10:Pendakwah muda

Poetry Series 634

Ku terima satu pesanan,
ringkas kiasannya,
alangkah terpanah akar kehidupanku,
yang selama ini berdegup buatku.

Kataku,
insan ini penuh keaiban,
namun katanya,
insan ini juga ada peluangnya,
dan peluang itu terletak pada pilihannya.

Kekal dalam kemaksiatan?
atau usaha untuk istiqomah dalam taubat?
Ia, sanubariku berbicara,
Tidak pasti sama ada menjawab dengan tulus,
ataupun cuba menyoal diri sendiri dengan jujur.

Layakkah selama ini aku dipuji,
sedangkan aku sama sekali tidak teruji,
cukupkah hanya kata-kata memerli itu aku merasa "aku sedang diuji",
sedangkan disana mereka diperangi bukan setakat dikeji,
dan mereka disana masi mengatakan ini kiriman tuhan buat mereka,
kerna tuhan rindukan mereka,
kerna tuhan inginkan syurga buat mereka.

_Nazuwaaakil_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience