Episod 6: Bencana

Crime Series 843

AIDIL mengejutkan Eqwal daripada tidur. Asap hitam yang tebal sudah memenuhi ruang bilik. Terbatuk-batuk Aidil akibat terhidu asap. Eqwal yang baru terjaga kelihatan sangat terkejut. Tangannya segera mencapai kain pelikat di hujung katil lalu menutup hidungnya. Pedih matanya kerana terpaksa melihat dalam kepulan asap tebal itu.

"Ya Allah, kenapa ni Aidil?" soal Eqwal terbatuk-batuk.

"Aku rasa rumah terbakar. Tadi aku bangun dah penuh asap. Kita kena keluar dulu." Aidil melangkah menuruni katil.

Eqwal mengibas tangannya berkali-kali. Pandangannya sangat kabur sekarang. Kelibat Aidil pun dia tidak nampak.

"Cepat keluar Eqwal. Aku nak check adik-adik dengan ibu bapa aku," jerit Aidil lalu terus lari keluar dari bilik.

Eqwal pula kelihatan terpinga-pinga. Dadanya terasa begitu sesak akibat sukar bernafas. Langkahnya dibawa perlahan keluar dari bilik. Apa yang dia nampak sekarang hanyalah api yang marak sahaja.

"Aidil! Aidil! Mana kau?" jerit Eqwal lantang.

"Keluar Eqwal. Pergi cepat. Kau jangan tunggu sini. Bahaya," jerit Aidil. Yang kedengaran hanyalah suaranya sahaja.

"Jom selamatkan diri dulu Aidil," ujar Eqwal.

"Kau keluar cepat Eqwal. Jangan tunggu aku. Nyawa kau lagi penting."

Eqwal terpaksa lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan dirinya. Orang ramai sudah mula berkumpul di hadapan rumah Aidil yang sedang dijilat oleh api. Ada juga yang menghulurkan bantuan dengan cuba memadamkan api. Lemah sekali lutut Eqwal ketika itu hingga dia jatuh melutut. Air matanya sudah mengalir begitu laju.

"Abang Eqwal......" Aarif lari memeluk Eqwal dari belakang.

"Ya Allah Aarif selamat. Mana yang lain?" soal Eqwal sambil memeluk tubuh Aarif erat.

Aarif menggeleng-geleng kepalanya. Dia juga bingung dengan apa yang berlaku. Sedar sahaja tadi, abangnya sudah membawanya kelaur dari rumah. Setelah itu, Aidil masuk kembali ke dalam rumah.

"Aarif stay sini. Abang nak masuk dalam cari Aidil." Aarif segera menarik tangan Eqwal dari terus masuk ke dalam. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Apa lagi yang ada dalam rumah itu dengan api yang semakin marak ini.

Eqwal terpandang pada tepi jalan. Dia ternampak sebuah kereta yang sangat dia kenali. Apa kereta itu buat di sini? Jangan-jangan kebakaran ini disebabkan olehnya.

Tidak lama selepas itu, pihak bomba pun tiba. Mereka segera memadamkan api. Rumah itu hampir 100% dijilat api. Tiada apa lagi yang tinggal. Kelibat Aidil, Adeefa bersama ibu bapa mereka masih belum kelihatan. Eqwal berharap sanagt mereka selamat dan tidak terperangkan dalam kebakaran itu.

"Encik, boleh saya tahu berapa orang penghuni rumah ini?" soal seorang anggota bomba.

"Enam orang sahaja. Tapi lagi empat orang saya tak tahu di mana mereka. Hanya saya dan adik saya saja yang ada di sini sekarang," kata Eqwal lemah.

Anggota bomba itu mencatat sesuatu pada buku notanya lalu melangkah pergi. Mungkin mereka akan mencari lagi tiga orang mangsa. Eqwal sudah buntu sekarang. Dia berharap sangat Aidil akan selamat.

"Aarif nampak sendiri abang Aidil masuk semula ke dalam rumah tadi. Macam mana kalau abang Aidil dan yang lain-lain tak selamat." Air mata Aarif sudah mula mengalir laju.

"Shh.. Jangan cakap begitu. Mereka akan selamat. Mungkin mereka berada sekitar sini sahaja." Eqwal cuba menyedapkan hatinya. Padahal dia tahu, dengan keadaan sebegini, kemungkinan besar mereka tidak akan selamat.

Tidak lama selepas itu, datang seorang penduduk kampung memberikan dua helai tuala bersih kepada Eqwal dan Aarif. Eqwal segera mencapai tuala itu lalu mengucapkan terima kasih. Tuala itu digunakan untuk menyelimuti tubuh Aarif. Hampir dua jam juga masa yang diambil oleh pihak bomba untuk memadamkan api yang marak itu. Sepanjang tempoh itu juga, berita mengenai Aidil dan lain-lain langsung tidak didengari.

"Encik boleh ikut saya sebentar. Saya harap Encik bersabar dengan apa yang ingin saya khabarkan sebentar lagi," ujar seorang anggota bomba.

Eqwal menelan liur yang terasa begitu perit. Jangan-jangan berita yang bakal disampaikan adalah perkara yang bermain di benak fikirannya sejak tadi. Wajahnya diraup berkali-kali. Tangan Aarif digenggam erat lalu mereka mengikuti langkah anggota bomba itu. Kini langkah mereka terhenti di hadapan tiga kujur tubuh yang ditutupi kain berwarna putih yang terdapat kesan arang.

"Kami jumpa ketiga-tiga mangsa di dalam bilik tengah. Kematian mereka mungkin disebabkan sesak nafas akibat terhidu banyak asap. Boleh encik lakukan proses pengecaman? Pihak kami masih lagi mencari seorang mangsa," ujar anggota bomba itu.

Eqwal memandang wajah Aarif. Wajah Aarif kelihatan sangat pucat. Rasanya jika ditoreh waktu itu, langsung tiada darah yang mampu mengalir. Terketar-ketar tangan Eqwal menyelak kain itu. Apabila kain itu terbuka, matanya terus dipejam. Tak sanggup dia hendak melihat keadaan mayat yang hangus terbakar itu.

"Ya Allah, itu ayah. Allah..." Aarif sudah meraung. Aarif terus jatuh melutut ke atas tanah.

Eqwal menyelak pula kain yang kedua. Kali ini dia kenal tubuh itu. Tubuh itu milik Adeefa. Perlahan dia menutup kain itu Kini dia beralih pada mayat yang terakhir. Dia berharap sangat tubuh itu bukan Aidil. Belum sempat Eqwal membuka, Aarif sudah meraung memanggil ibunya. Mata Eqwal menangkap gelang yang dipakai pada pergelangan tangan.

"Shh.. Shh... It's okay Aarif. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka. Abang Aidil masih ada lagi. InshaAllah dia akan selamat." Eqwal menarik Aarif kedalam pelukan.

Aku tahu semua ini kau yang buat. Kenapa kau tak habis-habis ganggu hidup aku. Aku tak pernah ganggu hak kau pun. Dulu kau ambil daddy dan mummy daripada aku, sekarang kau rampas pula sesuatu yang bukan kepunyaan kau. Apa lagi yang kau nak daripada aku Datuk Zulfar. Apa lagi yang kau nak? Aku dah letih mendiamkan diri begini.

Jika benar kau nak bermain darah dengan aku, aku akan persiapkan diri untuk tebus semula nyawa ibu bapa aku. Aku akan pastikan kau berlutut pada aku suatu hari nanti.

Setelah beberapa jam melakukan pencarian, susuk tubuh Aidil masih belum dijumpai. Pihak bomba sudah mencari juga di seluruh kampung. Kemungkinan Aidil melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya. Malangnya dia langsung tidak ditemui. Misi menyelamat juga dihentikan kerana langsung tiada tanda-tanda kelibat Aidil dalam rumah yang terbakar hangus itu.

"Aarif, kita perlu pergi ke hospital untuk uruskan pengebumian. Nanti kita cari abang Aidil pula okay," pujuk Eqwal lembut.

Aarif mengangguk lemah. Dalam sekelip mata dia sudah kehilangan orang-orang yang dia sayang. Di mana keberadaan abangnya juga dia tak tahu. Apa yang dia harapkan sekarang hanyalah satu-satunya abang yang dia ada itu selamat. Tiada apa lagi yang dia inginkan dalam dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience