AKHIRNYA mereka tiba di suatu tempat yang tidak begitu terdedah... Natasha terjaga apabila kereta itu berhenti. Keadaan gelap dan sunyi.
"Hutan?" Bisik Natasha perlahan kemudian dia turun dari kereta Vellfire itu. Beberapa buah rumah dibina di dalam hutan itu.
"Welcome to our home!" Kata Liana mesra.
"Jomlah. Aku bawa kau jumpa Mrs. Sarah." Kata Rizki lalu menarik tangan Natasha. Tiada perasaan yang ditunjuk oleh Natasha. Selepas itu, mereka tiba di bilik Mrs. Sarah. Rizki membuka pintu bilik itu.
"Oh! Finally! Sampai pun." Mrs. Sarah berjabat tangan dengan Natasha. Natasha berdehem.
"Sorry. Do I know you?" Tanya Natasha. Senyuman nipis terukir di bibir Mrs. Sarah. Rizki hanya memerhatikan mereka berdua.
"Tak... Tapi saya kenal sangat dengan kamu..." Kata Mrs. Sarah.
"Anyway. Kenapa saya dibawa ke sini?" Natasha mengerutkan dahi nya.
"I want you to join us." Balas Mrs. Sarah lalu kembali duduk di kerusi nya.
"What kind of-" Belum sempat Natasha menghabiskan ayatnya, Rizki memotong.
"We're criminals." Natasha merenung tajam mata Rizki. Rizki langsung tidak berasa takut. Dia sudah biasa melihat renungan itu.
"So... You're in?" Tanya Mrs. Sarah.
"Sure." Natasha menjawab tanpa teragak-agak.
Natasha akan menggunakan peluang ini untuk membalas jasa orang yang telah menyakiti hati nya... Senyuman sinis terukir di bibir Natasha.
2014 (Pembunuhan Sesuka Hati)
NATASHA kini bebas dari penculik nya yang bernama Haikal itu. Puas dia dapat menyaksikan Haikal mati secara perlahan-lahan. Natasha bersiul. Langit sudah pun gelap. Hanya lampu jalan dan kereta yang lalu lalang yang menerangi jalan raya. Tiba-tiba, sebuah kereta Proton berhenti di bahu jalan. Natasha memandang kereta itu dengan penuh tanda tanya. Aduh!!! Baru keluar tak kan dah kena culik balik kot... Detik hati Natasha. Tingkap kereta dibuka. Kelihatan seorang wanita, lelaki dan kanak-kanak di dalam kereta itu.
"Adik sesat ke? Kenapa keluar malam-malam?" Tanya wanita itu. Natasha tidak menjawab.
"Naik lah. Akak bawa adik balik rumah. Adik ingat alamat rumah adik?" Tanya wanita itu lagi. Senyap. Natasha malas hendak menjawab.
"Naik lah." Pelawa lelaki yang duduk di tempat pemandu itu pula. Natasha mula berniat jahat. Dia memasuki kereta itu.
"Kenapa baju adik berdarah?" Lelaki itu mula mengesyaki sesuatu. Natasha langsung tidak membuka mulut.
"Ada sesuatu yang tak kena lah, sayang..." Bisik lelaki itu perlahan kepada isteri nya. Isterinya berdecit.
"Dia budak-budak lagi lah! Jangan lah fikir benda bukan-bukan." Marah isteri nya tetapi masih berbisik. Natasha memandang kanak-kanak perenpuan di sebelah nya. Budak itu sedang bermain dengan anak patung nya.
"Umur adik berapa?" Tanya Natasha.
"Umur Lina 6 tahun..." Jawab budak itu.
"Nama adik Lina?" Tanya Natasha ingin tahu. Lina hanya mengangguk perlahan lalu bermain dengan anak patung nya semula. Natasha melihat sekeliling kereta itu. Kemudian mata nya ternampak satu batang pen berwarna merah. Sungguh tajam penglihatan nya. Dia mencapai pen itu lalu merenung Lina. Lina langsung tidak sedar bahawa dia sedang diperhatikan. Natasha kemudian nya mendekati Lina. Lina memandang nya keliru.
"Akak nak a-" Natasha terus mencucuk leher Lina. Lina menjerit kesakitan. Pasangan suami isteri itu segera menoleh.
"Eh!! Adik buat apa ni! Lepas kan dia!" Jerit si isteri. Dia cuba untuk menghentikan Natasha. Natasha menekan dengan kuat. Darah mula mengalir dengan deras.
"Lepaskan dia!!!" Jerit si suami. Hampir hilang kawalan kereta ini. Si isteri masih lagi berusaha untuk mengalihkan Natasha dari anak perempuan nya. Lina menjerit sekuat hati. Lina semakin lemah dan selepas itu, Lina tidak lagi bernafas. Kini tumpuan Natasha ialah si isteri. Dia segera menyerang wanita yang dari tadi mengganggu sahaja kerja nya. Pen tadi dia cucuk dengan kuat pada bahagian kiri leher wanita itu. Wanita itu menjerit manakala si suami pula cuba untuk menghalang. Kemudian kereta itu terbabas kerana hilang kawalan. Natasha terasa pening lalu dia keluar dari kereta itu. Orang ramai berkumpul di sekeliling kereta yang terbabas itu. Sebaik sahaja mereka melihat ada sosok tubuh yang keluar dari kereta itu.
"Ada yang terselamat lah!"
"Adik okay tak?"
"Panggil ambulance!!!"
"Adik tunggu kejap ye..."
Bising sungguh suasana itu. Natasha rasa begitu jengkel. Dia mengendah kan semua orang dan pergi meninggalkan tempat itu. Ada orang cuba untuk menahan Natasha tetapi Natasha menolak sesiapa sahaja yang cuba untuk menghalang nya. Selang beberapa minit, akhirnya pihak polis dan ambulance tiba.
"Apa yang terjadi sebernanya?" Tanya salah seorang daripada pengawai itu kepada orang awam.
"Kereta ni terbabas. Ada sorang budak perempuan ni yang terselamat tapi dia terus pergi..." Kata orang awam. Pengawai itu keliru. Kenapa budak tu pergi je? Selalu nya peluang untuk seorang budak terselamat dalam kemalangan kereta ialah 15%. Tetapi bagaimana dia boleh terselamat?
"Tuan Hussein! Tengok apa yang kami jumpa!" Kata salah seorang dari pengawai polis itu. En. Hussein membulat kan matanya. Memang pen biasa. Tetapi kenapa ada darah? Kes ini menjadi semakin misteri. Apa yang berlaku sebernanya?
Share this novel