CHAPTER 1

Crime Series 1773

TERASA sejuk suhu di dalam bilik ini. Suasana yang sunyi membuatkan Natasha termenung lama. Merenung setiap sudut dinding yang gelap dan lembap itu. Tiba-tiba terlintas di kepalanya tangisan dan jeritan mangsa-mangsa nya. Dia tersenyum sendiri. Dia mengulangi setiap memori dengan perlahan-lahan agar dia dapat melihat betapa kejam nya pembunuhan nya.
"Padah untuk siapa yang suka sangat keluar malam." Natasha berbisik sendiri. Tangan nya cuba mengambil sesuatu dari bawah bantal. Kemas di tangan nya satu kepingan kaca yang tajam. Dia merenung lama kaca itu lalu mengelar lengan nya berkali-kali di tempat yang sama. Hati nya gembira melihat semua darah yang mengalir dengan deras. Tiada sakit yang dirasakan. Perkara ini biasa untuk persakit psikopat kerana mereka langsung tiada perasaan yang biasanya ada pada orang normal. Darah yang mengalir diminum oleh nya. Bagi nya darah ialah jamuan yang istimewa. Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka.
"Masa lapang. Adik boleh keluar sekarang. Tolong jaga kelakuan." Kata seorang pengawal keselamatan. Natasha memandangnya sambil tersenyum sinis. Kemudian dia berdiri dan memulakan langkah ke ruang lapangan. Di ruang itu, semua pesakit akan bermesra dan bermain bersama. Namun Natasha lebih suka bersendirian. Apabila tiba di ruang lapangan itu, Natasha duduk di suatu tempat dimana cahaya tidak boleh menyinari nya. Dia hanya duduk memerhatikan tingkah laku pesakit lain.
"Korang semua bergembira lah sementara boleh... Aku tak kan kacau sehingga waktu nya tiba..." Bisik Natasha sambil tersenyum lebar.
"Pesakit 301! Sila lapor diri ke pejabat!" Tiba-tiba pembesar suara memanggil nya. Ya, 301 ialah kod nama nya. Dia berjalan ke pejabat di iringi dengan 2 orang pengawal keselamatan. Akhirnya dia tiba di pejabat. Natasha memulas tombol pintu dan kemudian masuk tanpa menyapa terlebih dahulu. Dia duduk di sebuah kerusi bergerak dan kaki nya diletak kan di atas meja.
"Kenapa panggil?" Tanya Natasha. Dia kelihatan tenang sahaja. Suasana sunyi seketika. Natasha memandang Dr. Syukri dan seorang lelaki yang tidak dikenali nya bersilih ganti.
"Buang masa aku lah kalau kau tak nak bercakap." Kata Natasha dengan nada suara yang keras. Dia mula rasa bosan dan menyampah. Mengikut hati nya, ingin sahaja dia membunuh mereka berdua. Tetapi di tahan nya niat nya yang kejam itu. Mata nya tajam merenung mata Dr. Syukri, pemilik hospital ini.
"Dia ialah Dr. Daniel. Doktor baru yang akan merawat kamu." Akhirnya Dr. Syukri bersuara.
"Natasha boleh panggil Uncle Dani je." Kata Dr. Daniel mesra. Natasha lantas berdiri lalu menghulurkan tangan nya.
"Selamat berkenalan." Katanya. Lalu Dr. Daniel berjabat tangan dengan nya. Dr. Syukri kelihatan terkejut. Sebelum ini Natasha tidak pernah berkelakuan mesra dengan doktor nya. Tetapi kenapa kali ini berbeza? Pasti dia sedang merancang sesuatu. Natasha duduk semula tetapi kali ini kaki nya tidak diletak kan di atas meja.
"Dr. Faris mana?" Tanya Natasha dengan nada yang sinis. Muka Dr. Syukri kelihatan terkejut dan pucat.
"Opps. Lupa. Dah mati." Kata Natasha sambil berlagak terkejut. Kemudian muka psiko nya muncul.
"Kamu boleh pergi sekarang." Suara Dr. Syukri kedengaran seperti sedih dan ketakutan. Kesian anak nya yang seorang itu. Dia tidak patut mati pada usia yang muda. Semua ini kerana perbuatan terhina perempuan ni! Detik hati Dr. Syukri. Belum sempat Natasha keluar melepasi pintu pejabat, dia berhenti.
"Oh ya. Doktor jangan lah bersedih. Tak lama lagi saya akan bawa doktor jumpa dia. Yang lain pun ada di sana nanti. Bersabar lah ya. Tak lama lagi." Kata Natasha lalu tersenyum lebar. Selepas itu barulah dia berlalu pergi. Jantung Dr. Syukri berdegup dengan kencang.
"Dia memang suka cakap yang bukan-bukan ke?" Tanya Dr. Daniel namun tiada respons.

Tahun 2010 (Kes Penculikan Kanak-kanak)
Natasha- 7 tahun

"IBU!!! Kita bermain di taman jom!" Ajak Natasha. Ibunya, Puan Aisyah hanya menjeling benci.
"Jom lah, ibu! Adik bosan ni!" Pujuk Natasha. Puan Aisyah mengeluh keras.
"Kalau kau nak main pergi main sorang-sorang! Tak payah nak ajak aku sekali!" Tengking Puan Aisyah. Natasha terkejut. Adakah satu kesalahan jika seorang anak ingin bermain dengan ibu nya? Natasha mengeluh kecil lalu keluar dari rumah untuk ke taman. Cuaca tidak terlalu mendung dan tidak terlalu panas. Natasha cuba untuk melupakan apa yang baru sahaja berlaku dan lama-kelamaan, senyuman nipis mula terukir di bibir si kecil.
"Air pasang pagi, surut pukul lima. Nyonya bangun pagi siram-" Nyanyian nya terhenti apabila dia merasakan bahawa seseorang sedang mengekorinya. Natasha langsung tidak menoleh.
"Shasha!" Tiba-tiba seseorang memegang bahu nya. Natasha terkejut tetapi apabila melihat siapa yang memegang bahu nya, dia menghela nafas lega.
"Ish! Awak ni! Buat saya terkejut je tau!" Natasha yang juga dikenali sebagai Shasha itu menolak bahu kawan nya perlahan. Kawan nya, Sofia tertawa kecil.
"Saya kejutkan sikit pun dah marah." Sofia masih lagi dengan sisa tawa nya.
"Nak ke taman ke?" Tanya Sofia. Natasha hanya mengangguk perlahan. Separuh jalan lagi, mereka berdua akan tiba di taman. Tiba-tiba satu keluhan dilepaskan oleh Sofia. Natasha memandangnya dengan penuh keliru.
"Kenapa ni?" Tanya Natasha.
"Hah? Oh. Erm... Tak de apa lah." Jawab Sofia. Suasana sunyi seketika. Tiba-tiba tangan Natasha ditahan agar dia berhenti berjalan. Natasha memandang Sofia dengan penuh soalan. Kenapa dia bersikap pelik ni? Ada apa-apa yang dah terjadi ke? Dia nak cakap sesuatu ke? Apa dia nak ni? Aku ada buat salah ke?
"Erm...Sha... Boleh tak kita singgah dulu rumah saya? Ada benda saya nak bagi kat awak tapi baru saya teringat yang saya tinggal kan barang tu kat bilik saya." Kata Sofia. Pada waktu ini, semua nya kelihatan normal sahaja. Jadi Natasha menurut kehendak Sofia. Apa bila mereka ingin melepasi pagar rumah Sofia, dia menarik tangan Natasha sekali lagi.
"What now?"
"Sa-saya..." Belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya, seseorang memanggilnya.
"Sofia! Sini kejap!" Jerit ayah nya dari dalam rumah.
"Minta maaf!" Katanya lalu lari masuk ke dalam rumah tanpa mengajak Natasha. Makin keliru Natasha dibuatnya. Dia membiarkan sahaja perkara itu lalu berjalan menuju ke taman. Dalam perjalanan, sebuah van Toyota berwarna hitam berhenti di pinggir jalan. Langkahku dihentikan apabila melihat pintu van itu dibuka dan beberapa orang lelaki yang berbaju serba hitam keluar dari van itu. Tiba-tiba, mereka menahan Natasha. Natasha ingin menjerit tetapi mulutnya ditutup dengan kain yang basah dan berbau aneh. Lama-kelamaan, Natasha pengsan.

APABILA tersedar dari tidur nya, dia berada di sebuah bilik. Dia sedang duduk di sebuah kerusi. Natasha mula rasa cemas apabila tangan dan kaki nya di ikat ketat manakala mulutnya di ikat dengan sehelai kain. Dia meronta-ronta dan berharap ikatan itu akan terlerai. Krik... Kedengaran bunyi pintu terbuka. Natasha semakin cemas.
"Dah bangun?" Tanya seorang lelaki dengan suara yang garau. Natasha tidak dapat melihat lelaki itu dengan jelas kerana bilik itu terlalu gelap.
"Mhmm!!!Hmm!!!" Natasha cuba untuk menjerit. Lelaki itu mendekatkan diri lalu membuka ikatan kain itu. Kini wajah lelaki itu dapat di lihat dengan jelas.
"Lepas kan saya!!!" Jerit Natasha sekuat hati sambil meronta-ronta.
"Shh..." Lelaki itu mengusap pipi Natasha lembut. Natasha mengalih kan mukanya. PANG!!! Pipi Natasha ditampar dengan kuat oleh lelaki itu. Natasha menangis. Terasa pedih pipi nya kerana di tampar dengan kuat. Lalu rambut Natasha di genggam erat.
"Mulai hari ni. Kau. Perlu jaga kelakuan kau. Jangan nak mengada sangat! Sekali kau buat silap, tak pasal-pasal aku bunuh kau!" Tengking lelaki itu. Sakit telinga Natasha dibuat nya. Natasha masih lagi menangis teresak-esak. Lalu lelaki itu mengusap lagi pipi Natasha.
"Shh.. Dah, dah. Jangan menangis. Aku tak suka." Kata lelaki itu lalu berdiri. Dia mengarahkan orang-orang bawahan nya meleraikan ikatan kaki dan tangan Natasha. Natasha berdiri setelah dilepaskan. Lalu tangan Natasha di pegang oleh lelaki itu. Mereka berdua berjalan keluar.
"Nama aku Haikal. Kau pula budak?" Tanya Haikal.
"Nu- Nur Natasha..." Jawab Natasha dalam ketakutan. Pipi nya masih lagi terasa pedih.
"Binti?" Tanya Haikal lagi.
"Binti Zakaria..."
"Patutlah..." Natasha keliru. Ada sesuatu yang dia tahu dan aku tak tahu ke? Setelah sampai di jalan keluar, Natasha di dukung dan dimasuk kan ke dalam sebuah kereta Mecerdes. Natasha duduk di kerusi sebelah pemandu manakala Haikal pula di kerusi pemandu. Dia memanaskan enjin kemudian membawa Natasha ke suatu tempat. Tiada sebarang suara yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak.
"Encik..." Natasha memberanikan diri untuk bersuara.
"Panggil abang je... Aku tak kahwin lagi kau nak panggil aku encik." Kata Haikal. Natasha mengangguk faham.
"Abang Haikal..." Panggil Natasha.
"Hmm..."
"Siapa yang suruh abang culik saya? Kalau abang tak nak jawab tak apa." Natasha mula rasa tidak sedap hati jika dia menanyakan soalan itu kepada seorang penculik.
"Kau ingat tak budak perempuan yang selalu dengan kau tu?" Tanya Haikal. Natasha mengangguk.
"Bapak kau selalu pinjam duit dari bapak kawan kau tu. Tapi tak pernah bayar. Jadi bapak kau cakap nak bagi kau sebagai ganti duit tu." Jelas Haikal.
"Apa kaitan nya dengan Sofia?" Tanya Natasha inginkan jawapan.
"Dia tolong bapak dia untuk umpan kau masuk perangkap dia..." Natasha terkejut besar. Dia tidak sangka bahawa orang yang selama ni dia gelar kawan telah pun mengkhianati nya. Dia juga tertanya-tanya. Mengapa ayahnya sendiri sanggup menjual anak nya agar hutang nya di selesaikan? Rasa sedih, marah dan kecewa bergabung menjadi satu. Ingin dia mengalirkan air mata namun takut penculik di sebelahnya ini mengamuk. Jadi Natasha menahan diri dari mengeluarkan sebarang air mata dan bunyi esak kan.

Share this novel

Suryani Nanna
2022-09-15 22:02:46 

Bagus

Suryani Nanna
2022-09-15 22:02:42 

Bagus

Nurul Aina Batrisya
2021-01-02 15:36:57 

Best doww


NovelPlus Premium

The best ads free experience