Call Girl 18

Romance Series 1321587

CALL GiRL

_________
| Bab 18 |
_________

Mesej dari Gib dibaca satu per satu.
sekarang dia sudah tiba di alamat yang diberikan lelaki itu. Gib meminta pertolongannya untuk melihat keadaan Jasmine.

Sebaik saja tiba di depan Unit kondo gadis itu butang loceng ditekan beberapa kali tetapi penghuni didalamnya masih tidak membuka pintu.

Tangannya di masuk ke kedalam poket seluar. Iphone miliknya dikeluarkan dan Jemarinya bermain di screen itu. Nombor Gib di cari lalu terus membuat pangilan.

Hanya 2 deringan panggilan itu terus disambut.

"Just talk!" Ujar suara dihujung talian.

Luq mikail mendengus. Dah la minta tolong sombong pula.

"Dia tak buka pintu."

" 203173 " Berkerut Dahi Luq mikail apabila mendengar nombor yang disebut lelaki itu.
Diam seketika.

" 203173 Pasword rumah dia."

" Ooh Okey Thanks."Talian terus dimatikan.

Pasword dimasukkan dan pintu yang terkunci itu terus terbuka. Pelahan-lahan dia masuk ke dalam rumah itu.

Masuk sahaja ke dalam. Dia melihat
Jasmine yang sedang berdiri diluar balkoni. Dia berjalan mendekati gadis itu.

Telefon Jasmine yang diletakkan di atas meja itu di pandang. Banyak kali dia cuba menghubungi gadis itu tetapi tidak diangkat. Masalah apa yang sedang dihadapi Jasmine.

" Jasmine.."Belakang Jasmine disentuh. Sentuhan itu menyentakkan Jasmine yang termenung jauh.

" Luq?"

Luq mikail mengangguk dan mengukir senyuman. apabila melihat wajah pucat gadis itu dan kesan lebam dileher jasmine serta-merta senyumannya mati.

"Jasmine..Why with your neck?" Leher gadis itu diusap lembut.

Jasmine memejamkan matanya apabila terasa tangan hangat lelaki itu bermain dilehernya.
Hilang segala persoalan yang ingin di tanyakan pada lelaki itu. Bagaimana Luq mikail sampai disini dan boleh masuk ke dalam rumahnya?setahunya pintu rumahnya sudah dikunci.

"Jasmine.." Luq menatap wajah gadis itu.
Jasmine membuka matanya. Dia membalas pandang lelaki dihadapannya. Matanya mula berkaca.

"Can i hug u for a moment."Kasmine menundukkan wajahnya. Entah la bagaimana soalan itu boleh terluah dari mulutnya.

Luq menghelakan nafasnya.Kedua tangannya didepakan.

" Come." Mendengar sahaja persetujuan lelaki itu Jasmine terus memeluk tubuh Luq mikail. Dan tangisannya terus pecah di dada lelaki itu.
Teresak-esak dia menangis.

"i'm here for u jasmine.." belakang gadis itu diusap lembut. Bermacam soalan di fikirannya.
Apa yang terjadi pada gadis ini. Adakah Gib tahu apa yang terjadi melihat kesungguhan gadis itu menangis membuatkan jiwanya tidak senang.

....................

Zahra termenung di kawasan lapang Mansion mewah milik suaminya itu. Kehijauan padang dan tasik kecil dihadapannya itu sangat menenangkannya hatinya.

"Mummy ." Panggilan si kecil menyentakkan lamunan Zahra. Dia tersenyum bila melihat Carol sudah berpeluh-peluh mendekatinya.

Sedang asyik dia bergurau dengan Anak kecil itu, Carol tiba-tiba menolaknya.Dan berlari ke arah tubuh tegap suaminya yang melangkah mendekati mereka.

"Hai anak daddy"Sapa Carlos perlahan.

Carol diangkat dukung dan di bawa ke dalam dakapannya. Dapat Zahra lihat Carol mencium pipi lelaki itu. Jelas terdengar ketawa lelaki itu.

“Daddy! Mommy! Daddy dah balik!"Jerit Carol. Dan Erat sekali pelukan si kecil itu memeluk daddynya.

Zahra terpesona seketika. Tambah lagi melihat Carlos yang masih lengkap berpakaian pejabat. Entah kenapa dia suka melihat Lelaki itu berpakaian sebegitu.Teserlah ketampanan dan karisma lelaki itu.

"Daddy dah habis work?" soalnya masih dalam pelukan.

"Dah sweetheart." ubun-ubun si kecil itu dikucup sayang. Zahra tersenyum melihat kemesraan dua beranak itu.

"U nak minum."

Carlos memandang Zahra kepalanya hanya digeleng kan. Zahra menghela nafasnya.
Sejak pertengkaran itu Carlos tidak banyak bercakap dengannya.

"Okey." Zahra bangun gaun paras betis yang dipakainya di betulkan.

"mummy where are u going?" soal Carol yang masih dalam dukungan Carlos.

"Mummy masuk dulu ye sweetheart ."

"Masih sakit kepala?"

Zahra tersenyum dengan soalan si kecil itu.
Dia mengangguk dan terus meninggalkan mereka di Laman itu.

"is u mummy unwell sweetheart?" Soal Carlos

"yes daddy mummy dari pagi sakit kepala."

........................

Carlos yang sedang melakukan kerja dibilik kerja itu pantas melihat jam di dinding. Jam itu sudah menunjukkan angka 11 malam.

Namun kelibat Zahra tidak juga kelihatan. Kebiasaan isterinya itu akan membawa secawan air panas untuk dia menyegarkan diri setiap kali dia menyiapkan kerja di dalam bilik ini.

Ketika makan malam tadi, Dia masuk ke dalam bilik mereka. Namun isterinya masih Tidur. Apabila dikejutkan untuk makan malam Zahra hanya mengiyakan sahaja tetapi gadis itu tidak turun makan bersama. Carlos mengeluh. Pelipisnya diurut dan Macbook yang berada di hadapannya di tutup. Dia bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. dahinya kelihatan sedikit berkerut. Tubuh Zahra yang masih dibaluti dengan selimut itu ditarik.

"Berapa lama lagi kau nak tidur ni Amelia Azzahra!"Keras suara itu cuba mengejutkan Zahra. Rambut yang menutupi wajah Zahra diselak Carlos. Raut wajah gadis itu yang kemerahan itu sedikit mengejutkannya.
Terus sahaja tangannya menyentuh ke dahi Zahra.

Panas!

Tubuh Gadis itu membahang. Sah isterinya demam. Tiba-tiba sahaja terbit rasa bersalah kerana beberapa hari ini dia tidak mengambil peduli tentang gadis itu.

"Love... Wake up.." Pipi Zahra ditepuknya beberapa kali sehingga gadis itu membuka matanya.

"Please just leave me.. i tak larat sangat." Ujarnya pelahan untuk beberapa saat sebelum mata itu tertutup kembali.

"Love bangun mandi dulu!" Baju yang tersarung ditubuhnya tegapnya dibuka.

Serentak itu tubuh Zahra terus diangkatnya dan dibawa masuk ke dalam bilik air. Pelahan-lahan dia meletakkan isterinya itu di dalam Bathtub.Selimut yang membaluti tubuh isterinya itu ditarik dan dicampakkan ke tepi.

"Tak nak ple..se se..se..juk.."Badannya mula menggigil kesejukan.

"U need to clean up Love..bagi badan kau segar sikit"

"Tak Nak..Please It's cold.."Rayu Zahra.

Tanpa mempedulikan rengekkan isterinya itu, Carlos terus membuka air paip suhu air itu diubah sedikit tidak terlalu sejuk dan di hala pada tubuh isterinya itu.

Usai menguruskan Zahra. Dia meletakkan tubuh isterinya kembali diatas katil itu. Dulang dan meja kecil yang sudah tersedia di tepi meja katil itu di angkat dan diletakkan diatas katil.

"Makan." Pinggan yang berisi Sup ayam dan Nasi itu ditolak ke hadapan Zahra Sempat dia mengarahkan pembantu rumahnya menyediakan makanan untuk isterinya ini.

Zahra hanya memandang kosong ke arah sup yang masih berasap itu.

"I said, eat. Zahra ! " Kali ini nada suaranya sedikit keras.

Zahra menggelengkan kepalanya.

"Makan sikit untuk alas perut kau.." Zahra memandang sekilas ke arah suaminya yang sedang merenungnya tajam. Perlahan tangannya menarik mangkuk sup tersebut dekat dengannya.

Carlos menghelakan nafasnya. Lega apabila melihat Zahra mula menyuap sup ke dalam mulut. Dia masih setia disisi gadis itu.

"Kenapa tak habiskan?" Soal Carlos setelah melihat Thea menolak mangkuk tersebut menjauhinya.

"Dah kenyang." Jawab Zahra dengan suara sedikit serak. Tekaknya mula tidak selesa.

"Nah ." Dua biji panadol dihulurkan kepada Zahra Tanpa sebarang bantahan, dia mengambil dan menelannya dengan air masak yang terdapat di atas meja itu.

Dia sungguh tidak larat. Seluruh badannya terasa lemah. Tubuh segera disandar di kepala katil itu di rebahkan diatas katil. Mata terus dipejamkan. Dia Langsung tidak peduli dengan Lelaki itu yang sejak dari tadi memandangnya.

Carlos membaringkan tubuhnya disebelah gadis itu. Kepala Zahra di angkat dan diletakkan di atas lengannya. Tidur gadis itu kelihatan nyenyak sekali. Wajah gadis itu pandang sebelum bibirnya dilabuhkan di dahi isterinya.

"Get well soon, Love.."

......................

Jasmine memandang sekeliling biliknya Jam di dinding sudah menunjukkan 9.30 pagi. Dia melepaskan keluhan kecil. Kepalanya diketuk perlahan sambil mulut mengumam kecil.

Kaki terus melangkah keluar dari bilik sambil mata melilau memandang sekeliling. Jasmine berjalan keluar dari biliknya dan dapur ditujunya.

Bunyi yang terbit di bahagian dapur menarik perhatiannya. Kelihatan tubuh sasa seorang lelaki yang memakai Singlet hitam dan seluar tracksuit itu sedang sibuk meletakkan makanan di dalam pinggang.

Berkerut dahi Jasmine.

"Morning Sunshine." Tegur Luq mikail Dia memandang Jasmine yang berada dihadapan pintu dapur itu.

" Luq ?" Thea kelihatan sedikit terkejut dengan teguran suara itu.

"Dari mana? kenapa datang sini ?" Soalnya. Dia sangkakan Gib yang membawanya makanan.

"Dari joging dan nak sarapan dengan u." Jawab Luq mikail. Dia tersenyum melihat muka Jasmine yang kelihatan blurr itu. Walaupun muka itu kelihatan sedikit pucat, namun riak wajah gadis itu masih cantik.

"Nak makan dulu atau mandi dulu?." Soalan buat muka Jasmine berubah merah. Pelahan-lahan dia melangkah kembali ke biliknya.

"She's Okey....ya.... dont worry anything aku update lain."

Suara Luq mikail yang sedang bercakap di dalam telefon jelas kedengaran sebaik sahaja Dia melangkah ke ruang makan.

Luq mikail yang melihat kelibat Jasmine itu segera menamatkan talian. Tangannya terus mengamit gadis itu mendekatinya.

Jasmine mendekati Luq mikail kerusi disebelah lelaki itu di tarik.

" So miss jasmine, nak makan apa dulu?" Soalnya sebaik sahaja punggung Jasmine dilabuhkan dikerusi itu.

Bibir Jasmine mengukir senyuman.

Pagi ini dia melayani Jasmine seperti permaisuri. Apa sahaja kemahuan gadis itu di turuti.

................

"What do you mean?" Soalnya dengan riak wajah tidak percaya. Dahinya berkerut seribu. Pelik dan tidak percaya dengan apa yang di dengari olehnya ketika itu.

"Proposal yang adik kau bentang tu 50% dia ciplak." Terang Shahirul sambil tangannya bermain dengan Iphone ditangannya.

Farizal mengurut dahinya sambil mata dipejamkan untuk seketika. Tiba-tiba sahaja terlalu banyak hal yang perlu dia selesaikan. Tambahan pula dengan perkara bodoh yang adiknya lakukan.

"Apa kau nak buat sekarang? Tak akan kau nak biar je? Jangan sampai kepala dan badan adik kau tu terputus dua dikerjakan Carlos nanti."

"That's not gonna happened.." Ujar Farizal keras. Shahirul ketawa kecil apabila mendengar kata yang terkeluar dari bibir sahabatnya itu.

"I think u already know who is Rayyan Carlos, Mustahil kau tak kenal..kau sendiri tahu dia macam mana kan. So baik kau halang kerja gila adik kau.. jangan main dengan api bro..
salah bakar, arwah jadinya."

Shahirul menghulurkan telefon bimbitnya kepada sahabatnya itu.

"Nah Tengok. Apa yang adik kau dah buat sebelum ni." Serentak itu iphone milik rakannya disambut. Matanya terus menikam pada skrin telefon yang berada ditangannya.

"Who?"

"Wife Carlos, anak dato' Zafrul."

"Fuck!." dia mendengus kuat.

"I told you before. jangan libatkan u 'beloved brother'. u know how much his behaviour when he wants something."

Farizal berdiri tegak di rooftop bar itu. Tangannya naik menyalakan putung rokok. Pemandangan malam yang diterangi bangunan-bangunan tinggi yang bercahaya tidak sedikit menarik minatnya.

Pelahan dia melepaskan asap rokok.
Dia perlu buat sesuatu sebelum adiknya menghancurkan semua yang dirancang.

"Perhatikan dia. Jangan biar dia melangkah terlalu jauh."

"Alright, bro."

.........................

Zahra memandang jauh ke hadapan laman yang kehijauan itu.Rumah besar itu kelihatan sunyi malam ini ditambah pula kedudukan rumah ini agak terpencil di atas bukit.

Dia mengeluh pelahan.

Kedua belah kakinya dinaikkan ke atas kerusi lalu tangannya memeluk erat lututnya sambil kepala ditongkatkan ke atas kepala lutut tersebut.

"Sampai bila aku mampu bertahan.." Gumam Zahra perlahan.

" Love .."

Terasa ciuman kecil di labuhkan di bahunya Zahra terus memalingkan wajahnya sedikit kebelakang. Tajam sepasang mata zamrud merenung ke arahnya.

"What are your doing here?" Soal Carlos sambil melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya itu.

Wajah Zahra yang masih pucat itu dipandang. Namun tiada jawapan yang diterima dari isterinya itu. Melihat Zahra yang sudah berdiri. Carlos berdengus geram.
Isterinya seakan sengaja mencabar kesabarannya.

"I'm talking with you Zahra! ." Kali ini suara itu kedengaran keras. Lengan gadis itu tarik kuat agar memandangnya.

Zahra memberanikan diri memandang wajah suaminya itu.

"Sakitlah! what do u really want from me carlos? You promised to give me back my life!
but you lied. I penat carlos penat sangat.
dengan baran u dengan mood swing u.. Sampai satu tahap i terfikir..who am i to you carlos?." Serentak itu tangan Zahra naik menunjuk dada Suaminya itu.

Dia masih memandang wajah tampan suaminya itu. Kali ini dia mampu mengawal tangisannya disitu. Tiada air mata yang mengalir.

Dia tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya saat ini. Bukankah dulu dia terlalu mudah terasa hati dan mudah mengalirkan air mata.

Carlos tersenyum sinis tubuh Zahra di tarik rapat dengannya tangannya naik memeluk pinggang isterinya itu. Dia mengemaskan pautan di pinggang isterinya itu apabila Zahra mula menolak tanganya minta dilepaskan.

"U my wife Amelia Azzahra forever mine." Ujar Carlos yang berbisik dia telinga isterinya.

"I'm doing this because i want to protect you love.. after everything is done. I will give back u life." Ujar Carlos.

Zahra memejamkan matanya untuk seketika.
Dia masih diam sedikit pun tidak membalas. Carlos memaut wajah isterinya itu memandangnya.Lalu bibir isterinya dicium dan beberapa saat kemudiannya bibirnya melabuhkan ciuman di ubun-ubun isterinya.

" Trust me and don't give up to be with me"

Klisekan but i dont care :p Thanks sudi baca hope korang suka.. muahh !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience