BAB 16

Romance Completed 57618

Setelah setengah jam perjalanan, mereka tiba di Putrajaya, Leena terus keluar dari kereta Rizman. Rizman hanya mengekorinya. Leena tersenyum melihat keletah segelintir anak kecil berlari berkejaran sesama sendiri. Ceria sekali. Leena terlalu kagum dengan permandangan di Putrajaya. Teras bangga dan megah apabila menjadi salah seorang anak Malaysia. Ketenangan di Putrajaya membuatkan Leena tenang setenangnya. Tetapi tidak bagi Rizman. Hatinya di landa 1000 keresahan.

“Leen”
“yaa…” sahut Leen lembut
“Tadi mak Riz call” Rizman meraup mukanya resah.. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
“kenapa? Dia suruh Riz balik ke?” Leena cuba meneka.
“Bukan..bukan tu..”
“Habis tu??”
“Dia bagitahu…….” Rizman memberhentikan kata-katanya.
Leena tersenyum.. “Rizman..cakaplah apa dia?” Lembut suaranya memujuk
“Mak bagitahu Riz dan Rina sudah di ikat tali pertunangan.

Berdesing telinga Leena mendengar ungkapan yang hanya satu ayat itu. Leena terasa tersembam menyembah bumi. Leena kehilangan kata-katanya. Leena masih tidak percaya, dengan apa yang di dengarnya tadi.

“Serius?” tanya Leena
“ya Leen”
Air mata Leena gugur jua akhirnya. Leena merasakan dirinya hilang pertimbangan. Begitu sakit pangkal jantungnya, mendengar pengakuan itu.
“tapi kenapa Riz terima?? Riz cakap dulu Riz sayangkan Leena??” Leena menangis teresak-esak
“Sumpah Leen, sumpah!! Riz tak terima. Ini semua rancangan Rina. Rina yang telah memperalatkan mak ayah Rizman, untuk mendapatkan Rizman semula.

Setelah dia tidak berjaya memujuk Riz sebulan yang lalu. Lagipun ini bukan salah mak dan ayah Riz, mereka tidak tahu yang Riz sudah ada Leena. Dan kemungkinan besar, mereka rasa tidak perlu berbincang dengan Riz, kerana mereka masih fikirkan yang Riz masih cintakan Rina. Ini semua salah Riz, kalau Riz ceritakan pada mak dan ayah Riz tentang hubungan Riz dan Leena, Riz pasti perkara ini mesti tidak akan terjadi.”

Rizman meluahkan apa yang terpendam, hatinya betul-betul sudah hancur. Rizman menangis. Leena hanya terdiam. Hatinya hancur berkecai. Hanya air mata yang mampu Leena keluarkan.. bukan kata-kata.

“Leena, kita balik kampung hari ini jugak. Kita batalkan petunangan ini. Riz tak nak hubungan ini di teruskan.”

Leena tetap berdiam, tiba-tiba Leena terfikir kehilangan Rina seminggu lalu..Hari ini dan saat ini semuanya sudah terjawab. Patutlah Rina gembira semenjak balik petang semalam. Rupanya-rupanya ….ahhhh…Hati Leena menjerit sekuat-kuat hatinya. Airmata Leena tidak henti-henti keluar, seakan memahami hati dan perasaannya.

“ Leen…dengar sini Leen…kita balik ke kuantan sekarang. Kita bagi tahu mak ayah Riz tentang hubungan kita.” Rizman memegang erat tangan Leena. Dengan serta-merta Leena menarik kembali tangannya. Rizman terkedu.
“ Tidak..!!! Leena tidak akan berbuat begitu”
Rizman terkejut, Riz semakin berdebar.

“ Tapi kenapa? Tolonglah Riz, Riz betul-betul cintakan Leen, Leen sanggup lihat Riz gila kerana ikatan pertunangan tanpa rela ini? Desak Rizman.
“ Tidak ada kekasih yang sanggup melihat kekasih hatinya menjadi tunangan orang Riz” Jelas Leen dalam keadaan tersedu-sedu.

“ Kalau macam itu jom kita balik kampung sekarang juga. Kita bagi tahu mereka tentang hubungan kita. Hanya ini sahaja untuk memusnahkan rancangan Rina.”
“ Tak boleh Riz…Leena tak akan jadi pemutus pertunangan orang . Tak akan..!!! ” Leena meninggikan suaranya.
“Leen buanglah prinsip tu jauh-jauh. Prinsip Leen itu boleh menguburkan cinta kita Leen, Leen sedar tak?”
“ Leen tak nak di sebabkan Leen hubungan keluarga Riz dan keluarga Rina akan bermusuhan, dan Leen tak nak mak cik Salmah dan pak cik Razali memusuhi Leen. Mereka terlalu baik terhadap Leen. Leen tidak akan memalukan mereka kerana keegoan Leen sendiri.

Akurlah dengan keputusan mereka Riz. Terimalah hakikat bahawa jodoh kita setakat ini sahaja. Hantar Leen balik sekarang….” Leen sudah bangun menuju ke kereta bersama airmatanya yang mencurah-curah. Pedih.

“ Leen nanti dulu Leen, Riz tak sanggup hadapi semua ini……Riz bencikan Rina.Macam mana Riz nak lalui kehidupan Riz dengan orang yang Riz benci. Tolonglah jangan tinggalkan Riz, Riz tak boleh hidup tanpa Leen.”

“ Cubalah Riz, sayangilah Rina sebagaimana Riz menyayanginya dulu.”

Rizman mati akal, hatinya sudah hancur luluh………semuanya gara-gara Rina….Aku benci kau Rina!!!!!! Aku akan pastikan kau tak akan hidup dengan tenang. Ini balasan kerana engkau memusnah kan hidup aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience