Sesekali apa yang dibicarakan bagai membaca mesej anak-anak remaja yang gila-gila dan tak tentu hala saja.
Ada kala bicara yang bermula sekadar bercanda menjadi panjang berjela, bagai parlimen membentangkan isu negara, kadang kala bagai membaca dairi duka terutama bila berbicara pengalaman pahit zaman persekolahan yang bila dibualkan rasanya bagai baru semalam pahit getir itu dilalui..
Cerita tentang guru-guru kami yang garang-garang, pada zaman persekolahan kami itu kerjaya guru memang disanjung tinggi. Guru-guru bagaikan ibubapa kedua kepada kami.
Rotan biasa saja ketika itu tapak tangan dan punggung kematu dimamah rotan, malah pelbagai denda yang dikenakan kalau setakat berdiri di atas kerusi, di luar kelas itu juga biasa kepada kami malah ada yang masih menjadi iguan ngeri hingga ke hari ini bayangkan dibogel dihadapan teman-teman pengalaman yang takkan mungkin dilupakan, ada juga guru yang memandang darjat kalau anak orang kaya yang buat silap tutup sebelah mata tapi kalau anak orang susah bagai tiada belas kasihannya malah ada yang masih terhiris perasaan hingga ke hari ini rasanya kalau guru-guru kami berada dizaman ini separuh dari mereka telah disaman oleh ibubapa.
Dulu kalau setakat birat dan lebam, ibubapa tak peduli apa pun. Jangan harap nak mengadu bimbang ditambah lagi oleh mak, ayah dirumah.
Itu baru bab guru belum lagi bab kawan-kawan yang suka membuli. Yang berada pandang yang kekurangan macam musuh, yang pandai pandang yang ketinggalan macam mereka langsung tak ada masa depan.
Dalam kelas pun ada beberapa kroni, yang ni group budak cantik, yang ni group budak bajet pandai, ada gak group lalang, kejap ikut group ni kejap ikut group tu siapa yang memberi kesenangan itu yang dipilih.
Bila dikenang kembali zaman itu pasti ada perasaan yang tercalar. Tapi kerana guru-guru yang garang, dibuli rakan, susah payah, pahit getir yang kita lalui inilah yang menjadikan siapa kita hari ini.
Itu sejarah silam kita kawan, kini kita bukan lagi anak-anak remaja, zaman itu telah kita tinggalkan jauh di belakang.
Share this novel