CHAPTER 4

Crime Series 1773

DR. DANIEL mula rasa tidak sedap hati. Aura ayahnya menyuruh dia untuk melihat keadaan Adam tetapi dia risau jika Natasha berfikir bahawa dia tidak percayakan nya. Setelah beberapa minit, Dr. Daniel terus membuat keputusan untuk melihat keadaan anak lelaki nya. Bilik Natasha jauh dari Pejabat Dr. Daniel. Pejabat Dr. Daniel berada di tingkat 3 manakala bilik Natasha berada di tingkat 7. Dari jauh, keadaan kelihatan normal sahaja. Tetapi apabila Dr. Daniel mula mendekati bilik Naura, dia melihat bahawa pintu bilik itu terbuka luas. Jantungnya berdegup kuat. Badan nya kaku apabila dia berdiri di depan pintu. Ingin dia menjerit tetapi bagaikan suaranya disekat. Hati nya luluh. Air matanya mengalir. Dr. Daniel menyesal kerana membiarkan anak nya bersendirian dengan pembunuh itu.
"Maafkan ayah, Adam... Maafkan ayah..." Kata Dr. Daniel sambil memeluk anak nya. Teresak-esak Dr. Daniel menangis.
"Jaga kau pembunuh!!!" Jerit Dr. Daniel sekuat hati. Dia lantas berdiri dan berlari mencari Pembunuh kecil itu. Baju nya yang kotor dipenuhi darah Adam diabaikan nya. Dia pergi ke tingkat 2 dimana kebanyakan pesakit selalu menghabiskan masa di sana. Keadaan seluruh bilik itu tidak sama seperti sebelum ini. Bilik itu yang dulu bersih dan dipenuhi pesakit kini kotor dipenuhi darah dan mayat. Lalu Dr. Daniel mendengar seseorang menyanyikan lagu irama "Air Pasang Pagi". Natasha muncul dalam keadaan yang kotor dipenuhi darah. Siapa sangka dia boleh jumpa pisau di dalam pejabat Dr. Syukri. Ya, Dr. Syukri telahpun dibunuh. Natasha sedar akan kehadiran Dr. Daniel. Dia memandang Dr. Daniel tanpa rasa bersalah.
"Oh. Hai, uncle! Suka tak hadiah yang saya bagi?" Senyuman terukir kemas di bibir Natasha. Dr. Daniel tidak boleh bersabar lagi. Naik turun dada Dr. Daniel. Muka dan matanya merah menahan sabar.
"Bagi balik anak aku tak guna!!!" Tengking Dr. Daniel. Natasha mengusap telinganya perlahan lalu mencebik.
"Lama saya tak kena tengking. Sakit telinga saya uncle buat..." Dr. Daniel mendekati Natasha lalu menggengam kemas kolar baju Natasha.
"BAGI BALIK ANAK AKU!!!" Tengkingnya lagi. Natasha memberikan senyuman psiko nya.
"Saya bukan tuhan. Saya tak boleh bawa balik Adam. Tapi..." Suasana sunyi seketika.
"Saya boleh bawa uncle jumpa dia." Sambung Natasha. Mata Dr. Daniel membulat apabila senyuman sinis diberikan oleh Natasha. Tiba-tiba Dr. Daniel rasa seperti di tikam. Dia melepaskan genggaman nya lalu memandang pinggang kirinya yang mengeluarkan banyak darah. Dr. Daniel terduduk. Natasha mendekati Dr. Daniel lalu memijak dada Dr. Daniel dengan kuat. Dr. Daniel mengerang kesakitan.
"Sampai kan salam saya dekat Adam." Kata Natasha lalu menikam dada kiri Dr. Daniel. Pada masa itu, nafas terakhir Dr. Daniel dihembus. Senyman lebar dan sinis terukir di bibir Natasha.
"Puas hati kau? Sekarang kau dah dapat jumpa anak kesayangan kau. Tak perlu berterima kasih... Aku terlampau ikhlas membunuh kau..." Kata Natasha lagi lalu menjilat pisau yang berada di genggaman tangan nya. Hah... Darah Dr. Daniel manis... Tak sama macam darah dia... Detik hati Natasha.
"Well... Tugas aku di sini dah selesai..." Kata Natasha lalu pergi ke bilik di mana semua doktor menukar pakaian biasa mereka kepada pakaian hospital. Dia mengambil baju-T berlengan pendek, jaket hitam, jean dan kasut yang entah milik siapa. Dia menukar pakaian nya dan keluar dari hospital itu. Pisau yang dia jumpa di pejabat Dr. Syukri dia simpan di dalam poket jean. Dia memerhatikan kereta dan orang yang lalu-lalang. Matahari akan terbenam tidak lama lagi. Tiba-tiba, sebuah kereta Vellfire berwarna hitam berhenti di hadapan nya. Natasha kelihatan tenang sahaja. Kemudian pintu di buka dan kelihatan 3 orang lelaki dan 1 orang perempuan di dalam nya.
"Natasha right?" Tanya salah seorang lelaki itu. Natasha mengangguk selamba.
"We been waiting for you... Come in." Kata perempuan itu pula. Natasha hanya menurut. Apalah pembunuh macam Natasha nak takut kan.
"So... Apa korang nak?" Akhirnya Natasha bersuara. Kedua belah tangan nya dimasuk kan di dalam poket jaket. Mereka saling berpandangan kecuali seorang lelaki yang sedang memandu.
"Boss kita orang nak kau join geng ni." Kata salah seorang dari pihak lelaki.
"Aku tak kenal korang ni siapa. Also, buat apa aku nak join geng korang ni?" Tanya Natasha.
"Aku Rizki." Kata lelaki yang berada di sebelahku.
"Saya Liana." Kata perempuan itu.
"Yusof." Ringkas sahaja pengenalan lelaki yang berada di tempat duduk hadapan itu.
"Aku Shaun." Kata lelaki yang sedang memandu.
"Korang kenal aku?" Tanya Natasha lagi.
"Of course lah. Kau famous kot dekat geng kita orang." Kata Yusof sambil melayan smartphone nya.
"Macam mana awak keluar dari hospital tu?" Tanya Liana ingin tahu.
"Membunuh..." Jawab Natasha ringkas.
"Pergghhh..." Puji pihak lelaki kecuali Shaun.
"Let me know... How you guys know my name?" Tanya Natasha.
"Kita orang siasat latar belakang kau... Hebat juga kau, erk? Baru umur 12 tahun dah membunuh... Lebih 30 pula tu..." Kata Rizki.
"Dah lebih 50 sebernanya...." Bisik Natasha.
"Apa?"
"Ah... Er...Nothing..." Natasha tersengih.
"Umur korang berapa?" Tanya Natasha.
"Banyak betul lah mulut minah ni..." Bebel Yusof.
"Aku ada pisau sekarang... Tak pasal-pasal aku bunuh kau dalam kereta ni." Natasha memberi amaran. Takut nya... Kata Yusof dalam hati.
"Umur aku 13 tahun. Liana 16. Yusof 20 dan Shaun 14." Kata Rizki.
"Jap... Shaun? 14?" Tanya Natasha lagi inginkan kepastian. Rizki mengangguk ia. Natasha memandang Shaun... Ada lesen ke budak ni? 14 tahun dah memandu... Tak pasal-pasal aku mati kemalangan... Detik hati Natasha.
"Jangan pandang rendah dekat aku..." Tiba-tiba Shaun bersuara. Natasha terkejut sedikit. Macam mana budak ni tahu aku bercakap kat belakang dia? Jap... Kenapa Natasha panggil Shaun budak padahal Shaun lebih tua dari Natasha... (Eh...Beza setahun je... ~Author) Suasana sunyi seketika.
"Kita nak ke mana? Neraka?" Tanya Natasha sambil membuat lawak. Rizki tertawa kecil.
"Macam-macam lah kau ni. Kita orang nak bawa kau jumpa Mrs. Sarah... Boss kita orang." Jawab Rizki masih lagi dengan sisa tawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience