BAB 1

Family Completed 4264

Subhanallah, indah sunggu panorama pagi ciptaan Illahi, ruang langit pagi itu terlakar indah menebarkan keindahan alam dengan angin sepoi-sepoinya. Kerdip mentari tersenyum lengkung menyapa seisi penghuni menerusuri surianya.

Fariz membuka pintu sambil memegang secawan kopi yang hitam dan pekat. Sinar suria melintasi wajahnya yang kelihatan beberapa jerawat dan jeragat merah serta berbekas.

Itulah hakikatnya seorang remaja yang sedang meningkat dewasa, pasti akan ada perubahan dari segi bentuk badan, suara dan yang pasti, perubahan dari segi wajah yang pastinya berbeza dari zaman sekolah rendah dengan sekolah menengah.

Fariz menguap dan mengeliat beberapa kali di pagi cuti sekolah ini. Sudah menjadi kebiasaan baginya di pagi hari sabtu, dia akan duduk di pondok yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Gemercik air sungai mengalir berirama sendu. Seribu satu jenis bunyi bersatu dalam kelam pagi indah dan angin semilir mengocak setiap ruang hutan belantara dan sungai yang mengalir dengan tenang berdekatan pondok yang dibina oleh ayahnya dengan bantuan dari dirinya sendiri.

Fariz merupakan anak sulong dalam keluarganya yang mempunyai empat orang ahli sahaja. Ibu bapanya merupakan penjual kuih muih di pasar yang berhampiran dengan kampungnya, Kampung Batu Belah yang semakin lama semakin pesat membangun. Pendapatan ibu bapanya tidak menentu, namun ibu bapanya sentiasa berusaha demi sesuap nasi. Adiknya pula bernama Shahirah yang kini sedang belajar di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Belah manakala dia kini belajar di tingkatan 4 sama sekolah dengan adiknya.

Fariz menghirup kopinya yang masih hangat dengan tenang. Fariz termenung melihat keindahan air sungai yang mengalir di sebelah pondoknya yang masih jernih dan tidak tercemar. Kelihatan beberapa ekor ikan sedang berenang-renang di dalam arus air yang perlahan dan tenang. Di dalam termenungnya, dia teringatkan apa yang telah dilakukannya malam tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience