BAB 1

Family Completed 2053

Di saat malam semakin kelam sang mentari pula dalam perjalan untuk muncul menyinari hari siang. Aku terjaga dari tidur. Bunyi bising diluar bilik menganggu lenaku.

Aku bangkit dari pembaringan ketika aku sedar ibuku tiada di sebelah menemani malamku. Bunyi sesuatu pecah menyentak tangkai hatiku. Debaran menguasai diri.

Aku intai di sebalik langsir bilik. Kelihatan wajah ayahku yang sedang berang. Ibuku pula tak habis-habis membebel bersama juraian air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Ibu? Sudahlah.. Dah malam ni. Nanti jiran sebelah dengar." Alongku mula bersuara, menenangkan ibuku.

"Along nak suruh ibu senyap? Along..along tengok ayah along ni. Dia tak kesiankan ibu ke? Ibu terseksa along. Dah lama ibu pendam. Sakit..sakit dekat sini dah lama ibu simpan along. Pedih sangat." Ibu terduduk teresak-esak sambil memenggang dadanya.

"Along tahu. Tapi, ibu sendiri tengok keadaan ayahkan. Ayah takkan dengar apa yang ibu cakap. Biarlah ibu. InsyaAllah Allah sentiasa ada. Sabarlah ibu. Demi along. Demi adik-adik. " Along cuba merayu sambil bersila didepan ibu.

Aku lihat ayah sedang duduk di sofa, menunduk kebawah sambil memenggang kepala dengan kedua tangannya. Rupanya bunyi yang pecah itu datangnya dari bunyi pinggang kaca. Mungkin ayah yang lemparkan. Kerana saban malam, perkara yang sama pasti berlaku. Jika tiada yang pecah mungkin pertengkaran yang terjadi.

"Ibu kenapa ni? Adik takut. "Aku yang tidak mengerti apa yang jadi di sekelilingku terus memaut leher ibuku lalu duduk diriba ibuku. Ibu yang menangis tersedu-sedan mengusap rambutku. Aku turut basah dengan air mata. Sungguh aku takut!

" Tak de apa adik. Kalau adik takut, doa pada Allah ya sayang. Kan ibu selalu pesan, lupanya. Adik ni kenapa tak tidur lagi? hmm sayang?" Ibu bertanya. Mata ibu merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience