"Ubah topik nampak brother." Bahu Gib di tepuk kuat.

"Diamlah sial." Merah wajahnya menahan marah atau malu mungkin.

Carlos dan Luq ketawa. Dan beberapa saat kemudian Tawa Carlos terhenti.

"Dia dah muncul now bawa Zahra kembali ke sini."

"Kau biar betul!" Serentak soalan itu diajukan Luq dan Gib.

Carlos menjatuhkan kepalanya.

"Buat apa yang kita dah bincangkan minggu lalu."

Gib dan Luq berpandangan. Gila ini memang kerja gila. Di sana dah sememangnya gila dan di sini pulak buat-buat gila.Nafas mereka di helakan pelahan. Semoga apa yang di rancang akan berjalan lancar.

(".) Maaf atas kekurangan cpter minggu ini..
Maaf juga kerana menyepi..
Kesihatan tidak mengizinkan.

Terima kasih masih sudi membaca story tak seberapa ni ..

Terima kasih juga always support Call girl ..

I really appreciate it.

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2022-03-01 22:47:57 

tq update..gws...semogs kesihatan sis semakin baik

Aishahmahawiah84 Ecah
2022-02-28 10:39:16 

welcome tq update

Ratnasita Yakin
2022-02-27 22:33:58 

welcome... get well soon author


NovelPlus Premium

The best ads free experience