BAB 12

Romance Completed 57594

Fira membuka pintu setelah mendengar ketukan bertalu-talu.. Apabila pintu itu dikuak, kelihatan Rina melutut dihadapan pintu rumahnya. Fira terkejut.
“Ya Allah Rina. Apa dah jadi dengan kau ni? Leen…!!! Leen..!! mari sini sekejap” jerit Fira meminta bantuan daripada Leena. Kelihatan Leena berlari menuju ke pintu.

“kenapa? Eh Rina.. apa dah jadi ni?” dengan pantas Leena membantu Fira memapah Rina dan meletakkan sahabatnya itu di atas sofa. Kemudian Leena bergegas pula ke dapur, mengambil secawan air untuk Rina.
“Nah.. kau minum air ni dulu.. kau relaks, kemudian bila dah rasa lega baru kau ceritakan, apa yang dah berlaku.”

Rina akur. Air itu diminumnya seteguk demi seteguk. Rina menghela nafas panjang. Fikirannya sedikit tenang melihat kesetiaan kawan-kawanya itu.. Rina mula menceritakan detik hitam yang berlaku padanya tadi. Fira dan Leena tekun mendengar setiap patah dari Rina. Buntang mata mereka mendengar cerita dari Rina. Tidak menyangka perkara tersebut akan menimpa diri Rina.

“Aku betul-betul tak sangka Fadli sanggup buat aku macam ni”
“sabarlah Rina, ini semua dugaan bagi kau” jawab Fira apabila melihat Rina tertunduk hiba.
“Leena…” panggil Rina perlahan
“Ya Rina..”

“Betul kau cakap dulu aku pasti akan menyesal, kalau aku tinggalkan Rizman. Dan sekarang aku betul-betul menyesal. Aku malu dengan diri aku sendiri Leena, dengan kau, Rizman”
Berdebar jantung Leena apabila nama Rizman bermain di tubir bibir Rina. Cemburukah aku? “Emm tu perkara lama Rina, semua orang buat kesilapan, kau jangan fikirkan sangatlah.” Balas Leena.

“Tapi aku betul-betul menyesal, aku dapat rasakan betapa peritnya hati Rizman, sewaktu aku ‘membuang’ dia, tanpa sebab yang kukuh. Aku betul-betul rasa berdosa dengan Rizman. Dan sekarang baru aku tahu, mana kaca dan permata. Ternyata aku masih cintakan dia. Aku nak mintak maaf pada dia Leen. Aku nak tebus dosa-dosa aku. Aku rasa apa yang berlaku hari ni pun kerana kesilapan lalu aku. Dan sekarang aku betul-betul memahami setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya.”

“kalau kau rasa, dengan meminta maaf kepada Rizman dapat melapang hati kau, kau pergilah berjumpa dengan dia” jelas Leena. Leena berlagak biasa tetapi hatinya semakin tidak tenteram. Sakitkah hati aku ini? Desis hatinya. Tak boleh! Aku tak boleh cemburu, aku tak boleh marah Rina.. Rina masih tidak tahu hubungan aku dan Riz.. tapi… sampai bila? Macam mana kalau Rizman ingin kembali semula kepada Rina?

Tak.. tak boleh..!! ya Allah.. Leena resah, dadanya semakin sebak.
“Tapi aku tak rasa, Rizman akan maafkan aku”
“belum cuba, belum tahu Rina, sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Aku pasti Riz juga masih sayangkan kau, dan peluang dia memaafkan kau pasti cerah.” Jelas Fira

Leena tersentak mendengar perkataan ‘sayang’…” hatinya bagaikan dihenyak. Leena semakin sebak. Terasa perit untuk dia terus mendengar.

“InsyaAllah, aku akan cuba berdepan dengan Rizman. Terima kasih Fira, Leena kerana memberi aku semangat” Rina sedikit tenang
Leen hanya mengangguk lemah. “ tak apa Rina, kitakan kawan” balas Fira “haa.. apa kata kau miss call Rizman sebagai permulaan, esok lusa dia tak lah terkejut sangat, dan aku rasalah Rizman mesti suka. Manalah tahu hatinya masih untuk kau, dan setahu aku Rizman kan seorang yang payah untuk jatuh cinta” sambung Fira lagi,memberi semangat.

“tapi, tidakkah terlalu awal, Fira?
“Awal-awallah bagus,sebelum terlambat. Tak pun sebelum aku tackle dia” ketawa Fira berderai.

Kali ini Leena tidak tertahan lagi.. Hatinya semakin remuk. Leena meminta diri untuk masuk ke kamarnya. Bimbang kalau-kalau dia tidak dapat mengawal emosinya.
“Rina, aku mintak maaf, aku masuk bilik dulu ya.. aku rasa pening kepalalah” Leena mencipta alasan.
“Ye lah Leen, aku mintak maaf sebab ganggu kau tidur tadi” balas Rina

“tak apa, aku tak kisah, Cuma aku tiba-tiba rasa pening. Okaylah Rina, Fira… aku masuk bilik dululah”
Rina dan Fira hanya menganguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience