BAB 5

Family Completed 4264

Dia melihat jam tangannya dengan hanya sepintas lalu semasa berada di jalan tegak. Tinggal lima minit sahaja sebelum pintu pagar sekolah ditutup. “Skretttttt…” Bunyi tayar basikalnya apabila brek di tarik semasa di hadapan pintu pagar sekolah. Golongan-golongan tua yang menyaksikan aksi merbahaya itu hanya mampu menggelengkan kepala seraya berkata “Subhannallah”, kerana terkejut dengan tindakan Fariz berhenti dengan mengejut dan memusingkan basikalnya untuk menyeimbangkan kembali badannya yang hampir terjatuh akibat menunggang basikal terlalu laju.

“Hoi, hati-hati sikit bawa basikal tu!” tegur guru disiplin, Cikgu Ramlee yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang menanti pelajar yang lambat datang ke sekolah untuk didenda.

“Fariz, cepat sikit tinggal seminit lagi ni.” Jerit Kawannya yang sedang berdiri di sebelah Cikgu Ramlee. Kamil yang merupakan sahabat baiknya sejak dari sekolah rendah juga merupakan seorang pengawas yang berdedikasi dan berkeyakinan tinggi, sedang bertugas untuk menjaga pintu pagar sekolah. Sesiapa yang lambat, namanya pasti akan dicatitkan dan dimasukkan di dalam buku rekod disiplin.

Fariz menarik nafas lega dan menghembus kembali sambil menunjukkan muka yang penat. Dia memegang dadanya yang sedang kembali perlahan degupannya. Fariz menuntun basikalnya sambil tercungap-cungap menuju ke tempat letak basikal yang sediakan lalu meletakkan basikalnya. Kemudian, Fariz terus berjalan menuju ke kelasnya. Kelas untuk matapelajaran pertamanya bermula pada 7.30 pagi.

Jam menunjukkan pukul 9.58 pagi, Fariz berjalan keluar dari kelas menuju ke kantin. Rehat

sepatutnya pada pukul 10.00 pagi, tetapi Fariz keluar awal kerana berjaya menjawab soalan sejarah yang diajukan oleh guru sejarah. Fariz berlalu pergi dari kelas 4 Kenangan dan menuruni tangga yang berdekatan. Semasa melintasi kelas tingkatan 2, Fariz tersenyum seraya berkata “Padan muka kau, ada ubi ada batas, lain hari aku balas” sambil memandang ke arah adiknya yang sedang berdiri di luar kelas akibat didenda guru bahasa melayunya. Fariz berlalu pergi sambil tersengih mengingati malam semalam yang menyebabkan adiknya di denda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience