Dengan sumbangan yang terus meningkat dan sokongan daripada syarikat-syarikat kecil, Elma FC mula kembali menjadi bualan masyarakat tempatan. Namun, Johan dan Zariq tahu bahawa sokongan kewangan hanyalah permulaan. Mereka perlu memastikan pasukan ini bukan sekadar bertahan, tetapi benar-benar mampu bersaing.
Jurulatih kelab juga terpaksa meletakkan jawatan atas faktor kesihatan yang tak mengizinkan. Ini meningkatkan tekanan Johan untuk mencari penggantinya.
Pada suatu petang, ketika Johan sedang meneliti senarai pemain dan menilai prestasi pasukan, Zariq datang dengan wajah penuh keterujaan.
“Aku baru dapat panggilan daripada salah seorang bekas pemain bintang Elma FC!” Zariq berkata dengan cepat.
Johan terkejut. “Bekas pemain bintang? Siapa?”
“Nama dia Arman—kau ingat lagi tak? Dia dulu salah satu pemain terbaik kita sebelum dia pindah ke kelab besar.”
Johan memandang Zariq dengan mata terbeliak. “Arman? Of course aku ingat! Dia yang banyak bawa kemenangan untuk kita dulu.”
“Dia nampaknya dengar tentang usaha kita dan dia berminat nak datang balik sebagai jurulatih,” jelas Zariq dengan senyuman yang semakin lebar.
Johan terdiam, cuba mencerna berita itu. “Betul ke? Arman nak balik ke Elma FC?”
“Ya, dia kata dia terkesan dengan apa yang kita buat, dan dia nak bantu kita naikkan balik kelab ni,” Zariq menjawab dengan yakin. “Aku rasa ini peluang besar untuk kita.”
Johan bersandar di kerusinya, memikirkan prospek besar itu. Kehadiran Arman, seorang pemain yang dihormati dalam kalangan penyokong dan bekas rakan sepasukannya, boleh menjadi faktor yang mengubah nasib Elma FC. “Ini memang peluang kedua yang kita tak boleh lepaskan.”
“Nama dia Arman—kau ingat lagi tak? Dia dulu salah satu pemain terbaik kita sebelum dia pindah ke kelab besar.”
Share this novel