6:Diantara langit dan bumi

Poetry Series 634

Diantara langit dan bumi,
adanya jalinan bersama insani,
yang dimana saling berpaut pada kasih Tuhanmu,
berpegang teguh pada cinta Nabimu.

Diantara langit dan bumi,
masi ada pelosok yang bersedih,
bom nuklear menjadi seri,
tak kira siang,kadang dimalam hari.

Diantara langit dan bumi,
masi ada pelosok yang bersuka ria,
muzik tarian menjadi seri,
tat kira terbit matahari sehinggalah malam membuta.

Diantara langit dan bumi,
semuanya terlihat indah,
bintang ingin dikecapi,
bumi pula ditinggal pergi.

Dan ketahuilah,
diantara langit dan bumi,
ada aku,engkau dan mereka,
tak perlu kau bongkahkan mana yang lebih,
kerana semuanya milik Illahi.

_Nazuwaakil_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience