BAB 3

Family Completed 4264

Fariz yang terkejut beruk terjatuh kedalam ke dalam sungai. Fariz bernasib baik, sungai itu cetek sahaja dan tidak deras. Keadaan pondok yang begitu berhampiran dengan tebing sungai menyebabkan Fariz terjatuh. Basah lencun baju dan seluar yang dipakai oleh Fariz. Shahirah ketawa terbahak-bahak dan berasa puas hati kerana dapat membalas dendam kepada abangnya yang telah menamparnya malam tadi.

“Hoi!! Kau apahal?! Nak cari gaduh lagi ke?!” Jerit Fariz kepada adiknya yang sedang ketawa. Fariz naik dari dalam sungai dan memerah bajunya yang sudah habis basah kuyup.

“Ha ha ha… padan muka kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Siapa suruh tampar aku semalam.” Kata Shahirah menunjukkan rasa puas hati.

“Kau memang tak boleh tengok aku senang sikit kan? Ada saja masalah. Kenapa kacau aku kat sini. Nak berangan sekejap pun tak boleh.” Tanya Fariz yang menginginkan jawapan terus dari adiknya.

“Mak panggil lah… Dia suruh tolong abah di belakang. Aku panggil tak nak dengar. Agak sudah tuli ke telinga tu? Tu kalau dibiarkan termenung jauh lagi tu, meleleh air liur, banjir kilat kampung kita ini.” Shahirah cuba membuat punchline hambar yang lansung tidak disambut baik oleh abangnya.

Fariz dengan rasa tidak puas hati hanya mampu berdiamkan diri sahaja dan berlalu pergi untuk menukar pakaiannya yang sudah lencun. Memang layak dirinya tercebur ke dalam sungai itu. Salah dia juga menampar adiknya. Emosi marahnya memang tidak dapat dikawal lagi pada masa itu.

“Tik Tok, Tik Tok…” Bunyi jam tangan Fariz yang sedang ditenung lama untuk memastikan waktu yang ditunjukkan di muka jam tangannya yang dibeli murah di pasar malam. Waktu sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Mata Fariz terbeliak melihat waktu yang memberitahu bahawa dirinya sudah terlambat untuk ke sekolah. Tergesa-gesa dia mencari tuala lalu berlari ke tandas yang terletak di belakang rumah. Fariz mandi kerbau sahaja lalu sepantas kilat menukar pakaian kepada pakaian sekolah.

Selepas itu, dia berlari ke dapur lalu menyambar dua keping pisang goreng yang ditinggalkan oleh ibu yang seawal pagi lagi sudah pergi ke pasar untuk menjual kuih-muih. Dengan perasaan yang cuak dan berdebar-debar, Fariz mengayuh basikalnya dengan pantas dan laju. Dia berasa seperti sedang terapung di atas jalan dengan kelajuan yang hampir menyamai sebuah motosikal yang sedang memecut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience