BAB 2

Romance Completed 833

“Entahlah, mak. Meera tak tahu. Meera bingung dengan keadaan ni. Meera
sendiri tak tahu apa yang menyebabkan Meera tak boleh terima sesiapa
untuk mengganti arwah Amir. Tiada orang lain yang sebaik Amir, mak.”
Esakan Ameera semakin kuat kedengaran.

“Semua keputusan, mak serahkan kepada kamu. Meera fikirlah masak-masak.
Kamu sendiri yang menentukan hala tuju dan juga masa depan kamu.”

Puan Kalsom mengesat air mata yang mengalir di pipi Ameera dengan ibu
jarinya. “Sudahlah tu. Tolong belikan mak bahan-bahan ni. Kejap lagi
abah kamu nak balik makan tengahari.”

Puan Kalsom menghulurkan secebis kertas yang tercatat senarai bahan
untuk dibeli kepada Ameera. Dia juga memberikan sekeping not RM10.

“Baiklah, mak,” ujar Ameera dengan tenang. Tiba-tiba sahaja dia berasa
amat lega apabila diberikan masa untuk membuat keputusan.

Puan Kalsom keluar dari bilik itu dan bersegera ke dapur untuk memasak.
Ameera pula mengenakan tudung pada kepalanya.

Kini, dia tampak lebih cantik apabila memakai tudung berwarna merah itu.
Dipadankan pula dengan baju kurung yang berwarna merah jambu. Dia pantas
mencapai basikalnya di luar rumah dan berkayuh ke kedai Pak Leman.

*KEADAAN* di sawah padi itu pada waktu petang amat menenangkan
fikirannya yang sedang bercelaru. Angin yang bertiup membelai lembut
pipi dan juga seluruh tubuh Ameera. Di pondok inilah, Ameera selalu
mengelamun dan selalu bergurau senda dengan arwah Amir.

Kedengaran tempikan datang daripada beberapa orang kanak-kanak yang
bermain layang-layang di situ. “Woi, cepatlah! Angin dah kuat ni!” laung
seorang budak lelaki kepada kawannya.

“Ya, sabarlah. Kau ni, tahu menyuruh aje kerjanya. Layang-layang kau ni
dah buruk, tahu tak? Dah tak boleh pakai. Dah tak nak naik lagi. Kau
beli aje yang baru. Habis cerita!” balas kawannya itu.

Tanpa sedar, Ameera ketawa kecil sendirian melihat telatah budak-budak
itu. Teringat akan waktu kecilnya dahulu, sewaktu bermain dengan arwah
Amir, Hafiz dan juga Mei Lin. Keluarga Hafiz sudah berpindah ke Perak
manakala Mei Lin kini sedang menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur.
Ameera pula cuma mampu belajar sehingga ke tahap STPM. Keluarganya tidak
mampu menanggung kos pembelajaran Ameera sehingga ke universiti walaupun
keputusan SPMnya agak cemerlang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience