BAB 17

Romance Completed 57594

Selepas peristiwa itu, Leena semakin menjauhkan diri daripada Rizman. Walaupun hatinya rindu kepada Rizman, tetapi dia nekad untuk terus menjauhkan dirinya. Dengan harapan Rizman dapat melupakannya. Tarikh perkahwinan Rina dan Rizman akan menjelang sebulan saja lagi. Hati Leena begitu sebak, terasa luluh hati dan perasaanya. Sungguhpun begitu, Leena masih mampu mengubati lukanya, dengan mengimbau kembali memori bersama Rizman tika dulu. Leena bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepadanya mencintai dan dicinta Rizman. Itu pun dia sudah bersyukur.

Tidak sesekali Leena membenci Rizman, mahupun Rina, malah hati sucinya masih mampu mendoakan kebahagiaan mereka berdua kelak. Bertapa besarnya pengorbanan Leena, dengan sanggup mengorbankan cinta demi sebuah ikatan tali persahabatan dan tali persaudaraan. Leena juga tidak bimbang melepaskan Rizman ke tangan Rina, kerana kini Rina sudah banyak berubah berbanding dulu. Syukurlah mungkin itu jodoh yang terbaik untuk Rizman.

“Fira, Leena mana?” tanya Rina.
“Dia baru balik, ada kat dalam bilik dia.” Balas Fira sambil leka membaca majalah.
“Ohh aku ingat dia tak balik lagi, tadi aku tanya budak kat office, dia cakap Leena keluar, aku target dia balik terus. Tiba-tiba dalam kereta, risau pulak takut Leen tunggu aku di pejabat. Sebab dia janji tadi nak balik dengan aku.”

“Ahhh, tak payah nak risau, dia pun dah balik.. haa tu dia” tunjuk Fira sambil memuncungkan bibirnya.
“Kau balik dengan siapa?”
“Aku balik dengan teksi tadi, aku keluar beli barang sikit, aku malas nak menyusahkan kau teman aku beli barang. Lagipun aku nampak kau sibuk semenjak dua menjak ni.

Rina tersenyum..” emm tak adalah sibuk sangat sampaikan aku tak boleh nak temankan kau, aku hanya siapkan kerja yang tertangguh dulu, nanti bila cuti kahwin, tak adalah aku risau sangat, kerja semuanya dah settle sebelum ambil cuti panjang.” Jelas Rina

Leena terdiam. Cuba mengawal perasaannya.
“ohh tak ya.. orang dah nak kahwinkan, mesti sibuk sekarang ni” Leena ketawa, tetapi hatinya Allah saja yang tahu.
“ kau ni Leen ada-ada saja. Leen kau ada panadol tak?.. aku pening kepala lah” tanya Rina.
“Ada.. pergilah cari dalam bilik aku.. aku pun lupa letak kat mana..” Leena tergelak.
“ok thanks.. aku naik atas dululah. Lepas telan ubat aku ingat nak tidur sekejap.”
“Okay.. Rehat tau.. bye”

Rina masuk ke bilik Leena untuk mencari panadol. Entah kenapa, kepalanya sakit sekali. Rina membongkok mencari ubat di setiap laci. Tetapi tidak di jumpainya. Rina beralih ke katil Leena., manalah tahu Leena menyimpannya di sana. Fikir Rina. Kemudian Rina mencari dibawah bantal, ada sesuatu yang di jumpai, bukan ubat penahan sakit, tetapi diary Leena. Rina berdebar-debar. Rina cuba untuk membacanya, tetapi dipadamkan hasratnya. Rina meletakkan kembali diary tersebut di bawah bantal Leena. Rina duduk di birai katil Leena. Dia ligat berfikir tentang diary tersebut. Akhirnya, Rina nekad untuk membacanya. Rina menutup pintu bilik Leena, sebagai langkah berjaga-jaga. Diambil semula diary tersebut, lalu di bukanya.

Alangkah terkejut Rina sebaik sahaja melihat foto mesra Leena dan bakal suaminya itu. Rina semakin berdebar.. lalu di bacanya satu persatu luahan hati Leena. Tanpa disedari Rina menitiskan air matanya. Rina tidak menyangka selama ini Leena dan Rizman adalah pasangan kekasih.

Kenapa kau tidak berterus-terang kepada aku Leena?? Kenapa kau sanggup korbankan cinta kau? Dan kenapa kau terlalu berahsia Leena?? Rina menangis semahunya. Rina malu dengan perbuatannya, masih ada lagi manusia yang berhati mulia mengorbankan cinta mereka.. sedangkan aku…??? Terus hanyut dengan kepentingan dan keegoan diri sendiri. Rina tertunduk.. Rina kesal dan sebak menahan sakit di dada kerana perbuatan dirinya sendiri

“Riz, kau tak boleh terus murung macam ni Riz, ia boleh menjejaskan diri kau sendiri.
Kau cubalah terima hakikat yang kau bakal jadi suami kepada Rina.. Mana Rizman yang aku kenal dulu? Bangkitlah Riz.. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.” Leman cuba menasihati Rizman.

“Aku nak Leena Man….” Sayu sekali suaranya.
“Ya Riz, aku tahu.. tapi Leena juga bakal jadi isteri orang Riz.. kau dah tak boleh ganggu dan fikirkan tentang dia lagi..kau harus terima hakikat ini Riz.. Bangkitlah Riz, bangkit..”

Rizman menangis melepaskan resah di dada. “Tapi Man, aku terlalu sayangkan Leena.. kenapa Allah sanggup buat aku macam ni Man??”

“Istifar Riz, banyakkan Istifar. Jangan sesekali kau salahkan takdir Allah.. setiap apa yang Dia lakukan pasti ada hikmahnya, kau bersabarlah. Berikanlah peluang kedua pada Rina, Rina betul-betul menyayangi kau Riz.”
Rizman hanya mendiamkan dirinya.

“ Hari ini u menangis lah sepuas-puas hati kau Riz, kau menangis lah. Esok aku mahu kau bangkit dengan Rizman yang baru. Dan mulai esok juga aku nak kau buat persediaan diri kau dari segi mental dan fizikal. Kau ingat Riz majlis poerkahwinan kau dua hari saja lagi. Kau perlu kuat Riz….. kau perlu terima kenyataan ini.”
Leman memberi kata-kata semangat kepada Rizman, lalu di tepuk bahu Rizman tanda sokongan. “ Ingat Riz, bangkitlah.”

“ Fira, aku dan Leena nak kahwin dah. Kau bila lagi?” tanya Rina.
“ ermm..kalau ada jodoh ada la.”
“ Hai lain macam je bunyi nya.”

“ Haa lah, aku sedih lah kau dan Leena dah nak kahwin, nanti siapa nak masakkan untuk aku, aku dah lah master goreng maggi je.” Fira menongkat dagunya.
Rina tergelak besar. “ Lah aku ingat sedih pasal apalah tadi, rupanya pasal makan.” Rina menutup mulutnya menahan saki-baki tawanya.

“ Leena, kau macam tak happy je nak kahwin.” Usik fira.
“ Eh takde lah, aku cuma rasa tak sedap badan.”
“ Tak sedap badan? Kau demam ke?”
“ Eh tak lah aku letih sikit.”
“ooooo….kau jangan monyok-monyok ok,nanti atas pelamin tak berseri.” Fira mengusik Leena lagi

Leena hanya tersenyum. Fikirannya ligat berfikir. Leena semakin berdebar menanti hari perkahwinannya lusa. Dia semakin buntu. Terngiang lagi suara uminya..

“Leen, ada orang datang meminang Leen.. macam mana?” tanya maknya
“Ikut Umilah, kalau baik bagi Umi, baiklah bagi Leena.. Leena percayakan Umi.”

“Haa yelah.. kiranya Umi terima lah pinangan keluarga tu ya.. Umi pun berkenan dengan budak lelaki tu”
Tanpa usul periksa latar belakang calon suaminya.. Leena hanya akur pilihan maknya sendiri.
“ikut umilah ya.. Leena ikut saja.. Leena tahu Umi jugak mahukan yang terbaik untuk anak Umi..

Betulkah apa yang aku lakukan ini?? Kenapa aku perlu merosakkan masa depan aku sendiri?? Hanya kerana kekecewaan yang aku alami?? Adilkah itu untuk aku?? Ya Allah, kau tenangkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah. Kau tabahkan lah hati ku.. Leena tertunduk sayu.. Selamat pengantin Riz… bahagialah kau bersama Rina.. Hati Rina merintih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience