BAB 2

Family Completed 2053

"Adik tak boleh tidur. Bising. Ibu, ayah kenapa? Kenapa ibu nangis?" Dan soalanku itu semakin merancakkan lagi tangisan ibu. Aku kebingungan. Aku lihat ayah telah bangkit dari duduknya lalu menuju kebilik yang ku tidur tadi.

"Mana ada ibu nangis. Dahlah sayang. Sayang pergi tidurnya. Along bawa adik pergi tidur. Adik tidur dengan along malam ni ye sayang? Sayang anak ibu ni. "Ibu mencium pipiku sepenuh kasih sebelum menyerahkan aku kepada along. Along mendukungku lalu dibawa kebiliknya.

Aku melihat sekilas kearah ibu yang sedang mengutip kepingan kaca yang berderaian di lantai. Abangku yang kedua iaitu angah turut membantu ibu. Sedari tadi dia hanya senyap membisu tanpa masuk campur.

Angah memang begitu lebih suka menyepi jika ada pertengkaran terjadi. Hanya along yang lebih berani menyelamatkan keadaan meskipun umurnya baru 11 tahun. Manakala angah baru 9 tahun dan aku baru 5 tahun. Masih tidak mengerti.

Kini aku telah pun meningkat usia. Dan keadaan masih sama. Ibu sering menitiskan air mata. Ayah sering mengamuk dikala malam menjelma. Ayah sering pulang lewat sehingga ibu naik angin dibuatnya.

Dulu aku tidak mengerti tapi kini aku faham semuanya. Ya! Ayahku seorang pemabuk. Suka keluar malam dan balik lewat malam dalam keadaan mabuk.

Apabila bunyi motor ayahku berbunyi menandakan dia sudah pulang dari kegelapan malam durjananya. Aku lekas-lekas bergerak kebilik yang dikongsi bersama along dan angah.

Kami hanya keluarga miskin. Bilik dirumah hanya ada dua. Dan aku takut tidur diluar, lagi-lagi jika ayahku pulang dalam keadaan mabuk. Sungguh takut! Abang-abangku yang memahami hanya membenarkan aku berkongsi bilik dengan mereka.

Katil dibilik dua tingkat jadi aku tidur dingkat atas. Manakala along dan angah dibawah yang mana katilnya lebih besar daripada yang atas.

"Dum!" bunyi pintu dihempas. Sekali lagi! Dadaku berkocak hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience