8:Buah Munafik didalam pokok keimanan

Poetry Series 634

Aku,
bagaikan buah munafik didalam pokok keimanan,
kejamnya lagi aku berbuat demikian dikalangan orang- orang beriman,
tanpa rasah bersalah,
tanpa rasa ragu-ragu,
aku terus melakukan kemaksiatan.

Aku,
mengaburi salahku dengan tudung yang labuh,
mengaburi salahku dengan baju yang besar,
mengaburi salahku dengan dakwah-dakwah yang entah aku sendiri tidak melakukannya.

Aku,
begitu fasih dalam berbicara,
mengarah sesuatu yang tidak aku lakukan,
sehingga terlupa ayat tuhan,

"Mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu lakukan, sesungguhNya Allah sangat murka pada mereka yang tahu mengatakan tetapi tidak tahu melakukan."
inilah As-Saff,
ayat 2 hingga 3,
salah satu dari warkah tuhanku.

Aku,
tidak menyedari,
sehingga tahap mana kelalaian ini,
takutnya aku mati,
dalam keadaan berdakwah tetapi bukan kerana Illahi.

Sungguh aku takut akan azabnya,
akan panasnya bahang api neraka itu,
ku pasti,
penyakit munafik inilah yang memasukkan aku keneraka nanti.

Ya Robb,Ya Robb,Ya Robb !
Aku malu padaMu,
hamba yang penuh dosa,
namun masi angkuh untuk terus sujud kepadamu.

Ya Rahman Ya Rahim.

Kini,
aku mencari saki baki cintaMu padaku,
Masikah berbaki itu yang membuat aku ragu,
ataupun risau kekhilafan lalu akan berlaku?

namun,
ku pasti,cintaMu akan sentiasa ada buatku,
ku yakin,pintu taubat buatku belum tertutup lagi,
sehingga kiamat nanti,
ataupun ajal menjemputku sendiri.

Ya Rabb, ampunkan daku...

_Nazuwaakil_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience