BAB 1

Romance Completed 833

AMEERA* masih menatap gambar arwah Amir. Ditatapnya wajah lelaki itu
sepuas-puasnya. Sesungguhnya, dia masih menyayangi dan merindui arwah
suaminya itu walaupun dia sedar bahawa Amir kini sudahpun meninggal dunia.

“InsyaAllah, tuan. Saya tak boleh berjanji sebab semua keputusan
terletak pada Ameera. Saya hanya mampu memujuknya.” Kedengaran perlahan
suara Puan Kalsom di ruang tamu.

“Baiklah, puan. Kalau begitu, kami minta diri dulu. Minggu depan, saya
akan datang semula untuk bertanya tentang hal ini.” Suara seorang lelaki
juga kedengaran.

Ameera mengintai di celah-celah lubang kecil pada dinding biliknya. Dia
mahu memastikan rombongan yang datang itu balik secepat mungkin.

‘Ahhhh!’ rintih hati Ameera. Dia masih belum mampu menerima sesiapa
sebagai pengganti arwah Amir. Kebuntuan mula menyelubungi jiwanya. Hanya
kepada ya Khalik sahaja dia mampu untuk meminta ketenangan. Dia menadah
kedua-dua belah tapak tangannya untuk berdoa.

“Ya Allah, ya Tuhanku. Kau berilah petunjuk kepada diriku ini, Ya Allah.
Sesungguhnya, aku benar-benar buntu tentang hal ini. Patutkah aku
menerima risikan ini, Ya Allah? Hanya Engkau yang mampu memberi petunjuk
kepada hamba-Mu yang hina ini. Aminn…”

Air mata mula jatuh dari tubir mata dan mengalir perlahan membasahi pipi
gebu Ameera. Segera dikesat air mata itu apabila dia menyedari bahawa
ibunya mengetuk pintu bilik.

“Ya, mak! Masuklah,” pelawa Ameera.

Kelihatan Puan Kalsom menapakkan kakinya memasuki bilik Ameera. Dia
melabuhkan punggung di tepi Ameera yang duduk di birai katil lalu
membelai lembut rambut anaknya itu.

“Meera… Mak tahu kamu masih sayangkan arwah Amir tapi kamu mesti ingat,
yang pergi tak dapat kembali lagi. Takkan kamu nak menatap gambarnya
tiap-tiap hari. Tiada gunanya.”

Esakan tangis Ameera mula kedengaran. Dia tidak dapat lagi membendung
tangisan itu setelah mendengar kata-kata Puan Kalsom.

“Mak, Meera sayangkan Amir. Tiada orang lain yang dapat menggantikan
arwah Amir. Setiap hari Meera rasakan yang Amir selalu ada di sisi
Meera,” kata Ameera tersedu-sedan.

“Itu kata kamu. Kenyataannya Amir tu sudah tiada, Meera. Tak baik kamu
fikir macam itu. Yang pergi, sudah pergi. Kita yang hidup ni mesti
teruskan hidup. Rombongan yang datang merisik tadi, baik belaka. Kamu
tak nak terima ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience