BAB 3

Romance Completed 674

Sejak pertemuan Sofia dengan Ayeshy ,Sofia sering menelefon Marini
untuk mengajaknya keluar dengan harapan Ayeshy akan ada bersama
Marini .Beberapa kali juga mereka bertiga makan bersama dan ada kalanya
Sofia akan mengambil kesempatan jika Marini ke bilik air atau
berjauhan sedikit dari Ayeshy .

Kehidupan Sofia agak bebas.Sikapnya bertambah liar apabila orang tuanya
berpindah ke Australia untuk menguruskan perniagaan di sana.Tiap-tiap
malam Sofia akan mengunjungi kelab-kelab malam dan sering turun naik
hotel dengan pasangan yang berlainan setiap malam.Sudah dua kali Sofia
menggugurkan kandungannya hasil persetubuhan dengan lelaki yang
menidurinya.Dan sekarang,Sofia hamil lagi.Dia takut untuk menjalankan
proses pengguguran buat kali ketiga di sebabkan risikonya yang terlalu
tinggi.Sofia mulai mengatur rancangan.

“Raees .aku perlukan pertolongan kau!”

“Pertolongan apa?”

Sofia membisikkan sesuatu pada Raees .

“Aku faham!Tapi mesti ada fulus.” Ujar Raees .

“Aku akan bayar kau!” Sofia mengeluarkan sampul surat yang berisi tebal
lalu menghulurkannya pada Raees . “Ini first payment!Di dalam ada lima
ribu ringgit.Kalau kerja kau beres dan berjalan sesuai rancangan
tadi,aku akan bagi kau 10 ribu!”

“Jangan risau.Aku pergi dulu!” Raees berlalu pergi.

Sofia tersenyum puas.Bertambah lebar senyumannya apabila jeratnya
mengena.Kelihatan dari jauh kelibat Marini dan Ayeshy yang sedang
berpimpin tangan menuju ke arahnya.Dia mengusai rambutnya sedikit biar
tampak kemas.

“Dah lama tunggu?” soal Marini .

“Dah dua gelas jus lemon aku order.Yang ketiga baru ja pelayan tu ambil
pesanan and aku pesan minuman untuk kamu sekali!Tak kesah kan?”

Marini menggeleng. “Sorry lah lambat sikit ja!Tadi kami singgah rumah
Ayeshy and you know what..” dengan gembiranya Marini menhulurkan
tangannya pada Sofia .

Terlihat di jari manis Marini sebentuk cincin emas. “Wow!Dah nak
kahwin?” Sofia membelek cincin tersebut.

“Yup!Ayeshy lamar aku depan family dia tadi.Hampir aku pengsan.” Marini
membuka cerita.Wajahnya jelas mempamerkan reaksi yang sungguh gembira
sekali.

“Romantiknya!” Sofia menunjukkan reaksi teruja.

Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang untuk menghantarkan
minuman mereka.Sofia tersenyum jahat.

“Minum lah!Hari ni aku belanja.Kebetulan hari ni hari bahagia untuk kamu
berdua.” Ujar Sofia yang tersenyum penuh makna..

Marini tersenyum manis.Tanpa sebarang syak wasangka,Marini dan Ayeshy
menghirup minuman yang ada di hadapan mereka.Selang beberapa
minit,keduanya mulai sakit kepala dan berasa pening.Hanya beberapa saat
sahaja,mereka tidak sedarkan diri lagi.Sofia tersenyum puas.

Dengan pantas Sofia dan Raees memapah Marini dan Ayeshy menuju ke arah
kereta milik Sofia .Kereta di pandu menuju ke arah rumah Raees bagi
mengelakkan Sofia di syaki oleh sesiapa.Sebaik sahaja tiba,mereka
memulakan aksi mereka.Beberapa aksi di rakam dan gambar di ambil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience