SUDAH lama Natasha merenung sebuah rumah yang ada di hadapannya. Natasha mengelap mukanya yang berlumuran darah dengan lengan baju jaketnya. Natasha memanjat pagar rumah itu tanpa sebarang bunyi. Selamba sahaja Natasha berjalan menuju ke pintu utama. Natasha mengetuk pintu itu.
"Ada sesiapa di rumah?!" Tanya Natasha dengan nada suara yang mesra.
"Kejap!" Kedengaran seseorang menyahut panggilannya. Suara itu ialah suara seorang gadis. Lalu pintu dibuka.
"Boleh saya to-" Terhenti ayat gadis itu setelah melihat siapa yang ada dihadapannya. Badannya menggeletar ketakutan sebaik sahaja melihat semua darah yang ada. Natasha mengukirkan senyuman.
"Dah lama tak jumpa kan? Sofia?" Kepala Natasha menyenget sedikit. Sofia masih kaku.
"Awak dah berubah dah... Makin cantik..." Natasha mendekati Sofia. Sofia kebelakang. Langkah Natasha dihentikan.
"Shasha... Tolonglah...." Suara Sofia kedengaran seperti ketakutan.
"Apa yang awak nak saya tolong? Tolong hantarkan awak ke syurga? Tapi saya rasa awak layak ke neraka..." Sinis ayat yang dikeluarkan Natasha. Sofia menelan air liur.
"Saya tak berniat nak perangkap awak... Betul ni..." Tajam Natasha merenung Sofia.
"Sanggup awak buat perkara macam tu kan? Awak tahu tak saya betul-betul terluka apabila saya dapat tahu yang awak membantu ayah awak untuk culik saya? Perit rasanya, Pia... Perit.." Sayu suara Natasha.
"Percayalah... Saya memang tak berniat..." Air mata mula mengalir dari mata Sofia. Natasha menghentikan langkah nya daripada terus mendekati Sofia. Tangannya menggenggam kuat pisau yang ada di tangannya.
"Tolong lah, Sha.... Maafkan saya..." Rayu Sofia. Selepas lama mendiamkan diri, Natasha keluar dari rumah itu. Kelihatan Rizki berada di depan pagar.
"Uruskan dia..." Kata Natasha sambil menepuk-nepuk bahu Rizki beberapa kali. Rizki tersenyum sinis lalu melangkah masuk ke dalam rumah Sofia. Sofia menjerit kesakitan namun Natasha hanya meneruskan langkah nya tanpa sebarang perasaan.
"WELL, macam mana? Best dapat balas dendam?" Tanya Yusof.
"Aku bunuh ayah aku je... 2 ekor lagi tu kan aku suruh mamat sebelah ni handle..." Selamba sahaja Natasha berkata demikian. Rizki memandangnya kerana dia yang berada di sebelahnya.
"Kau kata aku apa?" Tanya Rizki.
"Takde apa-apa..." Natasha memandangnya tanpa rasa takut ataupun bersalah. Tajam Rizki merenung mata Natasha.
"Ish! Susah betullah nak buat kau takut..."Akhirnya Rizki mengalah. Natasha tersengih sendiri.
"Ehem, ehem.... Ni group pembunuh psikopat ke pasangan bercinta?" Tanya Yusof dari hadapan. Natasha mencekik Yusof dari belakang.
"Apa kau cakap?"
"Weh!!! Lek ah! Serius gila tho kau..." Rizki meleraikan cekikan Natasha. Tercungap-cungap Yusof cuba untuk bernafas.
"Sorry... Emosi aku tak dapat dikawal..." Natasha meminta maaf namun maafnya terasa
kosong. Tiada makna. Yusof mengusap lehernya.
"It's okay... Aku pun melebih-lebih jugak tadi..." Kini mereka berdamai.
"Tapi korang berdua sesuai lah." Ungkit Yusof lagi. Natasha berdecit.
"Kau cakap macam tu lagi. Aku kelar leher kau lepas tu humban mayat kau dekat tepi jalan bagi anjing makan." Natasha cuba untuk bersabar. Yusof menggangkat bahu sebagai maksud 'fine'.
MEREKA semua singgah ke sebuah pysat beli belah terlebih dahulu.
"Pahal kita ke sini nih?"Tanya Natasha.
"Tak kan kau nak pakai baju yang sama je setiap hari?" Rizki sudah bersiap sedia untuk keluar.
"Otak kau kat lutut ke? Macam mana kalau kita tertangkap?" Suara Natasha diperlahankan. Rizki dan Yusof tersengih.
"Kau tak payah nak risau apa-apalah... Tempat ni selamat." Selamba Yusof bersuara. Natasha mendengus kasar.
"Tapi mungkin kau kena tukar baju tu dulu... Memang kantoi lah kalau kau pakai baju berlumuran darah macam tu..." Rizki menghulurkan baju t-shirt biru gelap berlengan pendek kepada Natasha. Natasha mengambil baju itu. Natasha memerhatikan Yusof, Shaun dan Rizki yang masih lagi kaku memerhatikan Natasha.
"Oi, lelaki miang! Keluar lah, bodoh!" Tengking Natasha. Mereka terus tersentak lalu segera keluar dari kereta. Liana juga bersama mereka.
KINI mereka berada dalam bangunan mall itu. Natasha berasa tidak selesa dengan kehadiran orang ramai. Dia tidak berapa suka berinteraksi dengan dunia luar. Natasha dari tadi hanya mendiamkan diri sambil berjalan dihadapan Shaun dan Yusof manakala Rizki dan Liana pula berjalan seiring dengan Natasha.
"Berapa lama lagi kita nak berjalan ni? Aku tak selesa lah." Ngomel Natasha kepada Rizki. Rizki tersenyum nipis.
"Alah... Kau diam-diam jelah..." Rizki mengusap lembut rambut Natasha dan menyebabkan rambut Natasha sedikit kusut.
"Ish! Kau ni!" Natasha menepis tangan Rizki kasar lalu membetulkan rambutnya semula. Rizki mengusap tangannya kerana sakit di tepis kasar oleh Natasha tadi.
"Kau ni hebat betul lah. Tepis tangan orang je dah rasa sakit..." Rizki menyiku bahu Natasha. Natasha menahan geram. Aish... Tak pasal-pasal tamat jugak lah nyawa dia kat shopping mall ni...
Tiba-tiba Liana menarik tangan Natasha ke sebuah butik pakaian. Pantas sahaja tangan Liana membelek-belek baju yang ada. Natasha menggeleng kepala melihat sikap Liana yang betul-betul 'girly' itu. Hmm... Sikap memang 'girly', tapi kejam jugak...
"Baju ni cantik lah... Padan dengan awak..." Liana cuba untuk memadankan baju yang berwarna pink pejat itu dengan Natasha. Natasha segera menutup matanya kerana sakit melihat warna pink itu.
"Ahh... Sorry, Liana... Pink bukan taste saya..." Natasha menolak lembut tangan Liana daripada terus menunjukkan baju itu. Liana mengangguk faham lalu cuba untuk mencari baju taste Natasha.
"Ni okay tak?" Kini di tangan Liana sehelai baju t-shirt berwarna hitam dengan tulisan, 'Darkness'. Natasha tersenyum nipis.
"Great job." Natasha memuji.
NATASHA dan Liana menunggu Rizki dan yang lain di depan kereta Vellfire mereka. Memandangkan Natasha dan Liana sudah selesai membeli-belah. Sudah 30 minit mereka menunggu, namun batang hidung lelaki itu langsung tidak muncul. Natasha mendengus kasar. Dorang ni beli pakaian ke buat pakaian?
"Hey, girls! Lama ke tunggu?" Akhirnya muncul juga sosok tubuh mereka. Mata Natasha membulat besar apabila melihat berapa banyak beg yang ada di tangan mereka kecuali Shaun.
"Woi! Kau ni! Beli belah pun mengalahkan perempuan!" Tengking Natasha. Bergema suaranya di tempat parking kereta itu.
"Shhh!!! Kau ni! Bising sangat lah!" Rizki mengusap telinganya kerana sakit mendengar teriakan Natasha. Natasha bercekak pinggang.
"Hei! Banyak sangat ke duit korang ni sampai banyak benda yang korang beli ni?!" Natasha cuba untuk tidak meninggikan suaranya.
"Kitaorang ni pembunuh upahan. Kau dah lupa ke? Tak kan lah kitaorang ni membunuh free kot... Mesti lah ada reward nya..." Kata Yusof perlahan. Takut-takut kalau ada sesiapa yang terdengar. Natasha menjeling benci.
"Cepatlah! Aku nak balik!" Natasha bersilang tangan a.k.a memeluk tubuh.
"Yelah..." Shaun mengambil langkah ke tempat duduk pemandu.
2014 (Misi Menangkap Si Pembunuh)
TUAN HUSSEIN hanya termenung di luar tingkap pejabatnya. Memikirkan kejadian yang baru sahaja berlaku tadi. Macam mana budak tu boleh pergi macam tu sahaja? Kenapa pen itu berdarah? Adakah semua yang terjadi tadi ada kaitan dengan budak itu? Berdas-das soalan yang menembak fikiran nya. Tiba-tiba pintu diketuk. Tuan Hussein memusingkan badannya.
"Sila masuk." Tuan Hussien memberikan kebenaran masuk. Muncul seorang lelaki pertengahan umur 25 tahun dengan beberapa keping kertas ditangannya. Tuan Hussien memandang jejaka itu keliru.
"Ada apa Inspektor Nazir?" Tanya Tuan Hussien.
"Tuan kena baca ni." Inspektor Nazir menyerahkan kertas-kertas tadi. Tuan Hussien membaca catatan yang pada kertas-kertas itu. 'Seorang lelaki dipertengahan umur ditemui mati di depan pagar rumahnya. Lelaki itu dipercayai lelaki yang dikehendaki pihak polis. Bahan bukti yang dikumpulkan menunjukkan bahawa kesan tapak tangan seorang kanak-kanak ataupun remaja.' Tuan Hussein terkejut. Kini matanya memandang tepat ke arah Inspektor Nazir.
"Ada sesuatu yang tidak kena..." Katanya perlahan.
Share this novel