BAB 8

Family Completed 2053

"Ibu! Janganlah. Ibu letak parang tu." Aku memujuk ibu. Ayah dibelakang ku manakala ibu didepanku dengan sebilah parang.

Aku sudah ketakutan dan keresahan. Jika ibu salah bertindak mahu aku yang kena sembelih.

"Ibu bak sini parang tu. Bagi akak?" aku cuba mencapai parang itu tapi tak berdaya.

" Aku nak bunuh dia!" Ibu sudah maju kearah ayah.

Ayah dan ibu bergelut. Aku sudah basah dengan air mata. Aku takut kehilangan!

Aku rasa nak telifon along dan angah sekarang tapi aku tak nak ganggu mereka yang tengah fokus untuk masa depan. Aku tak nak mereka terjejas dalam pelajaran.

Selama ini aku merahsiakan segalanya daripada mereka kerana aku tahu mereka dah lama sengsara, sekarang biarlah aku berkorban demi masa depan mereka. Adik sudah teresak-esak sambil memelukku.

Aku cuba merungkai pergelutan ibu dan ayah.Akhirnya ayah berjaya rampas parang itu daripada ibu lalu dicampaknya ke lantai. Tangkas aku mengambil parang itu lalu disimpan ditempat asal.

Ibu mula bergerak kebilik diikuti ayah. Selepas itu hanya sunyi membelenggu rumah. 'Alhamdulilah!' lafazku.

Aku menidurkan adik lalu aku terfikirkan sesuatu. Aku mengambil kembali parang yang disimpan ditempatnya tadi lalu dibawa ke dalm bilik aku lalu disimpan didalam laci.

Aku tak mahu perkara tadi berulang lagi. Lebih baik aku mengambil langkah berjaga-jaga.

Selepas itu aku mengambil wuduk lalu menunaikan solat hajat memandangkan esok aku akan menjawab upsr. Seusai solat aku membaca surah Yassin agar hati ibu dan ayahku tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience