Prolog

Fantasy Series 1657

Langit petang semakin galak memuntahkan isinya. Sedikitpun tiada belas ihsan terhadap rintihan hati. Air yang mencurah-curah sama lebat dengan titis-titis halus yang melimpah dari kolam mata.

"Sudahlah Hana. Mari kita pulang. Selagi bernyawa, hidup ini perlu diteruskan."

Tidak jemu-jemu lelaki itu memujuk rayu dari tadi. Tidak berganjak dia bertelut di sisiku menghadap dua batu yang bisu. Kini, kami sama-sama basah kuyup bermandi hujan.

Ah! Andai sahaja hidup ini semudah kata-kata yang terbit dari bibirnya.
Barangkali dia tidak mengerti derita jiwa aku.

Kini, kehidupan adalah suatu kenangan yang telah berlalu. Ruang yang bersisa hanyalah menanti sebuah kematian.

MANAKALA DI ZAMAN YANG BERBEZA...

Menggila ombak bergelora menari-nari bersama titis ganas dari langit. Dentuman halilintar bergegar menghentam bumi bagaikan mencabar sang nakhoda beradu kehandalan. Sungguhpun sedemikian, tiadalah terzahir walau sekelumit gentar di wajah nakhoda. Malah, sinar matanya semakin galak selari dengan tangan yang beraksi. Menyerah kalah pada takdir kehidupan tiada di dalam darah dagingnya.

Aku biarkan sahaja lelaki itu bertarung dengan alam ditemani jurumudi. Sebagai pahlawan, aku amat memahami perjuangan nakhoda di luar. Pasti dia juga seperti aku yang memegang prinsip pantang menyerah kalah sebelum berjuang. Meskipun di ketika itu, nilai sebuah kehidupan bukan lagi suatu nikmat yang sewenang-wenangnya boleh dikecapi.

Hati kecil berkeluh kesah.
Hidup bagaikan perhambaan diri yang tak sudah-sudah.

Tiada palitan rona indah mahupun duka. Semuanya sudah hilang erti.

historical romance mix fantasy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience