BAB 9

Family Completed 2053

Kerana setiap malam selepas aku selesai baca yassin pasti suara pertengkaran tidak berbunyi lagi.

Aku percaya Allah telah membantu aku dengan melembutkan hati ibu bapaku melalui alunan surah Yassin yang aku baca. Alhamdulilah!

Setelah itu aku mengambil buku yang perlu aku ulangkaji lalu aku padamkan lampu bilik agar ibu dan ayah aku tak syak apa-apa dan menganggap aku sudah tidur.

Aku pun bergerak ke pintu yang terbuka sedikit lalu dengan cahaya yang terbias itu, aku pun mengulangkaji sambil mengawasi ibu dan ayah. Supaya perkara tadi tidak terjadi lagi.

Sedang aku mengulangkaji. Air mataku menitis lagi. Saban malam aku tak pernah lekang dengan air mata.

Sejak kecil aku sering menangis. Kadang aku rasa berputus asa dengan hidup aku tapi bila difikirkan balik. Aku ada Allah, Allah selalu bantu aku. Dan bantuannya selalu sampai tepat masanya. Sebab itu aku ada kekuatan sehingga kini.

Tak pernah aku lupa untuk mendoakan kebahagiaan ayah dan ibu. Dan semoga ayah terbuka hati dan berubah. Tak pernah aku lupa doakan.

Akhirnya sekali lagi aku pergi kesekolah dengan mata yang kuyu dan sembab. Ini dugaan Allah padaku.

Dan Allah takkan menguji manusia itu melainkan manusia itu mampu menghadapinya. Dan disebalik semua ini pasti ada hikmahnya. Aku percaya!

2 tahun berlalu..

Hari ini kegembiraan telah hadir menyinari hidup kami. Ayah sudah berubah. Sudah mula kemasjid dan mendalami agama.

Semuanya berlaku setelah nenek yakni mak ayah meninggal dunia, tiga hari selepas hari lahir ayah. Ayah berubah terus. Kami sungguh gembira.

"Kakak? Lambat lagi ke?"Ayah bersuara.

" Kejap! Nak pergi bayar dah."Aku pun membayar novel ditangan.

Kini ayah dah tak macam dulu. Kini ayah seorang penyabar kalau marah ayah akan senyap saja tak da tengking-tengking dah.

Hidup kami makin ceria bila ayah dapat kelulusan daripada bank untuk membuat pinjaman untuk membeli sebuah kereta. Ibu sudah bahagia disamping ayah.

Hari-hari kami, kami lalui dengan senyuman dan gelak tawa, sudah tiada lagi tangisan dan ketakutan yang merwarnai hidup kami.

Sungguh janji Allah itu pasti! Percayalah Allah sentiasa ada untuk kita. Dia hantarkan dugaan dan cubaan kepada kita sehingga kita rasa nak putus nafas tapi disebalik semua itu tersembunyi seribu satu rahsia.

Seperti kisahku. Dulu lain kini lain. Kerana doa aku sekeluarga, ayah sudah berubah menjadi ayah yang terbaik.

Dan aku takkan sekali-kali lupakan Allah, kerana dia selalu memberi pertolongan dan kekuatan kepadaku sejak dulu dan selamanya. Seperti manusia yang berjasa, kita akan kenang dia sampai bila-bila.

Allah juga! Setiap yang terjadi ada hikmahya! InsyaAllah Allah akan bantu kita. Tetapkan dalam hati Allah yang satu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience