BAB 15

Romance Completed 57618

Sebulan kemudian….

“Aku betul-betul tak sangka, kau boleh bertindak sejauh ini Rina..!! Aku tidak sangka..! Kau betul-betul sudah gila Rina..!” tempik Rizman dari cerowong telefonnya..
“Ya aku gila.. aku gilakan cinta kau Riz, aku sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kembali cinta kau..” balas Rina

“Kenapa dulu kau buang aku?? Kenapa? Dan sekarang.. kau jilat ludah kau balik..!! macam tu? Aku betul tak sangka begini sikap kau sebenar Rina.. kau bertindak tidak rasional, sanggup kau merayu pada mak dan ayah aku, semata-mata untuk kembali kepada aku…kau tak sepatutnya buat aku macam ni, sebab aku dah tak cintakan kau Rina..!! dan aku tak kan sesekali berkahwin dengan kau..” kemarahan Rizman semakin memuncak. Rizman terkejut besar apabila maknya Puan Salmah menelefonnya memberitahu antara dia dan Rina sudah di ikatkan dengan tali pertunangan.

“Kau benar-benar keterlaluan, apa yang kau dah rasuk dalam pemikiran mak aku, sehinggakan aku dilarang membantah keputusan mereka??!! Perlakuan kau membuatkan aku mula membenci kau Rina.. baik kau batalkan saja pertunangan ni.. aku tak kan terima..!!
“Tidak..Tidak sesekali..!! Aku akan tetap berkahwin dengan kau Rizman. Aku harus menebus segala dosa aku kepada kau” Rina menegakkan pendiriannya

“Tak perlu kau tebus dosa kau dengan cara sebegini, sekarang aku sudah memaafkan kau, dan aku nak kau batalkan tali pertunangan ini di depan mak ayah aku. Sanggup kau peralatkan mak dan ayah aku, kau benar-benar zalim.. aku tak kan sesekali memperisterikan kau. Kau ingat tu Rina..!!” lantas Rizman memutuskan talian.

Dia benar-benar tidak keruan. Pelbagai perasaan yang timbul di benaknya. Marah, geram, kecewa, resah, aaahhhh..!! Rizman menjerit sekuat hatinya.. hati Rizman semakin kecewa apabila mak dan ayahnya sanggup membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.. Rizman menumbuk dinding sekuat hati, hatinya puas. Kemarahan Rizman mengatasi segalanya. Rizman semakin hilang pedoman… kau gila Rina..!! Gila..!! Rizman menjerit lagi.. Serta merta bayangan Leena berlegar di mindanya. Bingkas Rizman mendail nombor telefon Leena. Rizman menekan butang ‘call’ dan menunggu panggilan tersebut di jawab oleh Leena. Rizman gelisah. Rizman mundar-mandir menghilangkan resah dihati. “Angkatlah Leen” sesekali Rizman bersuara. Di dailnya kembali untuk kali ke dua. Kali ini Leena mengangkatnya.

“Hello Riz.. maaflah, Leen kat dapur tadi..
“Tak apa, Leen kita jumpa sekarang, Leen tunggu tempat biasa, sikit lagi Riz sampai..” Rizman terus memutuskan talian.

Leena terpana, pelik dengan perangai Rizman. Leena mendengus kuat, lalu bersiap untuk berjumpa dengan Rizman. Selepas bersiap Leena seperti biasa keluar untuk tunggu di perhentian bas.

Tidak sampai 10 minit Leena duduk di perhentian bas tersebut, Leena nampak Honda City milik Rizman sudah berada di depannya, tanpa membuang masa, Leena masuk ke dalam perut kereta Rizman.

“Kita pergi Putrajaya” jawab Rizman ringkas.
Hanya itu yang di ucapkan.. selepas itu Rizman hanya mendiamkan dirinya. Kadang-kala Rizman mengeluh. Berat sekali bunyinya.

“Buat apa pergi Putrajaya?” tanya Leena hairan
Rizman hanya diam. Ini membuatkan Leena sedikit bengang. Leena mengerutkan dahinya. Pelik. Dahlah tadi main putuskan sahaja talian, sekarang bila kita tanya diam pulak. Leena mengomel di dalam hatinya. Leena semakin geram.

“Nak buat apa pergi Putrajaya??!!” tanya Leena. Kali ini suaranya sedikit tinggi.
Rizman tersentak. Dia tahu Leena marah dengan perbuatannya yang melulu.
“Maaf ya Leen, sampai sana nanti Riz ceritakan hal yang menganggu fikiran Riz sekarang.” Rizman sekilas memandang lembut wajah Leena. Hatinya tenang.
Tetapi kembali panas apabila teringatkan peristiwa yang menghantui dirinya. Leena hanya diam akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience