Abah : “Rosak akarnya jangan harap batang, ranting, daun dan buahnya akan baik. misalnya kamu minat bab jodoh sekarang. Sekiranya kamu seorang yang cintakan Al-Quran insyaallah kamu akan jumpa yang persis Al-Quran yang baik-baik, begitu juga sebaliknya. Jika kamu tak penting Al-Quran kamu akan jumpa yang sedemikian juga maka kalau nak jodoh yang baik maka jadilah Al-Quran sebagai keutamaan.”
Anak : “Adoilah..”
Abah : “15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al-Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi 7300 ayat. Dah boleh jadi hafizah.” Sambung si ayah tadi.
Anak : “Kenapa abah cakap semua ni?”
Abah : “Kerana abah tak mampu hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al – Quran. Abah tak nak anak abah ikut jejak langkah yang sama.”
Anak gadisnya sebak, memeluk abahnya meminta maaf. Sungguhlah, lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, ayah berkata-kata untuk melihat anaknya di syurga.
Terkesima tahap cipan (meminjam kata-kata Baha yang kaya dengan pelbagai istilah) aku membaca baris-baris tazkirah ini. Berderai airmata mengenangkan kealpaan diri.
Pertama yang terlintas dibenak ialah kita bukan lagi remaja belasan tahun tapi lihatlah apa yang kita bicarakan, mungkin teman-teman ada yang kata ala poyonya dia ni… tapi hari ini kita harus menerima kebenaran.
Macam mana kita nak menasihatkan anak-anak kita, kalau kita bergurau senda tanpa batasnya, kalau kita sendiri tidak menjadikan dan mengamalkan ajaran Al- Quran dalam meladeni urusan seharian.
Terbayang wajah-wajah polos, manis dan manja anak-anak aku dan teman-teman, tentu kita mahukan masa depan yang terbaik buat mereka.
Share this novel