BAB 8

Romance Completed 57594

“Tenang permandangan kat sini kan Rizman, udaranya masih segar, pantai yang masih suci dari pencemaran, dan yang paling aku suka sekali suasana kampung yang tenang dari pencemaran bunyi.. kau tahulah kan, aku bukan suka bising-bising ni..” jelas Leman
“biasalah kampung Man”

“Masakan mak kau pun sedap, tengok sajalah malam tadi,banyak jugak aku tambah, yang membuatkan aku selera, sambal belacan dan ikan patin masak tempoyak tu, ish kecur air liur aku di buatnya”
“kalau kau suka,bolehlah kau ikut aku balik lagi nanti.. jomlah Man kita masuk rumah, kita sarapan. Ayah aku pun dah balik dari kedai..” ajak Rizman

Leman hanya menurut dan terus melangkah bersama Rizman. Rizman menarik kerusi, dan duduk bersebelahan Leman.hatinya semakin berdebar, kali ini pasti soalan berkaitan dirinya dan Rina akan di suarakan. Rizman cuba menyembunyikan keredupan disebalik wajahnya. Rizman tersenyum.

“Hah.. apa lagi tunggu, makanlah Man. Ini saja yang ada. Nasi lemak ni,makcik buat sendiri, pulut panggang dan kuih bakar tu, pakcik kau yang beli kat kedai tadi.”

“Iya makcik, saya makanlah ni.. Sedap nasi lemak makcik buat, terasa santannya” puji Leman.
“kat kampung ni, kelapanya banyak Man, lepas tu pulak ‘wajib’ nasi lemak ni banyak santan, kalau tidak pakcik kau ni tak nak makan pulak. Tak sedap katanya.”
Terang Puan Salmah, mak kepada Rizman.
“Ohh macam tu pulak” Leman mengangguk. Mengerti.
“Rizman, Rina apa khabar? Sihat ke dia?” Ayah Rizman mencelah

Bagaikan ditumbuk lumat dadanya, apabila ditujukan soalan tersebut. Berdebar.
Rizman tidak senang duduk. Leman mengerti keadaan sahabatnya itu. Rizman tunduk sambil menggaul nasi dengan sambal ikan bilis. Rizman menarik nafas sedalam mungkin dan melepaskannya secara perlahan.

“ Rizman tak tahu ayah”
“Hai.. macam mana pulak kau tak tahu?” tanya ayah Rizman lagi
“Emmm Riz dan Rina dah putus Yah”

Selepas sahaja kata-kata itu dikeluarkan, Puan Salmah terus berhenti menyuap nasi. Terkejut barangkali. Dia hanya memandang tepat kearah Rizman. Tajam.
Rizman semakin serba salah. “Tapi bukan Riz yang mintak mak”, maknya berdiam lagi.. Rizman hilang kata-kata. Rizman tunduk. Akhirnya maknya bersuara…
“Apa dah jadi dengan kamu berdua ni? Macam mana boleh putus? Nasib baik mak dan ayah kau tak berbincang lagi tentang nak satukan kau dengan Rina, kalau tidak mana mak nak letak muka mak ni?

Soalan tersebut menyesakkan dada Rizman, Rizman mencuit peha kiri Leman. Leman mengerti. Leman dan Rizman beselang-seli menceritakan segalanya kepada orang tua Riz. Pada mulanya sukar untuk mereka menerima. Mereka tidak percaya Rina yang dikenali 5tahun dulu serta-merta berubah.. Tetapi setelah Rizman menunjukkan gambar yang dirakam Leman tempoh hari, sedikit sebanyak ia mencelikkan mata tua mak dan ayah Rizman.

“Kalau mak dan ayah tak percayakan Riz, mak dan ayah tengok sendiri gambar ni”
“Ayah dan mak bukan tak percayakan kamu, ayah cuma terkilan hubungan kamu dan Rina putus di tengah jalan. Sedangkan kami sudah mula menyukai Rina. Kalau hubungan kamu putus di sebabkan Rina, ayah tak boleh nak berkata apa, yang ayah boleh cakapkan sekarang, kalau boleh kamu cubalah selamatkan kembali hubungan kamu berdua” jelas ayahnya dalam keadaan menggeleng lemah melihat gambar Rina dan lelaki tersebut.

“Betul tu Riz, kau cubalah berbaik semula dengan Rina. Mak percaya dia masih sayangkan kau lagi, cuma dia mungkin terpengaruh dengan budaya kat bandar tu. Kau pujuklah dia, sedarkan dia Riz.”

Rizman semakin lemas, rimas dengan asakan supaya dia berbaik semula dengan Rina. Tidak dinafikan Rizman masih sayangkan Rina, tetapi untuk berbaik semula Rizman merasakan hatinya sudah hancur berkecai. Perbuatan Rina menduakannya membuatkan Rizman sukar untuk menerimanya kembali, bimbang pisang berbuah dua kali. Serik. Selama 5tahun Rizman mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Rina, Rina juga pernah berjanji setia, sanggup menghadapi susah senang bersama, dan tunggu walau beribu tahun sekalipun, tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
Rizman mengeluh berat.

“Entahlah mak, Rizman tak janji” balas Rizman sambil tangan kirinya memicit-micit kepalanya.
“Ikut kaulah Rizman, mak faham keadaan kau sekarang, kau jangan sesakkan fikiran kau. Kau buatlah keputusan kau sendiri. Kalau Rina sudah tidak ada hati pada kau lagi, mak tak boleh memaksa kau untuk memujuknya. Tapi, seandainya suatu hari Rina ingin kembali kepada kau, kau cubalah beri peluang kepadanya Riz. Mak pasti, suatu hari Rina pasti sedar yang mana kaca dan permata, kau bersabar sajalah Riz.” Jelas Puan Salmah, yang masih mengharapkan hubungan Riz dan Rina kembali. Setelah melihat kemurungan wajah anaknya. Terasa hiba pula di hati tuanya.

Rizman hanya terdiam.. tetapi hatinya sedikit lega, tidak lagi rasa terbeban kerana segalanya telah diketahui oleh orang tuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience