Call Girl 51

Romance Series 1321954

Terukir senyuman lebar di bibir Zahra. Seronok gayanya menikmati nasi arab berlauk kambing. Dan mungkin juga dia gembira apabila Carlos membenarkan dia keluar bersama farah.

Pertama kalinya dia di benarkan keluar tanpa pengiring. Tapi hakikatnya itu hanya dusta belaka. Bukan dia tidak nampak beberapa lelaki yang mengikutinya. Tapi tak kisahlah janji dapat keluar dari sangkar emas itu.

Puas Zahra memujuk Carlos membenarkan dia keluar bersama farah. Awalnya Carlos agak keberatan tetapi akhirnya lelaki itu membenarkan.

Dan itu amat pelik.

"Happy hang sekarang noh, berseri-seri muka."Ujar Farah.

"Gila tak happy,kalau Hubby kita layan kita macam puteri."

"Cit!" Farah mendecit.

"Meluat tengok muka hang! Tak payah dok renyeh sangat la. Macam hang soang ja ada laki."

"Of course!."Jawab Zahra dengan bangganya.

"Eeeee Meluat! Meluat! Meluat!" Ujar Farah geram.Permukaan meja di hadapannya di ketuk-ketuk.

"Hah.haha.." Terkekek-kekek Zahra ketawa.

"Babe kau nak tolong aku tak?"Ujar Zahra Tiba-tiba. Berkerut dahi farah mendengar bicara gadis itu.

"Hang pasai pa nak pi lari pulak ka? kata bahagia puih." Perli Farah. Niatnya sengaja ingin mengusik gadis itu.

"Ish choi mulut macam longkang!"Marah Zahra.

"Adalah benda sikit nak minta tolong kau.. boleh?" Tanya Zahra, Matanya memandang sekeliling. Apabila dia dapat menangkap satu susuk tubuh yang amat dia kenali. Bibirnya menarik senyuman tanda menyapa.

Farah menghelakan nafasnya. Dia memandang wajah manis Zahra.

"Apa dia?"

...........

"Kau biarkan dia keluar macam tu je! kau gila ke apa?!" Tengking Luq.

Masuk saja di bilik Kerja Carlos. Luq terus menerpa ke arah lelaki itu yang duduk di meja kerjanya. Mana tidaknya, Sudah terang lagi bersuluh Zahra dalam keadaan bahaya lelaki ini senang-senang melepaskan adiknya keluar begitu sahaja.

"Aku tahu apa yang aku buat." Jawab Carlos angkuh.

"Kau ni memang siallah..."

Buk!

Satu tumbukkan hinggap di pipi Carlos. Kolar baju Carlos di cengkam lalu menarik Carlos supaya berdiri.

"Abang!" Jerit Jasmine dia terus berlari dan memeluk tubuh Luq bagi mengelakkan pergaduhan itu.

Luq mendengus kasar. Laju dadanya merombak. Matanya tajam memandang Carlos yang selamba kembali duduk di kerusinya, Kemeja biru gelap yang tersarung di tubuh itu di sapu di bahagian dada seperti membuang kekotoran yang ada di baju itu.

Jasmine menghelakan nafasnya.

"Abang kita duduk dulu boleh?"Pujuk Jasmine.

Dia juga bimbang akan keselamatan Zahra. Seminggu di France, Carlos langsung tidak mengirimkan khabar berita tiba-tiba Lelaki itu meminta mereka kembali semula ke sini dengan alasan semua sudah selamat.

Gila.

Dan hari ini Carlos membenarkan Zahra keluar walaupun ada yang menjaga gadis itu tetapi dia tetap tidak yakin dengan keselamatan Zahra.

Dada luq yang merombak cuba di tenangkan Jasmine.Tangan kanan Jasmine naik mengusap lembut dada bidang Luq manakala Tangan kirinya memeluk erat pinggang Luq wajah di sembamkan pada belakang badan suaminya itu.

"Sabar abang."Pujuk Jasmine lagi.

Luq menghelakan nafasnya. Kedua tangan Jasmine yang berada di tubuhnya di tempis kasar.

Jasmine terkaku dengan perbuatan suaminya itu.

"If anything happens to Zahra, Kau mati aku kerja." Tajam matanya menikam anak mata Carlos. Sedikit pun tiada gentar melawan panahan mata Zamrud itu.

Luq memusingkan tubuhnya ingin melangkah keluar dari bilik itu. Bahu Jasmine di rempuh kasar. Jasmine terkaku di tempatnya. Dia sempat berpaut pada kerusi kosong di tepi meja itu.

Tubuhnya kaku seketika.

Bam!

Pintu bilik kerja Carlos di hempas kuat terhenjut bahu jasmine ketika itu.

"Has he seen it all?" Soal Carlos di hujung talian earpiece miliknya.

"Oui monsieur. En fait, il a coupé la ligne
(Yes sir. In fact, he's turned off the line)" Jawab suara di hujung talian.

"Good. Luq,Kau masuk cukup drama kita untuk hari ini."

Berkerut dahi Jasmine mendengar perbualan Carlos.

"What going on Frere(Abang)?" Soal Jasmine.

Serentak itu pintu bilik Carlos kembali terbuka.
Wajah tampan Luq melangkah masuk dengan penuh senyuman.

"Sayang sorry..abang.." Wajah Luq mula berubah saat melihat kerutan di wajah sang isteri.

"I'm asking you frere what going on?!" Nada Jasmine sedikit meninggi.

"Sayang.."

"Someone has put CCTV in this room."Jawab Carlos tanpa nada.

Jasmine diam dia menghelakan nafasnya. Di tarik dan di lepaskan beberapa kali. Jadi tadi semua lakonan? Jasmine memejamkan matanya.

What the Fu....

Dia menarik nafas dalam dan di lepaskan perlahan-lahan. Luq yang melihat Jasmine mula bimbang. Perlahan-lahan Jasmine kembali membuka matanya.

"Sayang are you okey?" Soal Luq dia melangkah mendekati Jasmine.

"No! Stop there!" Ujar Jasmine tegas.
Mati langkah Luq.

Wajahnya di palingkan memandang Carlos yang menekap tapak tangannya ke rahang yang di tumbuk Luq sebentar tadi. Tubuh lelaki itu sudah bersandar di kerusi.

"I don't know what stupid plan you're trying to do. But what you said earlier is true abang. If something happens to Zahra and her baby. Both of you I will make life miserable!"

Jasmine mendengus. Dan terus melangkah keluar dari bilik itu, dan dengan sengaja tubuh Luq di rempuhnya.

"Sayang please..." Luq menarik lengan Jasmine.

"Lepas. I don't want to hear your explanation"Jasmine merentap lengannya kembali dan terus melangkah keluar.

Luq memandang Carlos. Langsung tiada riak di wajah lelaki itu. Malah Carlos siap mengangkat kedua bahunya ke atas.
Luq mengeluh perlahan. Dia melangkah mendekati Carlos kerusi kosong di hadapan Carlos di tarik lalu punggungnya di labuhkan dan tubuhnya terus bersandar disitu.

"Fuuuh." Terlepas keluhan dari mulut Luq.

Carlos ketawa perlahan.

"Relaks lah bro, Kejap je tu nanti OK la tu."

Sekali lagi Luq melepaskan keluhan. Dia mendapat text daripada Carlos untuk menyerang lelaki itu kerana telah membenarkan Zahra keluar tanpa pengawasan dan bilik lelaki itu telah di pasang CCTV tersorok untuk mengintipnya beberapa hari yang lalu.
"Zahra macam mana?"Tanya Luq.

"Don't worry. Ada yang ikut dia."Jawab Carlos.

"Aku harap semua yang kita dah plan ni akan berjaya perangkap Eiyad."

Carlos menjatuhkan kepalanya.

"InsyaAllah."

Luq tersenyum mendengar jawapan Carlos.
Alhamdulillah. Banyak perubahan dari lelaki di hadapannya ini.

......

"Iya hubby dah on the way balik ni."Ujar Zahra sambil tersenyum sempat dia memandang Farah yang sedang memandu sambil mempamerkan muka menyampah.

"Pesan farah, Jangan bawa laju-laju tau sayang. Aku tak lari mana pun."

Zahra ketawa perlahan.

"Iya kami slow je ni."

"Eee tak sabarnya nak peluk kau rindu."

"I miss you too hubby rindu nak peluk awak nak cium awak." Balas Zahra. Matanya sekali lagi memandang Farah. Lidahnya di jelirkan sedikit.

Farah mencebik. Matanya masih fokus dengan pemanduannya. Sesekali dia menjeling cermin pandang belakang.

Berkerut dahinya saat melihat sebuah kereta laju memotong sebelum bertukar lorong dan menghimpitnya.

"Allah!" Automatik kaki Farah menekan pedal brek kuat mungkin.

Srekkk!!

Bukkk!!!

"Auch!" Zahra mengaduh perlahan. Pandangannya terasa kabur seketika. Perutnya terasa senak.

Manakala Farah, Tangan naik menyentuh hidung yang terhantuk di stereng tadi.
sakit. Tangan turun mengesat apabila ada cecair keluar dari hidung. Farah memandang hujung jari jemarinya.

"Babe Darah!" Zahra terus mencapai tisu dari dashboard dan dihulurkan pada Farah.

"Love are you okey? kenapa ni?" Suara Carlos melalui pembesar suara di corong telefon bertukar tegang.

Terkejut Zahra saat suara itu kuat kedengaran.
mungkin ketika perlanggaran tadi dia tertekan pada pembesar suara.

"Kami terlanggar kereta depan." Zahra menjeling Farah yang laju melangkah keluar dari kereta.

"Jangan keluar dari kereta lock pintu tunggu sampai budak aku sampai."

"Tapi Farah dah ke...luar"

Zahra memandang je hadapan melihat seorang lelaki mula berjalan ke arah Farah dan muncung topi di turunkan menutupi wajahnya berkerut dahi Zahra.

"Hu..bby..." Tubuh Zahra mengeras. Terkaku dan pegun di tempatnya apabila terpandangkan Lelaki itu menarik senyum ke arahnya. Dia...

Eiyad.

Menggigil hebat tangan Zahra memegang telefon bimbit.Ketika melihat laju Eiyad menghayun kayu ke arah kepala Farah.
tak semena-mena Telefon Zahra terlepas dari tangannya.

"Hubby.."

.........

Perlahan-lahan Farah membuka matanya yang masih memberat apabila terbuka, Layu matanya memandang sekeliling ruang bilik itu.

Dia di mana?

Ruangan bilik yang luas. Bertemakan hitam dan kelabu. Haruman bilik yang sangat maskulin.

"Gibran." Terlepas sebaris nama meniti dia bibirnya.

"Kau orang tak buat kerja ke?! Tengok apa yang jadi sekarang!" Sayup-sayup kedengaran suara makian seorang lelaki.

Sunyi seketika selepas mendengar makian lelaki itu.Farah menghelakan nafasnya. Matanya di pejamkan. Pelipis di kepalanya di urut pelahan.

Farah berdesis kecil saat kepalanya kembali sakit. Mata di buka perlahan. Tangan terus naik menyentuh kepala yang terasa sakit itu di sentuhnya perlahan. Sekali lagi dia melepas keluhan, Apabila baru tersedar bajunya turut bertukar serta tudung yang di pakai olehnya semalam telah di buka.

Sebaik sahaja mendengar tombol pintu bilik di buka, pantas sahaja dia menarik gebar kelabu berselubung di dalam selimut.

Gib yang melihat keadaan Farah itu segera menghampirinya namun langkahnya terhenti apabila mendengar Farah menjerit kuat.

"Stop there! Jangan dekat. I'm begging you. Please.." Rayu Farah

Terukir senyuman sinis di bibir Gib Melihat keadaan Farah, terus dia mendekatinya tanpa mempedulikan arahan gadis itu. Semakin kuat derapan kaki Gib mendekatinya semakin kuat Farah menggengam gebar itu.

"Aku nak balik.."Suara yang terbit dari dalam selimut itu membuatkan Gib ketawa sinis kepalanya di gelengkan.

"Dan aku tak benarkan kau balik" Selimut di rentap di kuat. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di birai katil.

"Gibran!"Jerit Farah.

Tanpa memperdulikan gadis itu. Tangannya mula naik mengusap kepala Farah perlahan.

"Ishh Apa ni!" Tangan Gib di tempis kasar.

Gib ketap rahangnya kuat sebelum cuba menenangkan dirinya dengan menghembus nafas.

"Apa yang berlaku?"Soal Gib perlahan.

"Mana Ara. Is she ok?" Farah menghelakan nafasnya. Soalan Gib di balas soalan.

Gib merenung mata Farah. Dia seperti mencari sesuatu di dalam anak mata berwarna hazel itu.

"She will be fine.You need to rest. Kepala kau mesti sakit lagi kan? Dah sambung tidur." Arah Gib. Kepala farah di tunjal pelahan.

"Eee sakit lah!"Bentak Farah.

"Itu kau kata sakit? kena ketuk dengan kayu kuat lagi melawan. kena tunjal dengan jari dah sakit."

Fara mendengus. Tanpa memperdulikan Farah, Gib terus bangun berdiri. Baru ingin membuka langkah terasa pengelangan tangan kanannnya di tarik perlahan.

"Boleh pulangkan tudung aku balik?" Pinta Farah.

"Nanti aku bawakan" Serentak itu tangan kirinya naik menyuntuh kepala Farah.

Farah mengigit hujung bibirnya.Menahan rasa yang hadir. Mata segera di pejamkan apabila sedar lama mata mereka berpandangan.

'Anything for you my lady. One day you will be mine Puteri Farah Najwa.'

.......

"Ei..eiyad??" Hanya perkataan itu yang terkeluar di bibirnya.

"What? Miss me, huh?" Tanya Eiyad sarkastik. Kakinya perlahan mendekati Zahra Matanya merenung tajam pada wajah yang kelihatan sedikit pucat itu.

Zahra menelan liurnya apabila lelaki itu semakin menghampirinya. Wajah yang dulu itu sentiasa tersenyum, namun tidak untuk kali ini. Wajah itu secara automatik bertukar bengis.

"Why?" Soalan itu yang keluar di bibir Zahra.

Walaupun dia berada dalam ketakutan, tapi dia perlu tenang. Semua yang dicerita Jasmine ketika mereka ada ni France tempoh hari masih segar dalam ingatannya.

Eiyad mendecit.

"Only That's your question? You look calm sweetie.."

Kaki Zahra yang di baru di rantai di usap perlahan.Kerusi di hujung katil di tarik kemudian dia melabuhkan punggung di situ. Tubuh disandar selesa pada kerusi sofa sambil kaki disilangkan.

Zahra memerhati setiap kelakuan lelaki di hadapannya itu. Lelaki yang dia kenal sebelum ini adalah sangat berbeza dengan perwatakan sekarang.

"Sampai bila awak akan berdendam macam ni?"

Eiyad meretap rahangnya dia bangun dan terus melangkah mendekati Zahra. Lengan Zahra dicengkam kuat. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak. Urat disekitar itu mula timbul, menandakan kemarahannya semakin memuncak.

"Tolong hentikan semua ni.Saya merayu pada awak."

Zahra mula merasakan perutnya terasa ngilu. Seluruh badannya juga bertambah sakit.
Teruk juga dia di heret ke sini oleh lelaki itu.

"Hentikan? Tak mungkin Zahra aku nak kau dengan dia rasa bertapa seksanya apa yang aku rasa. Before I forget, salam takziah aku ucapkan untuk ayah kesayangan kau dan mungkin untuk suami kau dan anak dalam perut kau tu."

Eiyad mula ketawa kuat.Kakinya mula melangkah keluar dari bilik itu sekaligus meninggalkan Zahra yang masih dalam keadaan tercengang.

Dada Zahra berdegup kencang. Kata-kata Eiyad itu mula bermain di fikiran. Perutnya di usap perlahan.

"Hubby..." Air mata yang tadi sudah kering kembali menitis jatuh ke pipi. Dia menangis namun langsung tidak keluar sebarang bunyi.

(".) Mesti boring kan bab ini maaf ini sahaja yang mampu.. Thanks sudi baca ..

Share this novel

Indah Rht
2022-03-06 16:26:15 

i suka bace novel ni.. bcoz x tumpu pada hero and heroin je... now i tertunggu2 watak gib dgn farah.. suweeetttt

fea
2022-03-06 09:34:05 

aww gibran


NovelPlus Premium

The best ads free experience