Kepulangan Elmyra ke kondominiumnya menarik perhatian Aidan yang setia menunggu sejak sejam yang lalu. Sudah lima hari mereka hanya berbicara secara hambar melalui WhatsApp, itu pun sekadar basa-basi. Panggilan telefon tidak diangkat, dan pertemuan langsung jauh sekali.
Ketika Elmyra melangkah menghampiri pintu kondominiumnya, dia terlihat Aidan yang sedang bersandar di situ.
"El, I miss you. I really miss you," ucap Aidan, suaranya lembut namun penuh harap.
Elmyra memandangnya sekilas. "Ya, I miss you too, Aidan," balasnya pendek. Dia memilih untuk tidak membuka topik tentang insiden beberapa hari lalu. Dia tahu, jika dibangkitkan semula, perkara itu hanya akan membawa kepada perbalahan. Dia juga sedar, Aidan bukan lelaki yang mudah mengucapkan maaf, apatah lagi merendahkan egonya.
Kadang-kadang, Elmyra tertanya-tanya sama ada keputusannya bertunang dengan Aidan adalah pilihan yang tepat. Keluarganya menyenangi Aidan, tetapi dirinya? Entahlah. Ada ketika dia senang bersamanya, tetapi ada juga saat dia rasa sebal. Namun begitu, dia tidak menafikan bahawa kesungguhan Aidan selama ini berjaya membuka hatinya untuk menerima lamaran lelaki itu.
Dalam kesunyian, ketegangan beberapa hari lalu akhirnya mencair, walaupun tidak seperti yang diharapkannya.
"El, u dah dinner? I belum dinner lagi. I tunggu u untuk dinner sekali," ujar Aidan sambil menggenggam tangan Elmyra.
"I belum dinner. And tak tahu nak dinner apa. So sampai rumah ni, I ingat nak buat salad je," balas Elmyra ringkas.
Aidan tersenyum kecil. "Wow... Kalau macam tu, kita makan salad yang u buat je la, Lagi pun I kan tak pernah lagi masuk rumah u" katanya dengan nada gurauan.
Elmyra memandangnya. "Aidan, u tahu kan kita belum husband and wife? I bukan jenis perempuan yang suka-suka nak jemput lelaki masuk rumah," balasnya, lalu melepaskan genggaman tangan Aidan.
"Ya-ya, I tahu. I just kidding. Janganlah serious sangat. Jomlah kita pergi dinner. U pilih tempat, I bawak, lapar ni" ujar Aidan sambil menggenggam tangan Elmyra semula.
"Alah-alah perempuan ni, apa yang susah sangat. Nak rasa air tangan je pun, bukan nak rasa benda lain," kata hati Aidan, walaupun wajahnya kekal tenang.
Dia teringat bagaimana ramai wanita sebelum ini mudah rebah dalam pelukannya. Dengan pengaruh, wang ringgit, dan kuasa yang dimilikinya, segalanya terasa mungkin. Tetapi untuk Elmyra, dia tahu dia perlu bersabar.
"Tak apa, El. Untuk kau, aku sanggup tunggu. Tak lama lagi," tekadnya dalam hati.
Di tempat lain, di rumah keluarga Elmyra...
"Dah lama El tak datang rumah ni. Ada dia call u?" tanya Raja Nadhim kepada isterinya, Raja Dahlia, sambil menyuap mee goreng yang disediakan pembantu rumah.
"Dia tak ada call pun. Last dia contact I masa dia ajak kita tengok dia di acara peragaan," jawab Raja Dahlia sambil menuangkan kopi untuk suaminya.
Raja Nadhim mengangguk. "Semalam I jumpa Aidan di pejabat. Bila I tanya pasal El, dia nampak macam tak pasti. Mungkin mereka bergaduh, agaknya," katanya perlahan.
Raja Dahlia tersenyum nipis. "U tahu kan perangai anak kita macam mana. She's stubborn and fearless. Kalau betul mereka bergaduh, I harap Aidan bersabar banyak-banyak."
"I hope so. Tak lama lagi mereka nak berkahwin. Nanti u cuba call El. Suruh dia balik rumah ni," arah Raja Nadhim sebelum segera berangkat ke pejabat.
Share this novel