CHAPTER 3

Crime Series 1773

"KENAPA kau jadi macam ni?" Tanya Natasha.
"Ayah aku tu sibuk sangat dengan kerja dia... Orang lain dia jaga macam anak dia sendiri tapi anak dia sendiri dia buat macam orang lain." Adam meluahkan perasaan nya. Natasha mengangguk faham. Rambut Adam diusap oleh Natasha sehingga rambutnya kelihatan sedikit kusut.
"Pernah tak ayah kau buat macam ni?" Tanya Natasha sambil dagunya bertongkatkan tangan. Adam mengeleng.
"Kau macam aku..." Kata Natasha.
"Meaning?" Tanya Adam sedikit keliru.
"Masa depan kau ialah menjadi seorang psikopat... Kau tak sedar ke? Kau ada potensi, Adam. Cuma kau tak tahu."
"Tak mungkin lah..." Adam cuba menafikan nya.
"Kalau ya?" Adam terdiam. Benarkah apa yang dikatakan perempuan ni?

SUDAH 30 minit berlalu. Hati Dr. Daniel mula rasa cemas. Anak aku selamat kan? Tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka. Dr. Daniel menghela nafas lega apabila melihat anak lelaki nya baik-baik sahaja. Dr. Daniel berlari ke arah Adam lalu memeluk nya.
"Adam tak apa-apa kan? Dia tak cedera kan Adam kan?" Tanya Dr. Daniel.
"Sebernanya... Dia dah tolong Adam..." Kata Adam. Dr. Daniel merasa pelik. Kenapa anak nya berkata demikian? Apa sebernanya yang telah mereka berdua lakukan selama 30 minit di dalam bilik yang kecil dan gelap itu? Perasaan rasa tidak sedap hati muka muncul.
"Ayah... Besok Adam nak berjumpa dengan dia lagi..." Kata Adam. Dr. Daniel terkejut besar. Memang sah budak tu dah buat sesuatu! Tetapi apa...

Tahun 2014 (Kes Pembunuhan Pertama)

HAIKAL kelihatan letih sebaik sahaja pulang dari kerja haram nya. Haikal mengeluh beberapa kali.
"Penatnya..." Haikal bercakap sendirian. Haikal menghentikan langkah nya. Sesuatu tidak kena. Mengapa rumah ini terasa begitu sunyi? Jarang keadaan ini berlaku. Lalu Haikal cuba untuk mencari Natasha.
"Natasha... Where are you?" Haikal memasuki bilik tidur nya. Kosong. Mungkin dia kat bawah kut... Detik hatinya. Lalu dia turun dan mencari Natasha di seluruh bilik. Namun dia masih lagi tidak menemukan Natasha.
"Air pasang pagi, surut pukul lima... Nyonya bangun pagi siram pokok bunga..." Suara Natasha mula kedengaran. Dia keliru. Kenapa Natasha berkelakuan pelik. Dia meneruskan pencarian Natasha. Selepas beberapa minit, Natasha menyanyikan lagu irama Air Pasang Pagi. Bulu roma Haikal meremang.
"Shasha? Keluarlah..." Kata Haikal.
"Bang." Dari belakang Natasha memanggil nya. Haikal menoleh. Terkejut dia dibuatnya.
"Natasha pergi mana tadi?" Tanya Haikal. Senyuman sinis terukir di bibir Natasha.
"Tak de. Natasha siap kan makan malam untuk kita..." Jawab Natasha lalu mengajak Haikal ke laman belakang. Haikal hanya menuruti nya. Apabila mereka sampai di laman belakang, tiada apa-apa pun yang disediakan.
"Buat apa kita di sini?" Tanya Haikal.
"Tutup mata."
"Hah?"
"Tutup lah mata tu." Haikal menurut kehendak Natasha. Mungkin budak ni nak main je kut... Detik hati Haikal. Suasana sunyi untuk seketika.
"Natasha?" Senyap.
"Natasha?" Senyap lagi. Haikal membuka matanya. Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang tajam menusuk belakang nya.
"Aku kata tutup mata!" Tengking Natasha. Haikal cuba untuk melawan Natasha namun dirinya terlalu lemah. Satu lagi tusukan mengena bahu kiri Haikal. Haikal mengerang kesakitan. Darah tersebar di merata tempat. Haikal tersungkur. Natasha perlahan-lahan mendekati lelaki itu. Muka psiko nya mula muncul. Dia memijak dada lelaki itu dengan kuat.
"Seronok kan seksa budak yang tidak bersalah?" Kata Natasha lalu menikam perut Haikal berkali-kali.
"Aaarrggghhhh!" Haikal mengerang dalam kesakitan. Natasha melihat darah yang ada di pisau itu, dia tersenyum nipis lalu menjilat darah itu. Natasha kemudian nya berdiri dan memijak perut Haikal dengan kuat. Haikal mengerang dengan lebih kuat. Senyuman lebar terukir di wajah Natasha. Puas hatinya apa bila akhirnya dia dapat membalas semula dendam yang selama ini dia simpan terhadap lelaki tak guna itu.
"Oh ya! Tunggu kejap, erk?" Natasha masuk ke dalam rumah. Selepas beberapa minit, dia kembali. Kelihatan seperti Haikal masih lagi bernafas. Natasha duduk mencangkung. Natasha bermain dengan botol kaca yang berisi alkohol itu sambil yang satu lagi memegang satu bekas kecil garam. Dia menuangkan alkohol itu kepada setiap luka. Haikal menjerit kesakitan.
"Diam lah! Tu baru je permulaan." Natasha kemudian nya menuang kan bekas garam itu ke setiap luka. Jeritan lelaki itu semakin kuat. Terasa begitu pedih di bahagian luka nya. Semakin sinis senyuman Natasha. Kemudian Natasha menikam dada kiri lelaki itu. Tepat-tepat mengena jantung Haikal. Pada saat itu lah Haikal menghembuskan nafas terakhir nya. Darah di pisau itu di jilat nya lagi.
"Apa nak buat dengan badan dia ni?" Tanya Natasha kepada diri sendiri. Natasha mengangkat bahu nya.
"Buang dekat tengah jalan tu je lah... Bukan berharga pun badan kau ni." Kata Natasha lagi lalu menarik kaki itu dengan selamba. Terasa berat sedikit baginya namun dia kuat kan diri. Dia membuka pintu keluar dan menuju ke pagar. Dia membuka pintu pagar dan membiar kan mayat itu di depan rumah lalu dia berjalan ke luar dari kejiranan ini. Dia hanya berjalan tanpa memikir kan ke mana dia hendak pergi. Baju nya kotor di penuhi darah lelaki itu manakala rambut nya sedikit kusut. Dia merapi kan sedikit rambut nya.
Terukir lagi senyuman lebar di bibir nya.

Tahun 2015 (Bermula nya Pembunuhan di Hospital/Kini)

NATASHA duduk di katil sambil memeluk lutut. Dia tidak takut. Hanya untuk suka-suka. Mata nya memerhatikan celah-celah pintu. Dia menanti kan bayangan yang dia nanti kan. Tiba-tiba 2 bayangan muncul. Senyuman sinis terukir.
"Selamat tengah hari..." Ucap Dr. Daniel sambil menghadiahkan Natasha senyuman nipis.
"Selamat tengah hari, uncle. Adam datang tak?" Tanya Natasha. Dr. Daniel berdehem lalu berganjak dari tempat nya. Natasha tersenyum gembira melihat kelibat Adam. Tanpa menunggu lama, Adam memasuki bilik itu lalu menutup pintu tanpa mengucap kan apa-apa kepada ayah nya. Dr. Daniel semakin pelik dengan kelakuan anak nya. Dr. Daniel cuba untuk bertenang lalu meninggalkan mereka berdua-duaan.
"So?" Tanya Natasha tiba-tiba. Adam mengeluarkan sesuatu dari poket jaket nya.
"Nah. Nasib baik aku jumpa." Adam memberikan Natasha beberapa rantai kunci.
"Thanks. Aku betul-betul hargai bantuan kau." Suasana sunyi seketika. Natasha mengeluh.
"Malang nya aku tak pernah guna kan alasan tu untuk tidak membunuh." Adam mula rasa cemas. Dengan pantas Natasha mengambil kepingan kaca dari bawah bantal nya dan menahan Adam dari cuba melepaskan diri. Natasha menghentak kepala Adam ke dinding dengan kuat. Adam mula rasa pening dan terjatuh. Dia mengerang kesakitan. Darah mula keluar dari kepala nya. Natasha menindih Adam lalu menikam tubuh Adam. Adam menjerit dengan kuat dan akhirnya, Adam menghembus kan nafas terakhir. Senyuman sinis yang lebar terukir di bibir. Lama dia tidak membunuh orang sejak mangsa nya baru-baru ini, Dr. Faris. Darah yang ada ditangan nya dia jilat. Tak manis sangat... Detik hati Natasha. Lalu kunci yang diberi tadi dia guna untuk keluar dari bilik ini. Di biar kan mayat Adam di dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience