BAB 5

Romance Completed 4625

Nadiya bingung. Namun seketika bila memikirkan kalau Ariz juga bakal dimiliki wanita lain, Nadiya pasrah. Sama ada dia menerima atau tidak pinangan ini, Ariz memang tetap tidak akan menjadi miliknya.

Air mata yang cuba ditahan sedari tadi akhirnya mengalir jua. Gagal! Dia gagal menahan kekecewaan ini. Dia cuba untuk tidak patuh pada desakan perasaan namun dia gagal. Teresak-esak dia menangis sambil menekup wajah. Sentuhan lembut di bahu membuatkan tangisannya makin rancak.

“Akak, Nisa dengar daripada umi yang..” Nisa tidak mampu menyudahkan kata-kata. Melihat keadaan Nadiya sebegini, hatinya turut sama tersentuh. Dia tahu bagaimana gadis yang bernama Nadiyatul Husna.

Kakaknya itu seorang yang kuat. Tangisan yang membasahi pipi Nadiya kini bererti hati gadis itu benar-benar sudah berkeping-keping. Nisa menarik lembut badan Nadiya ke dakapannya. Erat, dia mahu Nadiya tahu kalau dia tidak akan sekali-kali melepaskan kakanya itu di saat-saat begini.

Segala isi hati kakaknya itu memang sudah ada dalam genggamannya. Jarak hubungan antara mereka hanya 2 tahun, membuatkan mereka selesa saling berkongsi cerita peribadi. Berada jauh dengan abah dan umi, Nisa juga bersyukur dia masih punya Nadiya di sisinya untuk menumpang harap.

Dia mahu Nadiya bahagia. Dia tahu kakaknya itu memang sudah benar-benar jatuh hati dengan Ariz. Dia tahu bagaimana sikap kakaknya itu. Pertama kali Nadiya meminati seorang lelaki dan Nisa tahu kalau Nadiya tidak main-main. Nadiya bukan jenis yang suka bergaul dengan lelaki. Pergaulannya dengan lelaki amat terbatas.

Kalau ada mana-mana lelaki yang cuba mendekati, awal-awal lagi ditolak mentah-mentah oleh Nadiya. Sudah sering budak-budak lelaki di sekolah mahupun di universiti dahulu yang makan hati dengan penolakan Nadiya. Kini bila Nadiya sudah jatuh cinta, dia berharap kakanya itu tidak akan patah hati. Tapi tangisan Nadiya tika ini amat meruntun perasaannya. Cinta pertama, pasti pedihnya hanya Tuhan yang tahu.

“Akak tak kuat. Akak tak tahu kenapa akak macam ni. Kalau akak tahu sakitnya sukakan orang yang tak ada perasaan kat kita, akak tak akan pernah suka dia. Akak tak akan pandang dia. Selama ni akak fikir akak tak bertepuk sebelah tangan. Dia nampak macam sukakan akak. Macam-macam dia buat untuk akak. Tapi rupa-rupanya semua tu dia buat atas nama kawan je. Akak yang salah faham. Bodoh kan akak?”

Nadiya teresak-esak di bahu Nisa. Hanya Nisa tempat dia berkongsi cerita. Adiknya itu memang memahami.

“Akak selalu berdoa dalam solat akak, kalau betul dia jodoh yang Allah hantar untuk akak, akak doa semoga jalan kami dipermudahkan. Semoga Allah mengikat hati kami dengan ikatan yang halal. Sekarang doa akak dah terjawab.

Allah dah tunjukkan yang dia bukan jodoh akak. Akak tahu semua yang jadi ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya tak adalah perasaan ni makin kuat, kan? Datang pula pinangan untuk akak, mungkin ini adalah cara untuk akak lupakan perasaan akak, kan? Betul tak Nisa?” dalam esak tangis, Nadiya menyuarakan rasa hatinya. Lencun baju Nisa dengan air mata yang tumpah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience