BAB 7

Family Completed 2053

Ayah memohon maaf dengan semua yang ada di situ. Along dan angah yang sedari tadi khusyuk membaca yassin di sebelah katil ayah turut menitiskan air mata.

Sungguh kami tak sanggup kehilangan ayah walaupun ayah begitu. Tiba-tiba nafas ayah tercunggap-cunggap. Kami semakin takut tapi ketakutan kami lesap apabila ayah semakin baik.

Kami sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin doa kami dimakbulkan Allah.Doa seorang anak yang soleh dan solehah. IsyaAllah dimakbulkan.Semuanya kuasa Allah.

Tapi lepas itu ayah meracau sampai ke pagi. Ibu juga yang tak boleh tidur sampai kepagi. Kami adik beradik juga tidak boleh lelap kerana racauan ayah sungguh membingitkan.

Dan kami takut jika apa-apa terjadi.Akhirnya hanya doa dan solat sunat kami lakukan agar kedua ibu bapa kami diberi ketenangan dunia akhirat.

Setahun kemudian. Along sudah diterima masuk kesebuah universiti manakala angah melanjutkan pelajaran keasrama penuh memnadangkan result pmrnya ok.

Adik juga sudak masuk tadika. Dan aku selalu diselubungi ketakutan bila malam menjelma kerana kini abang-abangku sudah tiada untuk menjadi penyelamat aku. Sungguh aku tak boleh tidur setiap malam.

Dan setiap malam aku solat sunat lalu membaca yassin. Itulah rutinku setiap malam.

Dan malam itu ayah bergaduh lagi. Esok pula aku akan menghadapi UPSR. Dan kali ini aku perlu bertindak. Manakan tidak, ibu sudah memenggang parang untuk menetak ayah.

"Malam ni aku bunuh kau!" Ibu sudah hilang akal.

"Hey..apa ni.Benda marah-marah malam-malam ni.." ayah dengan slang orang mabuk cuba memujuk ibu.Tapi ibu tak makan saman.

Share this novel

Camella Lundaa
2021-08-19 18:27:26 

t


NovelPlus Premium

The best ads free experience