BAB 7

Family Completed 4264

Ibu yang memandang dari jauh tersenyum gembira melihat anak-anak nya sudah berbaik semula. Benarlah pepatah ada menyebut “carik-carik bulu ayam pasti akan bercantum juga”. Bunyi hon penghantar surat memecah drama sedih yang sedang berlaku antara Fariz dan adiknya.

Shahira mengesat air matanya lalu berlari mendapatkan surat yang dihantar, Fariz memerhatikannya dari dalam rumah melalui pintu yang sedang terbuka luas. Ketika Shahirah sedang berpatah balik ke dalam rumah, seekor kucing yang sedang duduk ditengah jalan menarik perhatiannya. Kecomelan kucing itu menukar haluan Shahirah dan pergi ke tengah jalan untuk mengambil kucing itu.

Fariz tersenyum melihat gelagat adiknya yang tertarik dengan kecomelan kucing tersebut. Tetapi, laut tidak selalunya tenang, langit tidak selalunya cerah. Sebuah kereta Honda Civic meluncur laju menuju ke arah adiknya tanpa amaran. Kereta itu melanggar adiknya yang sempat melemparkan kucing ditangannya untuk menyelamatkannya. Adiknya terbang melayang dan terpelanting akibat dilanggar kereta itu. Fariz terkejut dan menjerit “Astaghfirullah!!!” apabila adiknya dilanggar. Air matanya mengalir, dengan segera dia memanggil ibu dan ayahnya.

Fariz berjalan terhencut-hencut sambil menahan kesakitan ke tubuh adiknya yang sedang nazak. Dia memangku kepala adiknya di tepi jalan. Fariz memberi kata-kata semangat untuk menguatkan semangat adiknya supaya terus bertahan.

“Abang… A…adik sudah ampunkan segala salah abang pada adik. A…abang, adik nak min…ta ma….af.” Mata Shahira perlahan-lahan tertutup. Kini yang tinggal hanyalah jasad adiknya yang berlumuran darah.

“Tidak! Jangan pergi adik! Jangan!!!…..” Jerit Fariz selepas mendengar bisikan dari adiknya tadi. Fariz mengalirkan air mata kesedihan melihat jasad adiknya. Ibu bapanya juga menangis teresak-esak akibat kehilangan anak yang tersayang.

Sedarlah dan lihatlah betapa benarlah Tuhan itu maha berkuasa, sekelip mata sahaja Dia mampu menarik kegembiraan dan kebahagiaan kami. Fariz menyapu tangannya ke muka seraya mengingati perlindungan dan kemaafan dari adiknya yang merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan. Fariz berdiri lalu melangkah pergi meninggalkan Tanah Volvo merah miliknya.

‘’Selamat beradu duhai adikku.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience