BAB 3

Romance Completed 57594

Hilang kelembutan Rina semenjak dia berkawan dengan Fadli, anak Dato’ Mokhtar. Rina semakin kerap pulang lewat.. balik dalam keadaan mabuk, sudah berani menanggalkan tudung.. ternyata Rina dulu sudah tiada. Bertaubatlah Rina,pintu taubat masih terbuka untuk kau…
“heei Leen!!! kau nak tercampak keluar ke? Pintu kereta tu tutup kuat sikit!!! eeerr apalah tu pun nak aku ajar”

“eh..ehh sorry” Leena meminta maaf.. terus diam..mungkin terasa..
“emmm..seminggu ni kau balik naik bas lah.. aku ada hal sikit nak settle kan” Rina bersuara memecah kesunyian.
“tak apalah kalau macam tu” Leena sendiri pun sudah malas menumpang kereta Rina, semakin lama Leena menumpang kereta Rina semakin sakit hati Leena. Bongkak sungguh dia setelah dapat kereta daripada Fadli.

Ingatkan apabila ada kemudahan, bolehlah menumpang senang,tapi lain pulak ceritanya.
“Kau tak kisahkan?” tanya Rina
“tak kisah, aku faham”
“baguslah kalau macam tu, dan lagi satu aku ada benda nak mintak tolong kau ni”
“apa dia?”

“tolong cakap kat bos, aku nak ambil cuti emergency seminggu, nak balik kampung”
“lamanya.. kau nak buat apa lama-lama sangat, mak kau sakit ke? Tanya Leen hairan, dia tau mesti Rina ada muslihat lain.
“kau cakap sajalah macam tu.. tak payah banyak sangat tanya”

“…tapi kau nak kemana?”
“mana-mana je.. kau cakap je kat bos macam tu, balik dari cuti nanti pandailah aku”
“suka hati kau lah”
Leena malas nak bertekak dengan Rina yang semakin keras kepala. Semakin hari perasaan meluat Leena terhadap Rina semakin menjadi-jadi.. Astarfighlahhalazim..

“ Encik nak minum air apa?” tanya pelayan perempuan tersebut
“bagi saya air..air.. I LOVE YOU ye” seloroh Leman
“ehh man..kau jangan nak menggatal ye..cepat order”
“eee kau ni.. ok cik, bagi saya air laici ye, dan nasi goreng pattaya,kau Riz?

“ok,saya nak minum air tea o ais limau and mee goreng mamak.. mee goreng tu nak pedas-pedas ye” jelas Riz
“baik lah Encik, itu sahaja?”
“yup, itu saja”
Masing-masing memandang pelayan itu pergi. Leman tersenyum..

“cantik jugak” leman bersuara
“kau semuanya cantik Man”
“apa salahnya memuji keindahan tuhan”
Riz mencebik.. masing-masing ketawa.. tetapi ketawa Leman terhenti apabila nampak seseorang perempuan kelihatan mesra berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang berpengaruh dalam dunia koporat.Leman serba salah untuk menunjukkan gelagat sepasang kekasih itu kepada Rizman.

“kau kenapa Man? Macam nampak hantu je” usik Rizman sambil menoleh kebelakang,Rizman terkedu
“sabarlah Rizman,kalau kau tak selesa kita cancel order tadi, kita lunch tempat lain.”
“tak apa.biar je, aku nak tengok gelagat perempuan tu, ooo patutlah tinggalkan aku,rupanya dah ada ayam belanda, yela aku ni ayam kampung je,kecik pulak tu ” Rizman berkias.. hampa

Leman mati akal..hanya diam.. risau juga Leman kalau-kalau Rizman bertindak diluar batasan.
“kau jangan buat hal kat sini sudahlah Riz. Malu aku nanti”
“jangan risau aku masih tahu,mana yang buruk dan mana yang baik”

Leman lega.. kesian juga dia lihat teman rapatnya.. apa kurangnya Riz?? berharta..rupa paras pun ada. Riz seakan pelakon Ashraf Muslim,sungguh sempurna di mata wanita yang melihatnya. Tak kurang pada itu, Rizman juga terkenal dengan kesetiaannya dan kejujuran dalam bercinta.

Ramai yang tergila-gilakan cinta Riz, tapi tidak bagi Rina, Rina langsung tidak bersyukur.
“dahla Riz, makanan pun dah sampai, baik kau makan, pastu kita blah dari sini.. nanti kita lalu depan dia, biar Rina terjojol mata dia nampak kau” pujuk Leman sambil memandang mata redup kepunyaan Riz yang menjadi kegilaan setiap wanita.

“ye lah tu.. kau ambil gambar dia Man.. nanti senang aku nak tunjuk kat mak ayah aku,bila mak ayah aku tanya nanti”
“orait” sambil mengambil telefon bimbit di tangan Rizman, lalu mengambil gambar dua sejoli itu.
“okey Riz, cantiiiikkk”
“bagus!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience