3:Khabar duniamu

Poetry Series 634

Apa khabar duniamu sahabat,
ku dengar duniamu kini penuh keasyikan ,
begitu kuat,
rancak langkahmu mengatur tarian.

Apa khabar duniamu sahabat,
masikah perdamaian yang kau harapkan,
yang katamu datangnya dari tuan,
dan bukan dari tuhanmu.

Apa khabar duniamu sahabat,
trend luar kau banggakan,
suruhan tuhan kau ketepikan,
apatah lagi ajaran nabimu.

Apa khabar duniamu sahabat,
apakah kau masi lelap dalam duniamu,
yang kini menangis ditimpah dosamu,
tidakkah kau bersalah selaku penumpang.

Sedarlah,
Duniamu kini hampir berakhir,
khabarkan pula kepada mereka,
bahawa realiti dunia hanya seketika.

Perhatilah,
akan goyahnya prinsip hidup,
seorang demi seorang mula terlalai,
hingga terlupa khabar duniamu.

_Nazuwaakil_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience