2015 (Kini)
NATATSHA hanya mengikuti Rizki dari belakang. Bila lah nak sampai bilik ni... Detik hati Natasha setelah lama mereka berjalan. Rizki berhenti secara tiba-tiba. Hampir-hampir sahaja Natasha melanggar belakang Rizki tadi.
"Dah sampai." Kata Rizki sambil menghadiahkan senyuman nipis. Natasha membuka pintu. Matanya membulat.
"You kidding me right?" Tanya Natasha. Rizki menggeleng.
"I'm not going to sleep with boys." Kata Natasha.
"Alah. Kita orang tak kan apa-apa kan kau lah. Liana pun tidur kat sini." Kata Rizki menolak badan Natasha agar memasuki bilik itu. Natasha berjalan secara terpaksa. Apalah daya. Aku tikam kau dengan pisau ni nanti. Detik hati Natasha.
"Korang sentuh aku. Aku tak agak-agak nak tikam korang." Natasha memberi amaran. Mereka mengangguk. Natasha duduk di birai katil. Rasa tak selesa pula badan aku ni...
"Nanti bila Liana dah siap mandi kau pula. Baju kau aku dah sedia kan." Kata Yusof sambil melayan smartphone nya. Hmm... Boleh percaya ke...
"Stop thinking something negative..." Kata Shaun. Natasha mengerutkan dahi nya. Mamat ni pehal pulak? Minta pisau betul lah... Tak habis-habis Natasha membebel dalam hati. Beberapa minit kemudian, Liana keluar dari tandas. Natasha mencapai tuala yang diberi Rizki sebentar tadi lalu memasuki tandas itu.
TEPAT pukul 12 tengah malam. Mereka semua masih lagi tidak melelap kan mata.
"Natasha..." Tegur Yusof lalu menyimpan smartphone nya.
"Ya?"
"Ada sesiapa yang kau masih sayang?" Suasana sunyi seketika. Rizki menyiku bahu Yusof kerana menanyakan soalan peribadi itu.
"Tak de. Hati aku kosong." Jawab Natasha selamba.
"Don't worry. You have us." Kata Liana sambil memeluk tubuh Natasha. Natasha terkejut dengan tindakan Liana. Ingin dia menolak tubuh Liana tetapi muncul suatu perasaan yang sudah lama tidak dia rasakan. Dia membiarkan sahaja Liana.
"Nak aku peluk juga?" Tanya Rizki tiba-tiba sambil membuka lengan nya luas.
"Gila kau bodoh." Kata Natasha.
"Weyh! Mulut jaga ah!" Kata Rizki kerana Natasha mencarut. Natasha hanya menjeling tajam.
"Tidur ah. Esok Mrs. Sarah kata ada misi." Kata Shaun sudah bersedia untuk melelapkan mata.
"Okay." Semua orang menurut arahan Shaun Si Pendiam itu.
KEESOKKAN pagi nya. Natasha yang terlebih dahulu membuka mata. Natasha menggosok matanya. Dia kemudiannya berdiri dari katil. Dia berjalan menuju ke bilik air. Dia membuka paip air dan merenung 3 berus gigi yang berada dalam cawan. Dia mengambil berus gigi yang berwarna biru. Dia tidak kisah berus gigi itu milik siapa. Asalkan gigi nya diberus. Natasha telah pun selesai memberus gigi dan membasuh muka nya. Mandi? Jangan harap. Natasha hanya mandi pada waktu petang sahaja. Natasha merapi kan rambut panjangnya yang kusut itu. Natasha mengambil pisau yang dia simpan di bawah bantal dan memotong rambut depannya. Dia mengikat rambutnya kemudian keluar dari bilik itu. Natasha menghirup udara segar. Namanya hutan. Tak kan udaranya tercemar kan? Natasha memandang ke atas langit. Warna langit yang sepatutnya berwarna biru itu dihiasi dengan sedikit warna jingga. Dalam keadaan tenang itu, tiba-tiba seseorang memegang bahu Natasha. Natasha menoleh.
"Awal bangun." Kata Mrs. Sarah sambil tersenyum gembira. Natasha tidak menjawab dan kembali merenung langit.
"Today is you day, Natasha." Kata Mrs. Sarah lalu menghirup kopi nya. Natasha memberi muka keliru.
"Today is my day? What do you mean?" Tanya Natasha. Mrs. Sarah tersengih.
"It's revenge time." Natasha terus tersenyum sinis apabila ayat itu disebut.
MEREKA telahpun tiba di kejiranan rumah Natasha. Natasha yang terlebih dahulu keluar dari kereta Vellfire itu. Semuanya masih kelihatan sama. Masih segar lagi di ingatan nya selok belok kejiranan ini. Tangan nya setia menggenggam pisau nya sambil yang berada di dalam poket baju jaketnya. Dia memakai jaket dengan simbol tengkorak di belakang, seluar jean yang bahagian lutut nya koyak, kasut sukan berjenama Nike, topeng mulut berwarna hitam dan juga topi hitam. Apabila melihat kawan-kawannya sudah keluar dari kereta dan sudah selesai membuat persiapan, Natasha menyarung kepalanya dengan hood jaketnya lalu mula berjalan mencari rumah nya. Meliar matanya memerhatikan rumah kejiranan itu. Dia menyedari sesuatu yang membuatkan hatinya bertambah sakit. Membuak-buak kemarahan nya. Tangan nya menggenggam kuat pisau miliknya.
"Kau okay?" Tegur Rizki sambil cuba untuk berjalan seiring dengan Natasha. Natasha memandang Rizki.
"Hmmm..." Itu sahaja yang keluar dari mulut Natasha. Selepas beberapa minit berjalan, akhirnya mereka sampai di rumah lama Natasha. Keadaan rumah itu tiada bezanya. Cuma kelihatan sedikit berselerak. Yusof mara ke hadapan untuk membuka pintu pagar itu. Natasha menghalangnya. Natasha menolak pintu pagar itu perlahan. Ia terbuka. Natasha sudah tahu bahawa pintu pagar itu tidak dikunci kerana semasa Natasha masih lagi tinggal di rumah itu, kedua ibu bapanya tidak pernah ingin mengunci pintu pagar rumah mereka. Pernah sekali dua Natasha menegur namun ibu bapanya tidak menghiraukan anak tunggal mereka. Kini Natasha melepasi pintu pagar. Secara senyap Natasha menuju ke arah tingkap. Kelihatan seperti ayahnya, Zakaria, sedang tidur di sofa manakala ibunya, Aisyah, sedang memasak didapur. Senyuman sinis terukir dibalik topeng mulut Natasha. Lalu dia menuju ke arah pintu masuk. Natasha memulas tombol pintu dengan tenang. Puan Aisyah masih tidak sedar akan kehadiran si pembunuh itu. Natasha merenung lama Encik Zakaria. Natasha terus menerkam ayahnya. Encik Zakaria terkejut apabila merasai bahawa dirinya ditindih. Matanya membulat apabila melihat orang yang menindihnya. Belum sempat Encik Zakaria menjerit, Natashs menutup mulut ayahnya.
"Shh... Ayah... Shasha dah pulang... Rindu Shasha tak?" Kedengaran seram suara Natasha. Dibalik topeng, senyuman sinis terukir dibibir kecil Natasha. Selepas itu, Natasha mengeluarkan sebilah pisau miliknya lalu menikam dada ayahnya sebanyak 10 kali. Kalau diikutkan memang sampai 100 kali Natasha tikam tetapi Rizki menghalangnya kerana masa mereka terhad sahaja. Kini sasaran Natasha ialah ibunya.
"Ibu masak apa tu?" Tanya Natasha selamba sambil mendekati Puan Aisyah. Puan Aisyah ketakutan apabila melihat orang yang dulunya mesra dan baik itu kini berlumuran darah.
"Na-Natasha?"
"Oh. Ingat lagi..." Natasha menghentikan langkahnya. Topeng mulutnya dibuka.
"Ma-mana Shasha selama ni? Puas ibu cari." Puan Aisyah berpura-pura risau. Makin membara dendamnya.
"Penat ke ibu cari, Natasha?" Tanya Natasha. Ibunya mengangguk ia. Natasha tahu semua itu hanya penipuan semata-mata.
"KAU INGAT AKU TAK TAHU KAU TIPU?!!!" Tengking Natasha kuat.
"A-apa maksud Shasha ni?" Puan Aisyah masih lagi menipu. Natasha mendekati dirinya lalu pisau miliknya yang masih ada darah itu dia halakan tepat ke mata si ibu. Puan Aisyah ketakutan.
"Aku tak nampak satu pun poster kehilangan aku sepanjang perjalanan aku ke sini. Tu ke kau panggil mencari, hah PEREMPUAN?!" Suara Natasha yang kuat itu menyebabkan suasana sunyi seketika.
"Ibu boleh jelaskan... Ibu-"
"Dah lah tu... Kau tak layak dibunuh oleh aku. Kau orang uruskan betina ni." Kata Natasha lalu pergi. Natasha menghentikan langkahnya di depan pagar. Kedengaran jeritan Puan Aisyah. Natasha tersenyum gembira. Namun semua itu bukan lah pengakhirannya. Ada seorang lagi yang dia ingin menarik nyawa nya. Sahabat karibnya, Sofia...
Share this novel