BAB 6

Romance Completed 833

“Pengantin lelaki, datang sini!” Suara seorang lelaki kedengaran. Suara
Tok Kadi. Hafiz segera berjalan menuju ke arah lelaki itu. Dia duduk di
alas duduk berwarna ungu muda yang ada di depan Tok Kadi itu.

“Kita dah nak mula ni. Tolong bawa keluar pengantin perempuannya pula,”
arah lelaki itu. Hafiz semakin berdebar-debar. Tadinya dia teramatlah
santai. Namun, sekarang hanya Tuhan yang tahu betapa lajunya jantungnya
berdegup.

Pada saat ini jugalah Ameera gelisah. Dia masih tidak tahu siapa bakal
suaminya itu. Tiada sesiapa pun yang memberitahunya. Tipah dan Siti
mengiringi Ameera ke ruang tamu. Semasa berjalan, Ameera hanya tunduk
memandang lantai. Tidak sanggup rasanya untuk memandang semua orang yang
ada di sekelilingnya.

Hafiz dapat melihat Ameera namun hanyalah dari jarak yang jauh. ‘Hisy…
Angkatlah muka tu, Meera. Nak tengok muka kau sekarang ni. Eh, kejap!
Kejap! Mampus aku kalau timeni dia tengok aku. Boleh jadi
cancelpulak majlis ni. Tak fasal-fasal aku tak jadi nikah kang!’ detik
hati Hafiz. Beberapa saat kemudian, upacara akad nikah dilakukan.

“Aku nikahkan dikau, Tengku Muhammad Hafiz Bin Tengku Faris dengan Nurul
Ameera Binti Harun dengan mas kahwinnya tiga ratus tiga puluh tiga
ringgit, tiga puluh tiga sen tunai,” kata Tok Kadi setelah menggoncang
tangan Hafiz.

“Aku terima nikahnya, Nurul Ameera Binti Harun dengan mas kahwinnya tiga
ratus tiga puluh tiga ringgit, tiga puluh tiga sen tunai,” jawab Hafiz pula.

‘Hafiz?!’ Terkejut Ameera. Kini, dia sudah tahu siapa suaminya.

Setelah semua saksi menyatakan bahawa pernikahannya sah, Hafiz menarik
nafas lega. Dengan sekali lafaz sahaja, dia sudah sah menjadi suami
kepada Ameera. Tok Kadi pun mula membaca doa.

Upacara pembatalan air sembahyang pula dimulakan. Hafiz menghampiri
Ameera. Sungguh ayu Ameera pada malam ini. Baju pengantin putih
dikemaskan dengan tudung yang sama warnanya nampak sesuai dengan Ameera.

Segera Hafiz mencapai kedua-dua belah tangan Ameera. Dikucupnya lembut
tangan itu. Setelah itu, Hafiz mengucup pula dahi isterinya itu.

Dua cincin sudah tersarung di jari Ameera. Cincin yang dihadiahkan oleh
Hafiz dan cincin pernikahannya. Setelah selesai upacara tersebut, Hafiz
berbisik di telinga Ameera.

“Meera pakai cincin yang abang bagi?”

“Mestilah Meera pakai sebab Meera dah pakai cincin ni sebelum Meera baca
surat abang lagi.” Terukir sebuah senyuman di bibir Ameera. Kini, dia
tahu siapa pengganti arwah Amir dan dia sendiri yang merelakan pengganti
ini untuk menjadi pembimbing serta penjaganya dan juga anak-anaknya kelak.

“Ameera, abang pernah cakap yang kalau Meera jatuh, abang akan selalu
ada untuk Meera bukan? Abang akan pegang janji tu sampai bila-bila.
Meera sayang abang tak?” tanya Hafiz.

“Meera sayang abang!” Pantas Ameera mencium tangan Hafiz. Dia sungguh
terharu dengan kata-kata Hafiz itu.

“Abang yang terakhir untuk Meera,” sambung Ameera lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience