BAB 3

Spiritual Completed 763

Budak paling kecil dalam kelas kami dulu sebab itu dia suka panggil kawan-kawan yang perempuan ini kakak.

Rozy pula hero kedua group ini, duda anak seorang ini sesekali teruk digasak oleh teman-teman yang sibuk mencarikan jodoh buat dirinya. Orangnya sporting bicaranya selalunya mempunyai double meaning sama seperti rakan karibnya Talib, yang dipanggil Boye selamba je berkata-kata.

Bertambah meriah nagaria group ini bila Danny yang telah berhijrah ke Jakarta itu muncul dengan segala macam berita dari seberang sana yang bikin panas suasana.

Ayu dan Has, dua ibu tunggal dalam group ini memang membuat aku kagum dengan semangat mereka.

Ayu yang sentiasa ceria biarpun dia sentiasa tak cukup masa berkejar ke sana kemari, setiap pelusuk Semenanjung Malaysia dijelajahi untuk mempromosikan coklat keluaran syarikatnya.

Aku memang tabik spring kat super power woman ini dalam sibuk urusan bisness dan anak-anak masih punya masa untuk teman-teman.

Begitu juga Has, sanggup menaiki bas semata-mata hendak berkumpul dengan teman-teman. Has yang punya kreativiti yang besar dalam bidang jahitan baju dan tudung.

Aku yakin kalau diberi peluang dan modal dia boleh menjadi usahawan tudung yang berjaya kerana tudung yang dihasilkan setanding dengan tudung-tudung jenama terkenal.

Dari Datuk, Datin, CEO dapur, CEO syarikat, eksekutif, jurutera, ahli perniagaan, photographer, akauntan, mak andam. segala macam jawatan-jawatan penting bukan setakat didarat malah laut pun ada dalam group ini.

Pendek kata kalau nak buat majlis perkahwinan group ini ada pekej lengkap, sememangnya aku bangga punya rakan-rakan yang telah berjaya. Siapa pun mereka, setinggi mana pun jawatan mereka dalam group ini bagai tiada batasannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience