BAB 6

Family Completed 2053

" Ya Allah kenapa ni? Apa kau dah buat Man? Kau ni tak habis-habis menyusahkan anak bini kau? Bila kau nak insaf Man." keluh jiran kami, Pak Samad. Dia baru sampai dengan angah menaiki keretanya.

" Pak Mad! Dah tak de masa nak membebel. Yang penting sekarang ibu! Cepat Pak Mad!" gesa Along.

Pak Mad menyuruh along dan angah memapah ibu. Along yang dah berusia 17 tahun dan angah yang dah 15 tahun dengan mudah memapah ibu. Ayah seperti orang kebingungan.

Berkali-kai meraup mukannya dengan mencangkung ditepi motor di tempat ibu berdiri tadi.

Lalu Pak Mad mula menghantar Ibu ke klinik ditemani along. Manakala angah dipinta menjaga rumah. Along risau jika ditinggalkan aku dirumah dengan ayah yang masih separa sedar. Maklumlah macam-macam boleh jadi walau dengan anak sendiri.

Esoknya kami dapat tahu ibu keguguran. Dan ini salah ayah. Seminggu ayah berubah sejak ibu keguguran tapi seminggu sahaja. Ibu yang mulanya gembira kian mendung kembali.

Ayah balik pada keadaan asal tapi kali ini membimbangkan kami. Ayah balik dengan terhuyung hayang. Dia muntah-muntah. Masuk sahaja kerumah dia rebah. Dia kelihatan nazak.

Along baringkan ayah dikatil bilik ibu dan ayah. Ibu sudah menangis. Angah cepat sahaja memanggil Pak Samad memaklumkan tentang ayah. Pak Samad dan isterinya datang tak lama kemudian.

Mereka sudah tahu perangai ayah yaang kaki arak itu. Kerana dulu-dulu mereka yang tenangkan ibu bila ibu kejar ayah dengan parang.

Along dan angah dipinta membaca yassin memandangkan ayah sudah nazak. Aku tak mampu mengawal sendu lalu aku teresak-esak sendiri dikamar abangku.

Aku tak mahu ibu yang ditenangkan oleh isteri Pak Samad semakin sedih melihat aku menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience