BAB 5

Family Completed 4264

Imbas Kembali…

Jam menunjukkan pukul 12.00 malam. Shahira menguap selepas menyiapkan karangan di meja yang terletak di ruang tamu. Dia pergi kebilik tidurnya dan meninggalkan bukunya bersepah di atas meja. Fariz yang tersedar dari tidur untuk minum air melihat keadaan itu. “ Peluang keemasan ni.” Kata Fariz dalam hati. Tanduk syaitannya mulai keluar, memikirkan perkara jahat untuk mengenakan adiknya, bagi melangsaikan dendamnya yang sedang membengkak.

Fariz mencapai perlahan-lahan buku adiknya, namun terhenti akibat berasa kasihan memikirkan nasib yang akan menimpa adiknya. Tetapi imannya tidaklah terlalu tebal. Teringat akan pepatah melayu “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”, dia terus menyambar buku adiknya dan menyorokkan buku itu di dalam biliknya. Adiknya yang bangun pada awal pagi tidak menyedari kehilangan bukunya. Fariz puas hati dendamnya terbalas.

“Jangan tipu. Adik tahu abang yang yang ambil.” Kata Shahirah kepada Fariz selepas pulang dari sekolah. Air mukanya yang agak sedih akibat dimarahi gurunya.

“Kau jangan main tuduh, bukti tiada nak tuduh abang pula.” Fariz memarahi Shahirah. Fariz yang sedang menyalin baju berlalu pergi walau berasa sedikit kasihan melihat keadaan adiknya.

Fariz mencapai basikalnya dan mengayuh keluar dari kawasan rumahnya. Fariz menuju ke sebuah simpang tempat dia melepak bersama rakan-rakannya yang berdekatan dengan sebuah dusun rambutan.

Fariz memanjat sebatang pokok rambutan yang begitu hampir dengan simpang itu dengan pantas seperti monyet dan bertenggek pada sebuah dahan yang nampak sedikit rapuh tetapi tidak diendahkannya. Selepas berasa selesa, dia mencapai satu demi satu rambutan di atas pohon itu. Lima belas minit kemudian, kelihatan kulit rambutan bersepah di bawah pokok rambutan itu. Fariz sendawa sambil menujukkan riak muka yang kekenyangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience