BAB 6

Family Completed 4264

Namun, sebiji buah rambutan kemerah-merahan yang berada di hujung dahan menarik perhatiannya. Fariz cuba mencapai rambutan itu. Tangannya dihulur sepanjang yang boleh, hampir sahaja satu inci untuk mendapatkan rambutan itu, kedengaran seseorang menjerit, “Woi, pencuri!!!” dari jauh, Fariz tersentak tatkala kehadirannya di atas dahan itu disedari oleh pemilik dusun itu.

“Prakk!!!” bunyi dahan pohon rambutan yang reput itu patah. Fariz tidak mampu untuk melakukan apa-apa pun apabila dirinya disergah oleh pemilik dusun itu. Malang tidak berbau, dahan tempat Fariz bertenggek patah dan menyebabkan dia jatuh ke tanah macam nangka busuk. Ketinggian pokok itu yang hampir 2 meter lebih menyebabkan hentakkan yang sangat kuat pada kaki kirinya. Fariz meraung kesakitan.

“Aduh, malangnya nasib aku!” bisik hati kecil Fariz apabila mendapati dirinya sudah berada di rumah dengan keadaan kaki kirinya berbalut. Fariz dapat merasakan kesakitan yang bukan kepalang di kakinya. Dia berasa sungguh menyesal kerana mencuri rambutan di dusun itu.

Sedang dirinya asyik mengelamun mengenangkan nasib dirinya yang kini terlantar di atas katil tidak mampu untuk berjalan, datang adiknya membawa makanan dan minuman untuknya. Hati Fariz berasa sebak melihat adiknya menjaga dirinya setiap hari dengan penuh perhatian walaupun mereka selalu bergaduh dan meskipun hubungan mereka sangat renggang.

“Terima kasih adik, sebab jaga abang setiap hari. Tapi kenapa? Sedangkan abang selalu marah-marah pada adik?” Tanya Fariz kepada adiknya yang berada disebelahnya. Soalan itu memang sudah lama menghantui dirinya sejak kakinya patahnya akibat terjatuh dari pokok.

“Tidak mengapalah abang, lagipun memang semua itu silap adik. Adik minta maaf ya abang, sebab selalu sakitkan hati abang.” Shahira berkata dengan nada sayu, menimbulkan rasa terharu pada hati Fariz.

“Abang pun sama, nak minta maaf pada adik sebab selalu marah adik. Lagi satu, buku adik yang hilang ada pada abang, maaf ya adik.” Fariz memegang tangan adiknya yang lembut dan cerah sambil meminta maaf kepadanya.

“Air dicincang tidak akan putus abang, kita adik beradik mestilah sentiasa maaf-memaafi. Lagipun, adik mungkin tidak akan jumpa abang lagi lepas ini.” Shahirah menitiskan air mata. Kata-kata itu menyentuh hati dan perasaan Fariz. Kata-kata itu mempunyai maksud yang sungguh mendalam dan bermakna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience