BAB 4

Romance Completed 674

Datin Sonia terkejut sebaik sahaja isi sampul surat yang bertulis
namanya terkeluar.Hampir sahaja dia pitam melihat aksi lucah anak dan
juga bakal menantunya itu pada gambar yang berlainan.

“Ayeshy !Marini !” jerit Datin Sonia kepada mereka berdua yang ketika itu
sedang begelak tawa bersama suaminya Datuk Zarif .

Tawa mereka terhenti.Serentak mereka menoleh ke arah Datin Sonia .

“Kenapa Sonia ?” soal Datuk Zarif .Nadanya kedengaran cemas.

“Kenapa ma,apa yang berlaku?” soal Ayeshy pula.

Datin Sonia menuju ke arah mereka bertiga dengan perasaan yang marah
sambil merenung tajam ke arah Marini .

“Apa semua ini?!” Datin Sonia melemparkan beberapa keping gambar Marini
kepada Marini .

Marini terkejut.Dia mengutip gambar tersebut.Wajahnya langsung pucat
apabila melihat aksi ghairah dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya.

“Sekarang jelaskan apa maksud gambar tu!” perintah Datin Sonia .

“Sa..saya..” Marini gagap.Tidak tahu apa yang harus dia katakan kerana
di sendiri tidak tahu dari mana gambar itu muncul dan siapa lelaki itu.

“Gambar apa?” soal Ayeshy .Pantas dia menyambar gambar yang ada pada
Marini .Ayeshy terkejut. “Apa semua ni Marini ?” Soal Ayeshy pada
Marini .Tidak ada lagi panggilan manja.

“Saya tidak tahu!I don’t even know him!” Marini cuba membela diri.

“Tidah tahu?Kalau tidak kenal takkan gambar sebegini boleh ada!” ujar
Ayeshy sinis.

“I swear!”

“Jangan bersumpah Marini !Tell me who’s that guy?”

“Sayang..Ayeshy ,saya betul-betul tidak kenal dengan dia!”

“Don’t lie!”

“I’m not lying!Please!You kenal I Ayeshy .Kita bercinta sudah lama dan
mustahil saya akan melakukan perkara begitu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience