Bab 6

Other Series 211

Dua pesanan WhatsApp masuk serentak. Elmyra segera membuka pesanan tersebut—satu daripada mamanya dan satu lagi daripada Aidan. Mamanya meminta Elmyra pulang ke rumah kerana sudah terlalu lama mereka tidak berjumpa. Sementara itu, Aidan memaklumkan bahawa dia akan ke luar daerah selama beberapa hari untuk projek syarikat baharunya. Elmyra membalas kedua-dua pesanan itu sebelum kembali fokus kepada kerjanya, meneliti jadual, portfolio, dan gambaran keseluruhan modelnya.
Ketukan di pintu pejabat memecah kesunyian. Suara Elmyra menyuruh masuk, dan Lily, pembantunya, melangkah masuk sambil membawa senarai nama.
“Cik El, ini senarai model yang akan bersama cik pada malam fashion show di Pavilion nanti,” kata Lily sambil menyerahkan dokumen kepada Elmyra.
Elmyra menyambut senarai tersebut dan meneliti nama-nama yang tertera. Ada lima orang model yang akan menyertainya. Fashion show itu bakal berlangsung dalam masa dua minggu sahaja lagi, dan persiapan perlu berjalan lancar.
“So, Lily, I nak u pastikan semua model ni bersedia untuk projek ni. Walaupun mereka ada pengalaman, jangan sampai ada kesilapan. Lagi satu, pastikan mereka punctual,” pesannya tegas.
Lily mengangguk, tanda faham. Arahan yang sama sering kali diulang oleh Elmyra setiap kali ada projek: “Punctual”, antara point yang paling ditegaskan oleh Elmyra. If you are late, she will be nonplussed.
Di sebuah agensi, Faruqi sedang menjalankan tugas menghantar barang. Selain bekerja di kafe, dia turut mengambil upah penghantaran barang untuk menambah pendapatan. Sampai di bahagian resepsionis, dia dimaklumkan terdapat empat barang yang memerlukan pengesahan tandatangan.
Sambil menunggu, pandangannya tertumpu pada pokok bunga di dalam pasu yang kelihatan layu. “Kesian kau pokok. Layu hampir sembah ke tanah. Mungkin mereka di pejabat ni terlalu sibuk untuk menyiram kau,” omelnya perlahan. Dalam diam, Faruqi mengeluarkan sebotol air kosong dari begnya dan menyiram sedikit air pada pokok itu. Tindakan itu bagaimanapun mengundang teguran dari belakang.
“U buat apa dengan pokok bunga I?”
Faruqi terkejut mendengar suara itu dan berpaling. “Maaf, puan. Saya nampak bunga ni hampir layu, jadi saya beri air sedikit. Minta maaf,” katanya sopan.
Namun, kedua-duanya tergamam.
“Faruqi! Apa u buat dekat sini?” soal Elmyra dengan nada hairan.
“Oh, saya cuma hantar barang,” jawab Faruqi sambil menunjukkan arah tangannya ke bahagian resepsionis.
Dari jauh, kedengaran resepsionis memanggil Faruqi, menandakan dokumen telah siap disahkan. Elmyra memerhatikan barang-barang di atas meja resepsionis sebelum kembali memandang Faruqi.
“U dah berhenti kerja di kafe ke?” tanyanya ingin tahu.
Faruqi tersenyum mendengar soalan itu. “Belum, saya masih bekerja di kafe. Cuma kerja penghantaran ni saya buat bila ada masa lapang, nak cari duit tambahan,” jawabnya ringkas.
“Oh, I ingatkan u dah berhenti. Tak sempat pulak nak rasa kopi percuma,” balas Elmyra sambil tersenyum kecil.
Tawa Faruqi pecah mendengar komen itu. “Nanti cik free, datanglah ke kafe. Saya buatkan kopi yang cik nak. Tapi sekarang ni saya kena gerak dulu. Sebab nak kejar trip. By the way, Senang dapat jumpa cik lagi.” katanya sebelum berlalu pergi, sempat melambai tangan ke arah Elmyra.
Elmyra membalas lambaiannya dengan senyuman. Namun situasi itu menjadi perhatian pekerja di pejabat Elmyra. Mereka terkejut melihat reaksi majikan mereka itu. Cik Elmyra, yang dikenali sebagai seorang tegas dan jarang tersenyum kepada orang lain selain yang rapat dengannya tetapi yang ini kelihatan berbeza, begitu mesra.
Dalam hati mereka, satu soalan bermain: “Siapa lelaki itu?” Jelas, dia bukan Encik Aidan (tunangnya), Encik Raja Firdaus (abangnya), mahupun Dato’ Raja Nadhim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience