BAB 1

Romance Completed 674

ku tak pernah kesah pun kalau masyarakat luar tuduh aku yang
bukan-bukan.Mahu cakap aku ni perampas laki orang,perempuan tak tahu
malu atau apa saja,I don’t care at all.Aku tahu kedudukan aku.Aku tahu
apa yang aku lakukan dan apa yang aku mahukan.Ayeshy !

“Hei,perempuan!” bahu ku di tolak.

Aku merenung tajam.

“Kau tahu kan Ayeshy suami aku?!Kenapa kau masih kejar-kejar dia lagi?”

“Apa masalah dengan kau kalau aku kejar Ayeshy ?Hmm…” soal ku dengan nada
yang sinis.

“Kau tanya aku apa masalah aku?Ayeshy suami aku!Kau sedar atau tidak apa
yang kau cakap?”

“Bukan setakat sedar Puan Sofia ,aku tahu kalau Ayeshy suami
kau.Jadi,cuba bagi aku alasan kenapa aku perlu berhenti kejar Ayeshy ?”

“Tolong lah Marini ,jangan hancurkan perkahwinan aku dengan Ayeshy !Aku
cintakan dia.” Sofia merayu.

“Ow jadi kau datang sini cuma untuk itu?” soal ku sinis.

Sofia mengangguk kecil.Matanya mulai berkaca.

“My answer is NO!”

“Kenapa Mar ?!Banyak lagi lelaki di luar sana yang mahukan kau tapi
kenapa Ayeshy juga?”

“Kau tanya aku kenapa?” suara ku mulai meninggi. “Sebelum kau kenal dia
kau tahu apa hubungan kami?Sebelum kau muncul tiba-tiba kau tahu apa
yang telah kami lalui?Sebelum kau rancang untuk rampas dia dari aku dan
sebelum kau kahwin dengan dia kau tahu apa yang telah kami rancang?Kau
tak pernah tahu!” marah ku.

Sofia tunduk memandang lantai.Dia mengusap perutnya
perlahan.Kandungannya kini mencecah 8 bulan.

“Kenapa diam?Sekarang kau sudah ada jawapan untuk soalan-soalan aku
kan?” soal ku.

“Pergi lah Mar !Pergi jauh dari kehidupan kami.Aku merayu.Aku tak nak
anak ni lahir tanpa seorang bapa.” Sofia cuba untuk meraih simpati dari ku.

“Kau tahu jawapan aku!” bentak ku.

“Kembali kan Ayeshy !” keras suara Sofia .

“Ayeshy hak aku!Kau rampas dia dari aku dan aku tidak akan berhenti
selagi aku tak dapat hak aku kembali.Kau yang seharusnya kembalikan
Ayeshy pada aku!”

Sofia diam.Otaknya berserabut.Semua ini berlaku 5 bulan yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience