Tit..tit.. hah..mesej masuk lagi untuk yang keberapa ratus kalinya aku pun tak pasti.
Sejak menyertai geng whatsapp SDWI handphone aku tidak berhenti dihujani mesej tidak mengira masa. Fenomena gila berchatting di alam maya ini bukan saja jadi kegilaan anak muda rupanya tapi mereka yang dah masuk dalam golongan empat siri keatas pun sama.
Bila dah berkumpul mulalah kami mengenang kembali zaman kanak-kanak berada di sekolah rendah pada tahun 70-an ini.
Sekeping gambar kelas ketika berusia lapan tahun sudah cukup membuatkan kecoh geng kami mengimbau kembali detik-detik zaman kanak-kanak ribena itu. Memerhatikan deretan wajah suci ketika itu membuat kami tertawa sampai ada yang hampir terkucil terpaksa berlari ke bilik air.( ni pun dia orang cerita).
Tersingkap pelbagai kisah kenakalan dizaman kanak-kanak. Cukup dengan memerhatikan gambar tersebut melihat siapa sinakal hanya melalui pemakaian stokin.
Bayangkan dua orang sahabat karib sehingga dewasa ini, sama-sama tidak memakai stokin ketika itu sampai terbongkarlah kisah mencuri limau di tokong tidak jauh dari sekolah kami dan akhirnya kami tergelak tak berhenti-henti walaupun masing-masing berada beratus batu diantara satu sama lain itulah kecanggihan teknologi masa kini.
Am, admin yang telah bersusah payah menyatukan kami didalam geng SDWI yang mempunyai pelbagai ragam yang perlu dia tangani ini. Dia yang berusaha untuk mengumpulkan geng SDWI, usaha yang patut dihargai.
Inilah group yang paling gila dan meriah sekali dalam group-group yang aku sertai. Bayangkan sehari beribu mesej kadang-kadang tak terbaca dibuatnya.
Ada saja idea yang hendak dibualkan malah lajak ke pukul dua pagi pun ada, kebanyakan idea-idea merapu terutama bila hero group ini Baha memulai dengan skrip-skrip panasnya ada saja ideanya untuk menyakat teman-teman sehingga kadang kala timbul perkataan porah, phuii, bahan, bedal dan paling menggerikan bunuh.
Share this novel