BAB 2

Spiritual Completed 763

Ayat-ayat ala gangster ini muncul bila Baha menyakat Mk dan Izan, kak long kawasan group ini pasti gamat jadiknya bila disampuk pula oleh Izat dan diapi-api oleh rakan-rakan yang lain.

Aini, Mk dan Izan sering diusik dengan gelaran lawor kemain (lawa bukan main) oleh Baha dan group nagarianya. Sememangnya teman-teman ini merupakan wanita anggun yang terserlah kecantikkannya walau telah menjangkau usia 40-an.

Suasana sentimental mula timbul bila mat jiwang group kami Asree muncul tak sudah-sudah mengenang cinta yang tak terluah pada rakan sekelas Nora, memang sadis cinta tak kesampaian kawan yang seorang ini. Akhirnya keraplah audio lagu-lagu bertema cinta tak kesampaian menjadi santapan telinga kami.

Awa dan Yati sesekali bersuara, tapi lebih banyak menjadi pemerhati atau memberi komen saja maklumlah mereka sibuk meladeni urusan rumahtangga yang tidak pernah ada akhirnya.

Ana pula cuma sesekali mencelah, Asna si comel yang masih solo dalam group ini dan Anny yang masa sekolah dulu agak senyap dan lebih suka memerhati ini turut memeriahkan group ini.

Bib, satu-satunya bukan dari warga SDWI tapi kerana sikap sportingnya dia menjadi ahli group ini. Zaki dan Shahrir pula, masih sama seperti zaman persekolahan dulu lebih banyak diam dari berkata-kata, berbeza dengan Midi yang dulunya lincah kini malu-malu pula.

Nazli muncul sesekali, dengan gambar atau audio yang menarik kadang kala lucu, begitu juga Mus, yang kadang-kadang tenggelam, kadang-kadang timbul. Sesekali turut menyampuk bicara nagaria group ini.

Yunus pula sentiasa merendah diri, walaupun berjawatan tinggi, pun serupa seperti Nazli dan Mus yang kadang kala kelihatan terliur nak menganggotai nagaria. Azmi pula khabarnya seorang yang suka berjenaka, tapi diruang whatsapp ini kelihatannya serious pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience