BAB 5

Spiritual Completed 763

Teman, menegur bukan bererti mahu menunjuk pandai, menunjuk baik atau warak jauh sekali merasa diri lebih hebat dari kalian tapi kerana kasih seorang sahabat.

Setiap yang kita lakukan di dunia ini ada batas dan sempadannya. Setiap dari kita akan disoal di sana kelak, disini kita boleh menuding jari kepada orang lain untuk menutup kealpaan kita tapi disana kelak, satu persatu perbuatan kita akan dibuka, tanpa mampu membela diri kecuali bagi yang benar.

Kerana itu kita disuruh berkata benar walaupun kebenaran itu pahit.

Dalam keseronokkan bertemu rakan-rakan seketika aku turut terleka, sehingga sebuah mesej yang ku terima dari group lain yang menjentik rasa dan membuat aku tergamam seketika, aku kongsikan tazkirah ini untuk sahabat-sahabat yang dikasihi semua.

Kisah seorang ayah menegur anaknya, baca dan fikir-fikirkan teman.

Sudah tengah malam, ayah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Masih belum tidur.

Abah : “Buat apa je belum tidur lagi??”

Anak : “Tengah..” ( sambil tunjuk telefonnya)

Abahnya mengangguk tanda faham. Tengah berinternet.

Abah : “Abah nak cakap sikit boleh?”

Anak nya tidak mengangguk, tidak menggeleng cuma menadah telinga.

Abah : “Sekarang umur kamu 20 tahun kan?” anak hanya mengangguk.

Abah : “Baiklah. Dengar baik-baik ni abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exactly pun.

Orang bekerja habiskan masa 8 hingga 12 jam sehari. Orang belajar macam kamu habiskan 5 hingga 7 jam sehari. Orang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan 6 jam lebih fikir tentang jodoh dan layan perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience