BAB 4

Romance Completed 833

“Aku macam biasa aje. Sekarang aku kerja kat kilang roti sebab nak bantu
keluarga aku. Mujurlah aku ni anak tunggal. Kalau tak, kesian pula mak
dan abah aku kena cari rezeki lebih. Tapi sekarang aku dah berdikari,
boleh jaga diri sendiri, boleh tanggung makan sendiri. Kau pulak kerja
apa? Siap dengan kemeja lagi ni.”

“Kau dapat resultcemerlang, kan? Kenapa tak sambung belajar atau
bekerja kat bandar? Gaji pun lumayan di sana. Berbalik pada soalan kau,
aku kerja biasa-biasa aje. Pegawai pemasaran di Fitri Holding.”

“Result aku memang okey cuma aku tak nak tinggalkan mak abah aku kat
sini berdua aje. Kalau dulu sebelum aku jadi janda ni, Amir memang
bekerja di sini. Jadi, aku tak bolehlah ke bandar.”

“Hari ni, genap setahun suami kau meninggal dunia kan? Takkan kau masih
tak ada pengganti?” Hafiz mula menukar topik. Rasa semacam membazirkan
masa sahaja bertanyakan perkara yang tidak penting tadi. Sedangkan,
tujuan utamanya datang menegur Ameera hanya untuk menyoal tentang ini.

“Entahlah, Hafiz. Tadi ada rombongan datang merisik. Aku bingunglah
kenapa aku masih tak boleh terima orang lain dalam hidup aku ni. Mungkin
aku ni terlampau sayangkan Amir kut.” Ameera pura-pura ketawa untuk
menutup rasa sebaknya.

“Kau terima ajelah. Tiba masanya orang lain pula yang menjadi teman
hidup kau. Dah tak ada jodoh, apa boleh buat. Mungkin jodoh kau dengan
lelaki yang datang merisik tu.” Ameera melepaskan sebuah keluhan berat
setelah mendengar kata-kata Hafiz itu.

Seketika suasana menjadi sunyi. Tiada kata-kata daripada kedua-dua belah
pihak. Semuanya bermain dengan fikiran mereka sendiri.

“Macam mana kau jumpa aku kat sini?” Ameera memulakan bicara.

“Aku dah pergi rumah kau tapi mak kau kata kau keluar lepas makan
tengahari tadi. Jadi, aku fikir ada dua tempat aje yang kau akan pergi.
Ke sini atau ke rumah Tipah,” jawab Hafiz.

“Jadi, kau pergi rumah Tipah atau ke sini dulu?”

“Sudah semestinya ke sini dulu. Tempat ni aje satu-satunya tempat kita
sekawan paling sayang dan suka. Untuk pengetahuan kau, aku datang sini
naik basikal kau,” kata Hafiz sebelum ketawa terbahak-bahak mengingatkan
saat-saat dia mengayuh basikal milik Ameera dengan berpakaian sebegini.
Semua mata memandang ke arahnya.

Ameera juga turut ketawa. “Apa kena dengan kau ni naik basikal aku? Mana
cool. Kau pakai macam ni, lepas tu naik basikal cabuk aku tu. Ada ke
patut? Sepatutnya kau tukarkan detik-detik mengayuh tu dengan
membayangkan kau sedang memandu kereta BMW, tahu tak?”

“Tak mengapa. Ketampanan aku ni tak berkurang kalau naik basikal kau tu.
Aku sengaja tinggalkan kereta BMW aku tu kat rumah semata-mata nak naik
basikal kau tu.”

“Wah, hebat kau! Dah pakai BMW sekarang ni. Canggih dan maju kau ya?
Pasal ketampanan kau tu, aku tak jaminlah betul ke tidak.” Setelah itu,
mereka ketawa terkekeh-kekeh. Melepaskan rindu masing-masing untuk
bergelak ketawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience